Info Mitologi Mistikal Kucing Norwegian

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,129
Reaction score
11,347
Points
2,376
FB_IMG_1591110120478.jpg

MITOLOGI MISTIKAL KUCING NORWEGIAN


Baka Kucing hutan dari Norway. Yaa aku tahu ramai rakan rakan sudahpun mengetahui tentang baka ini tetapi adakah korang tahu tak lagi sejarah awal mana datangnya baka ini? Kaitannya dengan mitos Norse dan kepentingan bagi Viking sewaktu penjelajahan navigasi dahulu? Tak salah untuk ambil tahu dengan membaca posting aku ini~

Dipercayai dari sejarah bahawa baka kucing ini telah dibawa oleh orang orang kaum Viking Datang ke Norway pada awal Era abad pertengahan berasal dari kepulauan Inggeris, dan sejak dari itu, leluhur kucing dari baka asal telah menjadi serasi dengan iklim dingin kawasan Skandinavia ini.

Inilah faktor utama sebabnya mengapa bulu baka kucing Norway ini tumbuh agak lebat dan cantik jika dibandingkan dengan baka kucing keturunan lain.

Baka Kucing hutan Norway ini juga terdapat didalam kepercayaan dongeng dan legenda dari Skandinavia, dahulunya bahawa salah satunya kenderaan kereta kuda dewi Norse, iaitu Freya telah ditarik dengan menggunakan enam ekor kucing gergasi baka Norway ini.

Dan juga terdapat beberapa legenda Norse telah menggambarkan leluhur kucing Norway ini dahulunya adalah mahkluk mistik, kucing peri yang menetap di puncak gunung dengan memiliki kemahiran memanjat yang luar biasa.

Dipercayai bahawa leluhur baka kucing ini dahulunya pernah berkhidmat di kapal panjang Norse sebagai pengembara sewaktu mengikuti kempen peperangan Viking.

Selain khidmatnya pernah digunakan di laut didalam kerja navigasi, kucing-kucing ini telah dihargai di Norwegia ketika abad pertengahan kerana bakat kemahirannya di dalam hal pendakian sewaktu penjelajahan ke kawasan baharu.


Radz Von Koenigstraud Xiv
 
Top
Log in Register