BTC USD 28,149.4 Gold USD 1,978.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Model kelab malam tuduh polis rogol.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,717
Points
191
Manila: Bersetuju melayan nafsu pegawai polis atau dipenjara.

Itu dilema dihadapi model kelab malam yang ditangkap polis Manila di Pasay City, baru-baru ini.

Media semalam melaporkan, wanita bujang beranak lima itu mendakwa anggota polis berpangkat superintendan merogolnya di dalam pejabat pegawai keselamatan itu.

Kata pengadu yang hanya dikenali sebagai Leila, 29, kejadian itu turut disaksikan seorang rakan sekerjanya.

Dia tampil membuat laporan bersama peguamnya di pejabat Biro Siasatan Kebangsaan (NBI).

Sumber berkata, tertuduh baru saja dilantik sebagai Ketua Operasi Khas Polis Manila minggu lalu dan menjadi orang kepercayaan Ketua Polis Daerah Manila.

Kata Leila, kejadian berlaku jam 2 petang pada 23 Oktober lalu di Fort Bonifacio.

“Dia mengarahkan rakan saya memandang dinding ketika menyerang saya secara seksual, manakala pistol besarnya diletakkan di atas meja berhampiran kami,” katanya.- Agensi

http://www.hmetro.com.my/node/5282
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register