BTC USD 29,756.1 Gold USD 1,857.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Drama Money Heist: Korea - Joint Economic Area (2022) (NETFLIX) (JUNE 24)

RuthlessFairy

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,615
Paid Membership
Joined
May 15, 2009
Messages
28,615
Reaction score
430
Points
136





1652155834130.png


Sebaik sahaja anda fikir rompakan terbesar di dunia telah berakhir, fikirkan semula. Ucapkan ‘Annyeonghaseyo’ kepada Money Heist: Korea – Joint Economic Area Part 1 yang akan tersedia untuk penstriman pada 24 Jun dengan enam episod penuh aksi.


Diarahkan oleh Kim Hong-sun, siri ini akan berlatarbelakangkan dua negara Korea yang mewujudkan Kawasan Ekonomi Bersama di mana Utara dan Selatan berada di ambang penyatuan semula secara aman. Ketika negara membuka laluan untuk mata wang bersatu yang baharu, Profesor mengumpulkan sekumpulan pencuri kelas atasan untuk mencuri wang tunai dan cuba melakukan rompakan yang belum pernah berlaku sebelum ini di Semenanjung Korea.


Dalam pengumuman tajuk yang dikeluarkan sebelum ini, Profesor merenung di hadapan dinding yang dipenuhi dengan topeng unik, termasuk topeng ikonik Salvador Dalí dari siri asal Sepanyol. Pilihan terakhir Profesor akhirnya terbongkar — topeng Hahoe tradisional Korea yang menampilkan wajah dengan senyuman lebar.


Darah-darah yang terpercik di sebelah topeng putih itu menimbulkan persoalan yang menarik, membayangkan satu rompakan yang penuh dengan liku-liku yang mengancam nyawa.

Untitled-1024x576.jpg.webp


Money Heist: Korea – Joint Economic Area Part 1 akan menampilkan pelakon hebat yang akan memainkan watak ikonik dari siri asal: Profesor (Yoo Ji-tae), Berlin (Park Hae-soo), Tokyo (Jun Jong-seo), Moscow ( Lee Won-jong), Denver (Kim Ji-hun), Nairobi (Jang Yoon-ju), Rio (Lee Hyun-woo), Helsinki (Kim Ji-hoon), dan Oslo (Lee Kyu-ho).

Siri blockbuster Korea Money Money Heist: Korea – Joint Economic Area Part 1 akan tiba dengan senjata api yang membara pada 24 Jun ini, hanya di Netflix.


 
Sponsored Post

reezn

Active+ Member
Messages
3,747
Top Poster #1
Joined
May 1, 2022
Messages
3,747
Reaction score
327
Points
41
topeng-topeng ni dah macam squid game lak. toksah la copy paste apa-apa.
 

pelitaminyak

Super Active Member
gem
Messages
7,534
Joined
Aug 13, 2008
Messages
7,534
Reaction score
2,048
Points
211
Awards
1
Macam best je...... Watak2 money heist..... Harap depa kekal kan lagu tema asal citer tu......

Bella ciao...... 👍👍👍
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register