BTC USD 59,955.0 Gold USD 2,411.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mohammed Mustafa Jadi PM Baharu Palestin

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
448,870
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Mar 15, 2010
Messages
448,870
Reaction score
36,251
Points
2,836
Awards
2

Mohammed Mustafa jadi PM baharu Palestin​


15 MAR 2024

2576578.jpg

Mustafa pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 2013 hingga 2014. - Foto: Agensi


RAMALLAH – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas melantik penasihat ekonomi, Mohammed Mustafa sebagai Perdana Menteri baharu selepas berdepan desakan Amerika Syarikat (AS) supaya melakukan pembaharuan di bawah visi pasca perang untuk Genting Gaza.

Setelah pengumuman pada Khamis, Mustafa kini menggalas tanggungjawab untuk membentuk kepimpinan baharu Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang mempunyai kuasa terhad di Tebing Barat.

Abbas juga meminta beliau menyusun rancangan untuk menyatukan semula pentadbiran di Ramallah dan Gaza serta mengetuai fasa pembaharuan bagi perkhidmatan keselamatan, ekonomi dan memerangi rasuah.

Mustafa, 69, pernah memegang jawatan kanan di Bank Dunia dan berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Ekonomi pada 2013-2014 yang turut menyaksikan beliau mengetuai jawatankuasa pembinaan semula Gaza setelah perang selama tujuh minggu berakhir pada masa itu. – Agensi


 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register