Mohamaddin anggap kes Lahad Datu hanya sandiwara?

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,578
Reaction score
10,834
Points
1,896
Mohamaddin anggap kes Lahad Datu hanya sandiwara?
By
Wartawan MalaysiaGazette
-
21 September 2020

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pelancongan, Datuk Mohamaddin Ketapi kononnya mendakwa pencerobohan Lahad Datu tahun 2013 hanya satu sandiwara.

Dalam satu video tular di media sosial, Mohammadin yang juga pemimpin Parti Warisan seperti memperlekehkan insiden Tanduo.



Ia dipercayai ucapan beliau semasa berkempen sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Beliau dikatakan menganggap anggota-anggota keselamatan sebenarnya bukan ‘berperang’ dengan pengganas sebaliknya hanya ‘berperang’ dengan ayam dan anjing. – MalaysiaGazette





 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,578
Reaction score
10,834
Points
1,896
Tentera Troll Kebangsaan Malaysia

5j ·

Pemimpin Warisan, YB Mohammadin Ketapi (YB Lahad Datu) mempersendakan ops daulat yang dilancarkan suatu ketika dahulu untuk menumpaskan serangan penceroboh dari Filipina.
Mohon
Mia Jalipah
buat video. Lauk besar ni.

Parti begini nak diharapkan akan melindungi Sabah? Kirim salam!
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=965749313945960&id=438674313320132





Online Lahad Datu

8j ·
Ops Daulat 1313

Admin kecewa dengan kenyataan yang mengatakan Pasukan Keselamatan sedemikian. Pasukan keselamatan kita telah berjuang mempertahankan Kedaulatan Tanah Air pada Ops Daulat yang lepas. Min mohon kepada semua supaya kita memberikan semangat kepada kawan-kawan Pasukan Keselamatan yang ada.

Salam Takziah kepada kepada keluarga dan Al-Fatihah kepada semua anggota-anggota Keselamatan yang terkorban.
Solidariti bersama Pasukan Keselamatan Negara.


Berkempen lah cara sihat..bukan nya kau hina ATM/POLIS.. SUDAH TUA MAKIN BODOH kau ni.. Gara² C Tua lah Ni Covid-19 Masuk Malaysia Nie
#onlineLahaddatu
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,578
Reaction score
10,834
Points
1,896
‘Sandiwara’ Lahad Datu, Anifah bidas pemimpin Warisan

September 21, 2020 9:53 AM
1
Anifah-Aman-PCS-bernama-210920-1.jpg

Presiden Parti Cinta Sabah Anifah Aman menyifatkan kenyataan pemimpin Warisan itu sebagai penghinaan terhadap pasukan keselamatan yang mempertaruhkan nyawa mereka untuk mempertahankan kedaulatan negara. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Anifah Aman membidas seorang pemimpin kanan Warisan kerana didakwa menyifatkan pengorbanan anggota keselamatan dalam insiden pencerobohan Lahad Datu pada 2013 sebagai “sandiwara”.

Ia susulan 1 klip video menunjukkan pemimpin itu membuat kenyataan berbaur penghinaan semasa berkempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

FMT tidak menamakan pemimpin itu sementara menunggu reaksinya dan cubaan menghubunginya sehingga kini masih tidak berjaya.

Menerusi video kira-kira 2 minit itu, beliau yang juga bekas menteri persekutuan mendakwa pasukan keselamatan mengebom kelapa sawit dan rumah, dan pasukan di darat berperang dengan “ayam dan anjing”.

“Bila pilihan raya (PRU 2013) berakhir, tiada lagi perang,” katanya, sambil menambah semasa bertugas sebagai Adun sebelum ini, beliau tidak pernah menemui lanun bersenjata atau warga Filipina yang mahu mengisytiharkan perang atau mengambil semula Sabah.

Beliau berkata, ramai orang terkorban dalam pertempuran Lahad Datu itu kerana “sandiwara”.

Pada 11 Februari 2013, kira-kira 200 pengganas Sulu memasuki perairan Sabah dan mendarat di Lahad Datu, menyebabkan pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia yang berakhir dengan kematian 56 pengganas, 10 pegawai keselamatan Malaysia dan 6 orang awam.

Pengganas yang masih hidup ditangkap atau menyerah diri, dan konflik itu diisytiharkan berakhir pada 10 April 2013.


Dalam kenyataannya, Anifah mengkritik pemimpin itu dan menyifatkan ucapan berkenaan sebagai penghinaan terhadap pasukan keselamatan yang mempertaruhkan nyawa mereka untuk mempertahankan kedaulatan negara.

“Di manakah rasa hormat pemimpin parti Warisan ini kepada anggota keselamatan Malaysia yang telah terkorban semasa mempertahankan kedaulatan bumi Sabah?” soalnya.

Anifah berkata, kenyataan pemimpin itu tidak boleh diterima dan melukakan hati keluarga dan rakan seperjuangan pasukan keselamatan.

“Seharusnya parti Warisan bermuhasabah dan malu dengan kenyataan yang jijik ini. Rakyat seharusnya menolak pimpinan Warisan yang sebegini.”

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,578
Reaction score
10,834
Points
1,896
Syed Agil Jamalullail

1j ·

Kempen anti semenanjung oleh pemimpin Warisan ni dah masuk tahap taik dah.

Din ketapi kata perang di Tanduo hanya sandiwara , hantar jet bom kelapa sawit , hantar kereta kebal hanya tembak ayam dan anjing saja di kampung

Apa yg lebih menarik ialah dia kata Filipina tak pernah nak tuntut Sabah (mcm yg diceritakan di perang Lahad Datu), katanya dia pernah bawak kereta jam 2pagi tak ada pula lanun dan penggananas Filipina di Lahad Datu

Wah semenanjung juga jahat, Filipina pula yg baik?

Sebelum ni, Shafie pernah kempen kononnya cukai oleh krjaan Malaysia kpd rkyat Sabah adalah tak patut

Manakala, Media antarabangsa juga sahkan yg Shafie bukak laluan rundingan kpd tuntutan Filipina ke atas Sabah.

Lain mcm hasut benci membenci sesama negara ni, dah mcm betul-betul nak keluar dari Malaysia

Apa maknanya tu,
Shafie Apdal
?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,578
Reaction score
10,834
Points
1,896
Aminuddin Yahaya

51m ·


Astaghfirullahalazim. Betapa hinanya apabila seorang yang bertaraf wakil rakyat yang pernah menjadi menteri sanggup mengungkapkan kata-kata sebegini. Apakah beliau terlalu asyik berpolitik dan berkempen sampai sanggup keluarkan kenyataan menghina dan memperlekehkan wira-wira negara sebegini?

Dalam sebuah ucapan yang tular dan dilaporkan dalam berita, beliau menganggap anggota-anggota keselamatan sebenarnya bukan ‘berperang’ dengan pengganas sebaliknya hanya ‘berperang’ dengan ayam dan anjing dalam peristiwa berdarah pencerobohan Lahad Datu 2013 dulu.

Lebih menyedihkan lagi, apabila beliau berkata begitu semasa berucap, kedengaran hadirin yang hadir bersorak dan bergelak ketawa pula. Ini bukan sahaja menyedihkan, tetapi saya anggap sebagai satu perkara yang perlu dirisaukan kerana ada yang bersetuju dan menyokong kenyataan itu dengan penuh bersemangat. Inilah yang kita panggil sebagai para 'pentaksub' yang sentiasa bersorak pada apa jua yang diperkatakan oleh pemimpin mereka.

Semestinya, anggota-anggota keselamatan akan tersinggung terutamanya yang pernah terlibat dalam operasi tersebut. Yang pasti paling tersinggung adalah keluarga anggota-anggota keselamatan yang telah terkorban dalam perjuangan mempertahankan Lahad Datu daripada penceroboh itu.

Saya pasti, warga Sabah turut tersinggung akan kata-kata nista bekas menteri PH itu kerana perjuangan mempertahankan Sabah daripada ancaman luar diperlekehkan. Lebih-lebih lagi ketika sekarang, ancaman dari pihak luar terhadap Sabah semakin kian terasa terutamanya isu pertikaian Laut China Selatan dan isu tuntutan Filipina ke atas wilayah Sabah.

Sebab itulah saya katakan dalam ucapan Hari Malaysia saya baru-baru ini, agar rakyat Sabah memilih mereka yang benar-benar patriotik, cintakan negara dan paling penting yang mempunyai kesedaran bahawa kedaulatan Sabah perlu dipertahankan dari ancaman luar.

Bayangkan, apa implikasinya jika pemimpin kawasan anda yang berjaya naik sebagai wakil rakyat (tidak kira kerajaan mahupun pembangkang) tidak peduli pun mengenai keselamatan dan kedaulatan negeri dan negara. Lebih teruk lagi, jika kita tidak cakna, mungkin akan ada yang menjadi talibarut pula.

Sepatutnya semua pihak bersatu padu dalam agenda dan isu yang melibatkan kedaulatan negara, bukannya menjadi bahan dagangan politik murahan kerana musuh di luar sentiasa memerhati.
Jangan hanya menang bersorak, NEGARA tergadai.

Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
21 September 2020

Sumber: https://malaysiagazette.com/.../mohamaddin-anggap-kes.../
#MembangunUmatBeragenda
#MengangkatSuaraUmat


1600671062351.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,578
Reaction score
10,834
Points
1,896
Khairul Azri
48m ·



Mohon mamat 'mabuk' bernama Mohammadin Ketapi yang kata peristiwa Lahad Datu tu sebagai satu sandiwara dan sekadar perang melawan ayam dan anjing untuk turun bertemu dengan keluarga arwah dan mendiang wira-wira kita yang terkorban pada tahun 2013 iaitu keluarga kepada,
- ASP Zulkifli Mamat
- Sgt Sabaruddin Daud
- ACP Ibrahim Lebar
- DSP Michael Padel
- Sgt Abd Aziz Sarikon
- Kpl Azrul Tukiran
- Sgt M Baharin Hamit
- Sgt Salam Tugiran
- Kpl Ahmad Hurairah

Dan cakap bahawa mereka ini sebenarnya terkorban, bahkan ada yang dipenggal, dan mayat mereka dicacatkan sebenarnya bukan kerana melawan musuh negara tetapi kerana melawan ayam sama anjing.

Mohon juga Mamat Ketapi buat lawatan ke kem-kem tentera yang terlibat dan bagitahu kepada mereka bahawa 7 batalion yang digerakkan untuk membantai tentera Sulu sampai 56 orang pengganas itu mati, 445 orang ditahan tu sebenarnya ayam dan anjing berupa manusia.

Kamu lupakah tatkala negara ini ketika itu tengah menghadapi musuh jahat dan kejam sebegini rupa, kita semua masih aman bersekolah, pergi berkerja seperti biasa, makan di kedai makan tunggu selesai. sedangkan mereka ini bergolak gadai nyawa mereka untuk kita semua.

Dan hanya kerana kemaruk kuasa politik kamu kata ini satu sandiwara?

Biadap.

1600671138863.png

1600671156075.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,578
Reaction score
10,834
Points
1,896
Muhamad Harris Nasril

9m ·


Sebelum ini saya berpendapat Warisan akan menang tipis pada PRN.

Nampaknya kenyataan Mohammadin Ketapi (ahli Majlis Tertinggi Warisan) semalam yang mempersendakan ATM yang bertarung nyawa ketika Ops Daulat, dengan berkata mereka berperang dengan ayam dan anjing telah mengubah keadaan.

Ditambah pula dakwaan beliau bahawa Zon Merah covid19 di Pantai Timur Sabah adalah sandiwara kerana ia adalah kubu kuat Warisan.

Kenyataan beliau itu akan menyebabkan Warisan sudah pasti kehilangan undi tentera, polis, front liners serta keluarga mereka.

Kalau saya Shafie Apdal, saya akan luku si Mohammadin Ketapi ni laju-laju dan kuarantinkan beliau dari berkempen.
1f92d.png
 

nokia3210

Active Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,004
Reaction score
233
Points
38
warisan banyak bagi 'bola tanggung' kat lawan sekarang.. tunggu nk kena 'smash' je..
Pokdin ni ada kat sana masa tu..patut lebih tau ..
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,578
Reaction score
10,834
Points
1,896
warisan banyak bagi 'bola tanggung' kat lawan sekarang.. tunggu nk kena 'smash' je..
Pokdin ni ada kat sana masa tu..patut lebih tau ..
tn nokia3210, esok dlm 7,487 anggota tentera dan pasangan serta 9,390 anggota polis akan mengundi di 55 Pusat Mengundi Awal
kata kata Mohammadin Ketapi ni ada mungkin memberi kesan pada pengundi pengundi esok
 
Sponsored Post
Top
Log in Register