BTC USD 28,100.4 Gold USD 1,967.45
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'MN (NGO) Terima Lebih 10,000 Ahli Selepas Beberapa Jam Dibuka' - TS Annuar Musa

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
401,162
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
401,162
Reaction score
27,548
Points
2,836
Awards
2

2019441.jpg


Annuar


SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Muafakat Nasional (MN) didakwa menerima lebih 10,000 permohonan keahlian selepas dibuka sejak beberapa jam lalu.

Perkara itu dikongsikan Presiden MN, Tan Sri Annuar Musa menerusi hantaran di Facebooknya pada Isnin.

“Subhanallah… baru beberapa jam keahlian MN dibuka sudah lebih 10,000 permohonan keahlian diterima.

“Saya amat terharu betapa ramainya di luar sana, anak bangsa yang prihatin terhadap agama, bangsa dan negara serta cintakan muafakat,” katanya.

Annuar berkata, sokongan ditunjukkan itu memberi satu kekuatan baharu kepadanya untuk terus berjuang.

“Tiba tiba saya merasa suatu kekuatan baharu untuk terus berjuang bersama mereka yang jujur dan ikhlas.

“Semoga ALLAH SWT memudahkan segala urusan kita seterusnya,” ujarnya.

Pada Sabtu, permohonan untuk MN sebagai ahli baharu telah dibuka dan Annuar menjelaskan permohonan itu sepatutnya dibuka minggu hadapan, namun atas permintaan ramai ia dibuat lebih awal melalui laman web rasmi MN di https://muafakatnasional.org.my.

Sebelum ini, MN adalah gabungan UMNO dan Pas yang dimeterai pada 14 September 2019 sebagai kerjasama antara dua parti politik Melayu terbesar di negara ini.

Bagaimanapun, usaha penyatuan ummah itu tidak kesampaian apabila UMNO enggan meneruskan kerjasama susulan tindakan Pas bergabung dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menerusi Perikatan Nasional (PN).

Annuar antara pemimpin UMNO yang dilihat tidak bersetuju dengan pendirian parti menolak kerjasama itu.

Beliau juga tidak dipilih sebagai calon untuk mempertahankan kerusi Parlimen Ketereh pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Selepas digugurkan, beliau mendedahkan telah mendaftarkan satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bernama MN dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 19 September 2019 dengan dirinya sebagai Presiden.

Annuar kemudiannya dipecat UMNO pada Jumaat lalu kerana dilihat suka mengkritik dan mencemuh tindakan parti sendiri.

Pada 25 November lalu, bekas Setiausaha Agung UMNO itu memutuskan untuk mengaktifkan kembali MN, sebuah NGO yang diasaskannya.

Katanya, MN akan diaktifkan untuk memupuk nilai muafakat, perpaduan ummah dan keutuhan sistem politik negara yang lebih baik serta menekankan bahawa NGO itu akan berpaksikan pada Rukun Negara dan Perlembagaan Malaysia.

 

Keahlian Muafakat Nasional kini 30,000 orang​

15 Januari 2023 12:13am

2058000.jpg


Annuar Musa


SHAH ALAM - Keahlian Muafakat Nasional (MN) kini mencecah 30,000 orang selepas lebih sebulan permohonan untuk menyertai pertubuhan itu dibuka kepada orang ramai.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, dengan pencapaian jumlah keahlian seramai itu, tiba masanya untuk MN memulakan penubuhan perhubungan negeri dan kawasan.

"Penubuhan perhubungan negeri akan bermula di Sabah pada 5 Februari ini," katanya menerusi catatan di Facebooknya pada Sabtu.

Annuar turut memaklumkan empat negeri iaitu Pahang, Sabah, Selangor dan Sarawak sudah mempunyai pengerusi perhubungan.

"Sukacita saya mengumumkan Pengerusi Perhubungan MN Pahang ialah Nasrudin Hassan Tantawi yang juga Ahli Majlis Syura Ulama Pas.

"Pengerusi Perhubungan MN Sabah adalah Jasmit Japong, Datuk Zuraida Kamarudin (Selangor) dan Datuk Justine Jinggot (Sarawak)," jelas beliau.



MN tidak akan didaftarkan sebagai parti politik​

oleh DIANA AZIS
29 Disember 2022 10:23pm
Masa membaca: 2 minit

2039323.jpg


Annuar


SHAH ALAM - Presiden Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa menegaskan badan bukan kerajaan (NGO) itu tidak akan didaftarkan sebagai sebuah parti politik.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu berkata, perkara tersebut tidak akan berlaku ekoran enggan melihat lebih banyak parti yang memecahbelahkan orang Melayu, kerana itu prinsipnya sejak berkecimpung dalam politik.

"Saya beri jaminan MN tidak boleh jadi parti. Kalau saya ada peluang, ruang, saya nak lihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan ahli UMNO yang keluar parti, kembali bersama. Ahli Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) juga kembali kepada UMNO, biar tinggal UMNO dan Pas sahaja serta parti-parti lain.

“Saya percaya dalam konteks membangunkan bangsa terutama negara majmuk seperti Malaysia, kena ada tiang seri dan ia mesti datang daripada kelompok teras iaitu bumiputera dan orang Melayu.

“Jika kaum majoriti dan kelompok teras ini tidak berpecah belah, maka ia jadi tiang seri dan asas, tetapi perpaduan itu jangan benci orang lain, menafikan hak kaum lain, (jadi) fanatik agama. Pokok pangkalnya, parti orang Melayu kena kembali kepada garis panduan dalam al-Quran dan sunnah,” katanya pada program Sinar Live bertajuk 'Apa khabar Annuar Musa?’ yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Khamis.

2039324.jpg


Program Sinar Live bersama moderator, Hazwan Mokhtar dan Annuar (kanan) yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Khamis. - FOTO SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID


Dalam pada itu Annuar turut mendedahkan, kerjasama antara Pas dan UMNO menerusi gagasan MN telah digagalkan oleh individu yang berkepentingan hingga menyebabkan permuafakatan tersebut gagal diteruskan.

Katanya, beliau mengetahui terdapatnya gerakan yang dilaksanakan bertentangan dengan keputusan dipersetujui ketika penubuhan gagasan berkenaan.

“Sebagai Setiausaha Agung MN ketika itu, saya bergerak untuk menggabungkan lebih banyak parti Melayu dan sebagainya, (tetapi) ada orang tertentu pergi 'pusing' buat jajaran baharu secara senyap-senyap.

“Saya tak nak dedahkan secara terbuka ketika itu kerana tidak mahu parti berkecamuk, tetapi saya tahu lebih awal. Saya tahu dengan tepat usaha dibuat di belakang, lari dari keputusan MN sedangkan ia diputuskan dalam Mesyuarat Tertinggi (UMNO), Biro Politik dan Perhimpunan Agung UMNO manakala Pas pula (diputuskan) dalam Dewan Syura dan muktamar. Sampai hari ini belum terombak,” katanya.


Sponsored Post

yussv

Super Active Member
gem
Messages
8,496
Paid Membership
Joined
Oct 18, 2008
Messages
8,496
Reaction score
1,805
Points
151
Ini ngo tuan....... Putra parti politik
Awlnye kewujudan putra pun same je bang..ngo pribumi perkasa ke ape tahh dulu.. lpas tu matlamat berubah dia daftar terus jd parti politik putra.. tsam tu ahli politik.. last2 ke arah politik jgk nanti.. sama ada dia ngo yg akn cenderung kpd parti politik atau terus jd parti politik je nanti.. tu sbb sy ckp kena buat betul2.. matlamat kena jelas sama ada nk buat ngo ke parti politik.. bg sy set kn matlamat parti politik nama muafakat nasional terus duduk bwh PN.. nanti prn bole tanding terus..bincang la kerusi..sikit pun xpe..janji ade kn dulu.. PN tgh "in" skrg ni.. sbb kalau ngo nanti xjelas ape yg dia nk buat kt ngo tu..nk bantu org ke? Nk jd mcm ppim ke..
 
Sponsored Post

Top
Log in Register