Mohd Ali ke Riau untuk bebaskan nelayan negara

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
MELAKA: Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berangkat ke Kepulauan Riau, Sumatera, Indonesia tengahari tadi bagi melaksanakan sendiri misi membantu membebaskan enam nelayan tempatan yang ditahan pihak berkuasa negara itu, sejak Rabu lalu.

Beliau berangkat meninggalkan jeti muara Sungai Melaka, kira-kira jam 12 tengahari bersama beberapa pegawai kanan kerajaan termasuk Imigresen, pasukan perubatan dan wakil media yang berpangkalan di sini, termasuk Berita Harian.

Ketika ditemui sejurus sebelum berlepas, beliau melahirkan keyakinan misi itu akan berjaya kerana pihak berkuasa di Kepulauan Riau dan Bengkalis, tempat semua nelayan terbabit, mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Melaka sejak sekian lama.

"Saya sendiri sudah menghubungi Gabenor Kepulauan Riau, Datuk Rosdi Zainal, bagi memaklumkan berhubung kejadian ini dan beliau memberi jaminan akan berusaha untuk membantu. Begitu juga Bupati Bengkalis, Samsul Rizal, ketika dihubungi, turut menyatakan perkara sama.

"Sebab itu, saya berharap dengan kedatangan saya sendiri ke sana (Bengkalis, Kepulauan Riau), masalah ini akan dapat dibincangkan dengan baik dan sekali gus diselesaikan terus," katanya ketika ditemui di sini.

Akhbar ini hujung minggu lalu, melaporkan enam nelayan negara ini yang berasal dari sini, ditahan pihak berkuasa Indonesia sejak Rabu lalu, selepas didakwa menceroboh wilayah negara jiran itu ketika menangkap ikan berhampiran perairan Pulau Rupat, di Utara Bengkalis, Kepulauan Riau, Sumatera.

Mereka yang ditahan dikenali sebagai Anwar Kamis, 27, dari Pantai Putri Bukit Darat; Badiuszaman Ahmad, 31, dari Taman Tanah Merah Jaya; M Safar Muhammad, 40, dari Pantai Kundor; Abdullah Safri Abdul Gani, 45, dari Tangga Batu; Mahad Jantan, 52, dari Kampung Tanah Merah Jaya dan Abu Bakar Gani, 54, dari Pantai Puteri.

Penahanan nelayan terbabit dilakukan oleh pasukan polis marin negara jiran itu ketika sedang membuat pemantauan di situ, kira-kira jam 1 tengahari. Maklumat mengenai penahanan enam nelayan terbabit disampaikan kepada pihak berkuasa di sini, oleh seorang daripada lapan rakan mereka yang berjaya melarikan diri.
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register