BTC USD 26,291.0 Gold USD 1,942.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mohd Na'im Ketua Hakim Syarie Pertama Dilantik Sebagai Menteri Agama

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,874
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,874
Reaction score
28,311
Points
2,836
Awards
2

Mohd Na'im Ketua Hakim Syarie pertama dilantik menteri agama​

03 DEC 2022
A⁻A⁺

2009428.jpg

Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Buat julung kalinya Ketua Hakim Syarie diberi kepercayaan menjadi menteri kabinet, apabila Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, 55, pada Sabtu mengangkat sumpah sebagai Menteri Agama dalam kabinet Kerajaan Perpaduan, di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terdahulu beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara berkuat kuasa pada Sabtu.

Anak kelahiran Kampung Baru, Kuala Lumpur yang dilantik sebagai Ketua Hakim Syarie dan juga Ketua Pengarah JKSM pada 1 April 2019 itu bukanlah nama asing dalam kalangan pengamal undang-undang.

Beliau merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Mohd Na'im juga memperoleh Ijazah Sarjana Undang-Undang (LLM) dari University of London, United Kingdom dan Doktor Falsafah (PhD) Syariah dari Universiti Malaya, serta pemegang Diploma dalam Undang-undang Syariah dan Amalan dari UIAM, dan Diploma dalam Pentadbiran dan Kehakiman Islam dari universiti sama.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai Pensyarah Undang-undang di UIAM dari 1990 hingga 1997 sebelum menjadi Peguam Bela & Peguam Cara Malaya pada 1997 hingga 1998.

Mohd Na’im kemudian dilantik sebagai Hakim Mahkamah Syariah Petaling Jaya dari 1998 hingga 2001 sebelum menjadi Hakim Mahkamah Syariah Kuala Lumpur dari 2001 sehingga 2003.

Pada 2003, beliau dilantik sebagai pegawai penyelidik, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia sehingga 2005, selain merupakan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan UIAM pada 2003 sehingga 2008.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pendakwa Kanan Syarie di Jabatan Agama Wilayah Persekutuan; Timbalan Pengarah, Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan Pengarah, Bahagian Sokongan Keluarga di jabatan sama selama dua tahun bermula 2007.

Selain itu, beliau juga merupakan peguam sivil di firma guaman Zulkifli, Yong, Azmi & Co pada 1988. Mohd Na'im turut diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila dilantik sebagai Felo Pelawat di Harvard Law School, Universiti Harvard, Amerika Syarikat bermula 1 Feb 2013 sehingga 31 Mei tahun sama.

Mohd Na’im juga Profesor Adjung di Fakulti Undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 2012 selain pernah menjawat jawatan selaku Presiden Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) sesi 2010-2012 serta menjadi panel perunding di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.

Beliau turut menganggotai Panel Majlis Perundingan Islam pada 2015 dan Ahli Jawatan kuasa Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) selain merupakan penasihat syariah CIMB Islamic Bank dan menjadi Lembaga Penasihat Syariah bank-bank Islam tempatan dan bank asing serta Syarikat Takaful seperti CIMB Islamic Bank, Salihin Trustee Bhd dan American and British Investment Bank (Mauritius). – Bernama

Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,874
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,874
Reaction score
28,311
Points
2,836
Awards
2
Tapi die ni kan kluster mahkamah

Dia dah kena dakwa ye sekarang

Thread 'Polis siasat dakwaan hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat'

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,874
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,874
Reaction score
28,311
Points
2,836
Awards
2

Jakim yakin Mohd Na'im mampu bawa hala tuju agensi agama​

NURFARDLINA IZZATI MOKTAR
03 DEC 2022
A⁻A⁺

2009553.jpg

Datuk Hakimah Mohd Yusoff

SHAH ALAM – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yakin dan percaya dengan latar belakang serta pengalaman luas Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam pentadbiran hal ehwal Islam di negara ini akan mampu membawa hala tuju agensi agama itu ke arah reformasi.

Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, ia selaras dengan semangat Kerajaan Perpaduan yang berpaksikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

“Jakim zahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pengumuman dan pemilihan Senator Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar yang merupakan mantan Ketua Hakim Syarie dan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) sebagai Menteri Agama dalam Kabinet pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

“Kita ucapkan tahniah kepada Mohd Na'im atas kepercayaan yang diberikan oleh pihak kerajaan terhadap beliau untuk mengetuai pentadbiran agensi hal ehwal Islam di negara ini,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Buat julung kalinya Ketua Hakim Syarie diberi kepercayaan menjadi menteri kabinet, apabila Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, 55, pada Sabtu mengangkat sumpah sebagai Menteri Agama dalam kabinet Kerajaan Perpaduan, di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terdahulu beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara berkuat kuasa pada Sabtu

Menurut beliau, Jakim selaku Sekretariat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) yakin dan percaya bahawa pelantikan Menteri Agama oleh pihak kerajaan pada kali ini telah mendukung semangat MKI sebagaimana perubahan Peraturan MKI 2022 yang telah diperkenankan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-258 pada 9 hingga 10 Mac lalu.

“Semoga ALLAH SWT sentiasa melimpahkan rahmat kepada beliau serta sentiasa diberi kekuatan untuk menjalankan amanah ini dengan cemerlang,” ujarnya.

notepad

Legendary Member
gem
Messages
12,017
Joined
Sep 17, 2011
Messages
12,017
Reaction score
1,380
Points
206
WhatsApp-Image-2022-12-04-at-3.05.23-PM.jpeg

Mohd. Na'im.

Menteri Agama ‘sempoi’ guna kereta Perodua Axia​

  • Oleh KOSMO!
  • 4 Disember 2022, 3:08 pm

PETALING JAYA – Menggunakan kereta Perodua Axia untuk ke mana sahaja, sekali gus menampakkan sikap merendah diri dimiliki Menteri Agama, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar.

Kisah tersebut diceritakan seorang perunding syariah menerusi Facebooknya, Abdel Rahmanov yang mengenali rapat sejak sekian lama dengan Mohd. Na’im.

Penasihat syariah kewangan Islam itu memberitahu, mereka mengenali antara satu sama lain sewaktu berkhidmat di CIMB Islamic, manakala Mohd. Na’im ketika itu Penasihat Syariah CIMB Islamic dan merupakan Felo di Universiti Oxford, United Kingdom (UK).

“Pada masa itu beliau belum dapat gelaran Datuk, jadi kami panggil beliau Dr. Na’im. Beliau seorang yang lembut berbicara dan gemar tersenyum. Beliau juga gemar memakai blazer kolar Nehru macam Tun Dr. Mahathir Mohamad selalu pakai.

“Beliau banyak pengalaman dalam urusan mahkamah terutama undang-undang keluarga Islam. Sebab itu beliau kerap muncul dalam slot wawancara di radio dan televisyen,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Abdel Rahmanov berkata, semasa di CIMB Islamic, Mohd. Na’im menghadiri mesyuarat dengan menaiki kereta jenis Mercedes.

“Pada satu hari, saya perlu berikannya pasport. Jadi beliau beritahu pada malam nanti, beliau ambil pasport itu di Kajang. Selepas isyak, saya menunggu beliau di stesen minyak Petronas Prima Saujana.

“Saya menunggu beliau dan mencari kereta Mercedes, tetapi tidak muncul-muncul. Kemudian beliau mesej saya bahawa beliau sudah sampai dengan kereta Perodua Axia. Saya masuk ke kereta beliau sambil tergelak. Saya kata, ‘ingatkan kereta Mercedes. Beliau sambil ketawa berkata, ‘Man, inilah kereta saya pakai’.

“Sebenarnya beliau boleh sahaja meminta saya hantar pasport tersebut ke rumahnya, tetapi mungkin beliau tidak mahu menyusahkan orang lain dan sanggup pergi mengambil sendiri dengan kereta Perodua Axia. Di sini nampak sikap ‘humble’ atau merendah diri dalam diri beliau,” ujarnya.

Abdel Rahmanov berkata, Mohd. Na’im adalah anak jati Kampung Baru, malah rumah asal beliau masih berada berdekatan dengan Pasar Chow Kit.

“Almarhum Ustaz Abdul Ghani, ‘bos’ saya di CIMB Islamic, berkawan rapat dengan Datuk Na’im dan selalu bercerita pasal beliau. Ustaz Ghani bercerita Datuk Na’im semasa kecil tidak akan masuk tidur sebelum bapanya tidur.

“Selagi bapanya belum tidur, beliau tidak akan masuk tidur. Cerita ini amat luar biasa. Hebat peribadi dan khidmat Datuk Na’im kepada bapanya.

“Mungkin ini rahsia kejayaan karier beliau. Siapa sangka anak Kampung Baru menjadi Ketua Hakim Syarie dan Menteri Agama,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Kita harapkan ilmu yang ada sebagai hakim tu mampu dimanfaatkan untuk selesaikan masalah negara dalam skop tugasan sebagai Menteri Agama
 
cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
130,558
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Jun 3, 2013
Messages
130,558
Reaction score
22,516
Points
2,866
Awards
1
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar mengetip kad perakam waktu di pejabatnya di JAKIM Putrajaya pada jam 8.33 pagi sebagai simbolik bermulanya tugas rasmi beliau hari ini.
1f4f8.png
Zulfadhli Zulkifli | BERNAMA

1670205250861.png
 
TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,874
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,874
Reaction score
28,311
Points
2,836
Awards
2
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar mengetip kad perakam waktu di pejabatnya di JAKIM Putrajaya pada jam 8.33 pagi sebagai simbolik bermulanya tugas rasmi beliau hari ini.
1f4f8.png
Zulfadhli Zulkifli | BERNAMA

1670205250861.png

Selamat menjalankan tugasan Datuk
 
TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,874
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,874
Reaction score
28,311
Points
2,836
Awards
2

Perkasa perpaduan ummah, fokus utama Menteri Agama​

Bernama
Disember 5, 2022 11:44 MYT

Perkasa perpaduan ummah, fokus utama Menteri Agama

Mohd Na'im beramah mesra dengan kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ketika memulakan tugas rasminya hari ini. - Bernama

PUTRAJAYA: Usaha memperkasakan perpaduan ummah akan menjadi fokus utama dalam bersama-sama ke arah pembangunan negara, kata Menteri Agama Senator Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Beliau berkata ini berikutan situasi kini yang dilihat berlakunya perpecahan dalam kalangan masyarakat sekali gus menjadi antara isu besar yang wajar diberi tumpuan dan penyelesaian.

"Insya-Allah dengan berkat doa rakyat dan sokongan daripada semua agensi agama, kita akan pastikan supaya matlamat Islam itu dapat dimartabatkan di negara ini dan insya-Allah akan berjaya dalam usaha menyatukan kesemua ummah.

"Prinsip saya ialah I seek to understand. Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan mesyuarat Kabinet yang pertama jadi saya akan lihat dahulu inti pati mesyuarat itu... apa yang ingin dibawa beliau (Anwar) supaya kita boleh menetapkan fokus untuk sama-sama bangunkan negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengimbas kad perakam waktu di pejabatnya sebagai simbolik bermulanya tugas beliau secara rasmi selaku menteri bagi portfolio itu di Bangunan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Na'im berkata pertemuan bersama pihak berkepentingan seperti agensi-agensi kerajaan dan badan-badan berkaitan akan turut diadakan bagi memahami kehendak dan hasrat mereka ke arah memperkasakan ummah dan pembangunan negara.

Turut hadir pada sesi itu, Ketua Pengarah Jakim Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

Terdahulu, Mohd Na'im tiba di Bangunan Jakim pada 8.31 pagi dan mengimbas kad perakam waktu di pejabatnya pada 8.33 pagi sebelum mengadakan sesi bacaan yasin dan doa selamat.

Pada Sabtu lepas, beliau mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara di Parlimen dan jawatan menteri di Istana Negara susulan pengumuman pembentukan Kabinet baharu oleh Perdana Menteri Jumaat lepas.-- BERNAMA

ASTRO AWANI
 
Sponsored Post

Top
Log in Register