BTC USD 119,610 Gold USD 3,350.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Modul Latihan Kenegaraan Malaysia Madani Bawa Golongan Muda Kenali Sejarah Negara - PMX

Kalau PAS rasanya brand dorg mesti bertemakan KEPIMPINAN ISLAM atau ULAMA.

Tp andai betul mereka akan rebrand kerajaan jadi Malaysia Negara Islam, harap sistem2 Qard Al Hassan dan cujai berkonsepkan Zakat dan ekonomi Ukhrawi akan dilaksanakan lah.

Bayangkan negara Islam tp laksanakan sistem cukai kafir mcm GST/SST, mmg jadi fitnah kpd agama Islam yg suci.
Mana ada istilah cukai kafir tuan......cukai tu kutipan hasil dari rakyat untuk kelangsungan negara.....tak pernah lagi saya jumpa kutipan hasil/cukai tidak selari dengan agama islam......kalau, riba, ye memang diharamkan.
 
Sponsored Post

Mana ada istilah cukai kafir tuan......cukai tu kutipan hasil dari rakyat untuk kelangsungan negara.....tak pernah lagi saya jumpa kutipan hasil/cukai tidak selari dengan agama islam......kalau, riba, ye memang diharamkan.
GST tu cukai yg x islamik.

Haram hukum melaksanakan cukai GST tu.
 
GST tu cukai yg x islamik.

Haram hukum melaksanakan cukai GST tu.
Tidaklah.....selagi berada pada kadar mampu bayar, ok je......lagi pun kutipan cukai di Malaysia bukan buat berhala.....kalau kutip cukai rakyat, then bina patung berhala memang haram le hukumnya......
 
Tidaklah.....selagi berada pada kadar mampu bayar, ok je......lagi pun kutipan cukai di Malaysia bukan buat berhala.....kalau kutip cukai rakyat, then bina patung berhala memang haram le hukumnya......
Itu kata tuan, tp tuan bukan DUP.

Owh, silap yg tu bukan kenyataan DUP tp kenyataan peribadi Khairuddin Takiri.

Jadi dah ada dalil utk digunakan nnt.
 
Oklah stop pasal cukai nnt org bising kata halim salahkan lobai.

Point aku adalah, andai nnt PAS bawa brand Islam, jgn jadi fitnah balik kpd Islam.

Flip flop pasal cukai dll tu.

Cukuplah negara berantakan bila flip flop pasal Perlembagaan dulu.
agree

tp gomen skrg / non sgt flip flop

apa yg diorg tentang masa reformasi keganasan jalanan - skrg semua diorg buat blk

janji sbelum jd PM/ dpt putrajaya semua dicapati
 
agree

tp gomen skrg / non sgt flip flop

apa yg diorg tentang masa reformasi keganasan jalanan - skrg semua diorg buat blk

janji sbelum jd PM/ dpt putrajaya semua dicapati
Itulah ubat bagi org yg cakap pandai dan cakap byk.

Tp kalau nk kira, apa jer yg pembangkang boleh buat? Satu dunia mmg mcm tu sifat pembangkang.
 

Rakyat Malaysia wajiblah tahu sejarah negara!​


10 JUN 2024

2683217.jpg


PADA Rabu minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meluncurkan Modul Latihan Kenegaraan Malaysia Madani yang bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan muda mengenali sejarah negara.

Akhbar ini berpendapat ia merupakan langkah yang tepat, wajar dilakukan segera dan perlu dilakukan secara lebih meluas dan serius.

Pelbagai kempen-kempen lebih giat perlu dilipatgandakan.

Jangan sekadar meluncur namun akhirnya hilang di pertengahan jalan. Ia harus terus tepat pada sasaran dan capai pada matlamat.

Hal ini kerana mengenali sejarah bermaksud mengenali asal usul diri, mengenali pemimpin dan mengimbas kembali kesukaran yang dilalui untuk mencapai kemerdekaan.

Dengan cara ini diharapkan dapat menerbitkan rasa insaf di hati generasi kini dan berterima kasih kepada para pejuang yang telah berkorban dahulu.

Sekali gus juga mencambahkan rasa cinta kepada negara dengan sepenuh hati.

Mengambil contoh, lihat sahajalah baru-baru ini tular sebuah video yang menunjukkan seorang pemandu rakyat Malaysia, sudah agak berusia namun tidak mencintai negaranya sendiri.

Sedih melihat video tersebut yang dikongsi di pelbagai platform laman media sosial.

Tergamak dia memburukkan tempat dia dilahirkan, dibesarkan dan mencari rezeki kepada pelancong luar negara yang baru berkunjung ke negara kita.

Lebih sedih lagi memuji negara jiran yang baginya seperti syurga dunia.

Ini hanyalah antara sebahagian contoh orang-orang yang sudah lupa tentang sejarah dan asal usulnya.

Jangan salah faham, kita tidak bercakap tentang isu bangsa di sini kerana kita semua sememangnya anak Malaysia.

Kita tidak mahu lebih ramai rakyat Malaysia yang mengambil mudah tentang sejarah penubuhan Malaysia dahulu sehingga Malaysia maju dan harmoni seperti hari ini.

Lagipun, jika dah namanya rakyat Malaysia maka wajiblah tahu sejarah negara! Jika tidak tahu, ya inilah masanya untuk kita sama-sama belajar dan menghayatinya kembali.

Selain itu, diharapkan dengan mengenali sejarah dapat menaikkan kembali semangat juang anak-anak muda supaya lebih membara. Bukan orang tua sahaja.

Oleh itu, penubuhan Akademi Kenegaraan Malaysia yang diasaskan diharapkan dapat membentuk golongan muda yang bukan sahaja bercita-cita tinggi, malah jiwanya mencintai negaranya.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register