Mohd Farizal Mahu 'Tawan Hati' Rajagobal

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Penjaga gol kebangsaan, Mohd Farizal Marlias bertekad untuk kembali 'menawan hati' jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal bagi membolehkan beliau merampas kembali posisinya di dalam kesebelasan utama.

Penjaga gol berusia 23 tahun itu kini menjadi pilihan kedua Rajagobal setelah pesaingnya, Mohd Sharbinee Allawee Ramli mempamerkan persembahan yang konsisten dan cemerlang di Sukan SEA Laos.

Mohd Farizal berada di bangku simpanan dengan hanya diberi kesempatan untuk beraksi dua perlawanan di peringkat kumpulan pada temasya dwitahunan itu yang menyaksikan Malaysia memenangi pingat emas.

"Kalau boleh memang saya mahu kembali sebagai penjaga gol utama ketika menentang Emeriyah Arab Bersatu (UAE) pada kelayakan Piala Asia 2011 yang akan berlangsung pada 6 Jan nanti," katanya kepada Bernama di sini pada Ahad.

Penjaga gol skuad Liga Super Perlis itu berkata apa pun semangat berpasukan tetap diutamakan oleh dirinya.

Beliau dan Mohd Sharbinee kini menjalani latihan pusat di Wisma FAM sejak Khamis lepas bagi perlawanan menentang UAE itu yang juga merupakan perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

"Seperti kebanyakan pemain-pemain lain, saya juga melakukan latihan tambahan selepas sesi latihan di bawah kendalian jurulatih penjaga gol, Mohd Faozi Mukhlas bagi membaiki kelemahan-kelemahan yang ada," katanya.

Ditanya mengenai kelebihan Mohd Sharbinee, beliau berkata penjaga gol skuad Liga Super Terengganu itu mempunyai tahap keyakinan yang tinggi.

"Namun saya tetap bersaing secara sihat dengan beliau dan ia merupakan sesuatu yang bagus untuk kami berdua," katanya.

Mohd Farizal sebelum ini merupakan pilihan utama Rajagobal untuk mengawal gawang negara ketika perlawanan-perlawanan persahabatan antarabangsa termasuk ketika bertemu Manchester United pada Julai lepas.

Aksi konsistennya itu berjaya mendapat pujian Rajagobal sehingga penjaga gol utama skuad kebangsaan sebelum itu, Syed Adney Syed Hussein yang kini beraksi untuk skuad Liga Super Kelantan hilang posisi sebagai penjaga gol utama.
 
Sponsored Post

vedder9

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Sep 25, 2006
Messages
15,350
Reaction score
123
Points
123
Sharbinie pon mantap gak skrg ni :)
 

Eldar

Active Member
Joined
Dec 4, 2008
Messages
1,804
Reaction score
5
Points
25
Ok r tu..persaingan yg sihat baik r utk skuad negara...sharbinee pun leh jd smakin baik utk terengganu...arap2 boleh clean sheet lwn kelantan game pertama nanti..hehe
 
Sponsored Post
Top
Log in Register