Misteri yg Ditinggalkan Jepun di Tapak Pendaratan Setan Jepun Menakluk Malaya

Recommended Brokers


jamtulenmurah

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Mar 11, 2009
Messages
25,458
Reaction score
7,721
Points
316


Shah Paskal ===> NAKUNATTA KATAGATA – E (KEPADA MEREKA YANG GUGUR).

SUMBER MOM



Nota Penulis : Berikut, saya persembahkan artikel tulisan sahabat saya “Faisal National Treasure” mengenai penjajah Jepun ke negara ini.

———————————————————————————-
Tarikh : 7 Disember 1941….

Jam : 11.45pm / 2345H….

(Rear Admiral Shintaro Hashimoto) : Migi no jikan….

(Left. Kolonel Nakamura) : Na mi wa tsuyo sugiru…

(Rear Admiral Shintaro Hashimoto) : Wareware wa sugu ni suru hitsuyo ga
arimasu, kogeki paruhaba no mae ni….….

(Left. Kolonel Nakamura) : Takumi no hakuri, wa junbi ga dekite
senseidatta, shiji o matsu….

(Rear Admiral Shintaro Hashimoto) : Ima kogeki, kono rekishi, watashi wa
nakunattahito no irei-hi o tatemasu…..
———————————————————————————–


Salam bahagia, bertemu lagi dalam artikel seterusnya dari saya Faisal 9W2WBT. Setelah melihat beberapa komen dari forumer yang ingin artikel artikel military, maka atas permintaan forumer ,saya cuba menghantar artikel ini kepada Shahpaskal bagi meredakan ketegangan di wall wall post Gua Gendang / Spratly dan Piramid.

Agar sama-sama kita tahu sejarah negara kita yang tak ramai yang tahu sepenuhnya dan hanya tahu setakat belajar form 5 sahaja. Lepas tu tak baca dah buku sejarah? Betul Tak? Hehehe janji SPM Skor subjek sejarah.

Artikel saya ini juga merujuk kepada artikel tajuk SENJATA RAHSIA JEPUN DI SYONAN dalam blog ni cuma sebagai tambahan ilmu kepada pencinta pencinta tanah air kita yang sentiasa patriotik dalam mengepos komen komen dalam blog ni.

Saya menulis ini berdasar kepada No.32 tajuk tersebut iaitu Jepun juga tertarik dengan sejarah dan mistik Melayu..

No.32 Tajuk kecil iaitu Maklumat yang tidak boleh dikongsi… iaitu masih ada
sejarah dan perkara sulit yang mereka sembunyikan..

No.37… Walaupun saya tahu, tapi macam dongengan untuk di kongsi.

Jepun satu negara yang moden ketika ini tapi pernah hancur dengan dua buah bom
atom hasil perbuatan Amerika Syarikat tetapi tahukah tuan-tuan tiap kali kita dimomok kan dengan kejayaan tentera berikat menulis sejarah kejayaan pendaratan Normandy di Eropah.

Jepun juga sebenarnya membuat sejarah seperti itu juga ?

Betul kata bekas Perdana Menteri British semasa perang dunia, Winston Churchill
yang menyatakan sejarah hanya ditulis oleh mereka yang menang sahaja.

Yang kalah tidak di ketengahkan walau mencipta sejarahnya tersendiri.
Ok. Bagi merehatkan minda forumer forumer yang tercari cari kecerahan di dalam
kegelapan di dalam Gua Gendang itu, dan bagi menyejukkan kepanasan hati hati
forumer yang mencari di mana piramid tu.

Maka saya dengan kebenaran blog ni mempersembahkan sebuah artikel kategori Analisis Sejarah yang berjudul “NAKUNATTA KATAGATA – E” (KEPADA MEREKA YANG GUGUR).

7 Disember 1941 jam 11.45pm @ 2345hour

Keheningan Laut China Selatan, angin kuat ombak beralun, sejuk malam bagai tidak terasa oleh anak-anak kapal armada.

Hanya 17 batu nautika sahaja dari tenggara Bandar Kota Baharu Kelantan…

Semua terdiam, menanti arahan dan dalam benak benak hati mereka.. apakah yang bakal menjadi kenyataan? Manjadi sejarah? Atau menjadi habuan?

Ah!….. persetan itu semua, kepada Maharaja kami persembahkan kejayaan ini dan
bahawa kami adalah yang terbaik. Kamilah orang Asia yang akan melempangkan muka- muka barat, kami akan buktikan bahawa bukan kamu sahaja yang mampu mentadbir negara bangsa, kami juga mampu-Asia untuk orang Asia dan anda “Westerner never learn”.
1. Kira kira jam 11.45 pm, 7 Disember 1941, askar-askar pertahanan pantai
British yang di letakkan di persimpangan Kuala Pak Amat dan hanya setengah batu ke timur dari Lapangan Terbang Kota Baharu di Pengkalan Chepa telah mengesan beberapa buah kapal musuh sedang berlabuh di lingkungan 7 batu nautika dari pantai Kuala Pak Amat.

2. Setelah menerima laporan dari garisan medan, pemerintah British telah mengeluarkan arahan kepada pertahanan pantai untuk melepaskan tembakan meriam balas terhadap tembakan ‘musuh’ yang datang dari kapal-kapal perang musuh tersebut.



Pantai Kuala Pak Amat yang menyaksikan pendaratan tentera Jepun​


3. Bedilan dari kapal kapal itu menghentam kubu-kubu pertahanan pantai British bertalu-talu menyebabkan pertahanan British kelam kabut menyusun meriam mereka.

4. Hakikatnya pada waktu tersebut, tiada siapa pun rakyat di Kelantan atau Malaya khususnya tahu bahawa bedilan-bedilan itu adalah merupakan bermulanya episod peperangan di antara Jepun dan British di Kelantan.

5. Bedilan pada malam tersebut pada tengah malam 7 Disember 1941 itu ialah
merupakan “tembakan pertama” peperangan di Malaya dan juga sejarah bagi permulaan Perang Dunia Ke-2 di Timur Jauh dan Pasifik.


6. Sejarahnya ialah, tembakan pertama Jepun ke Kelantan di buat 1 jam 20
minit lebih awal atau terdahulu dari serangan udara Jepun ke atas Pearl Habour di
Pulau Hawaii.

7. Armada Jepun di pantai Kuala Pak Amat ialah satu konvoi kapal perang
terdiri dari 3 buah kapal pengangkut tentera iaitu Awagisan Maru, Ayotasan Maru dan Sakura Maru.

8. Turut mengiring kapal ini ialah 5 buah kapal perang di bawah perintah Rear-Admiral Shintaro Hashimoto.




pantai kuala pak amat, ombak kuat​


9. Kapal kapal tersebut ialah Light Cruiser IJN Sendai Maru dan 4 kapal
pemusnah bernama IJN Isonami Maru, IJN Uranami Maru, IJN Shikinami Maru dan IJN Ayanami Maru.

10. Di dalam 3 kapal pengangkut tersebut, diisi penuh dengan askar askar Jepun
yang dipanggil “TAKUMI DETACHMENT”

11. Ia berlabuh rapat sehingga setengah batu dari pantai walaupun waktu itu
ombak begitu kuat menyerang tetapi saat yang tidak disangka Inggeris inilah direbut oleh pihak Jepun.

12. Namun detasmen ini berjaya diturunkan ke dalam landing craft dan dalam
masa itu juga Jepun mula menembak kawasan pantai itu sebagai mulanya pendaratan bersejarah.

13. Tembakan bertalu-talu itu telah menyebabkan pertahanan British dari
pasukan 3/17 Dogras dari Dogra Regiment (berbangsa India) telah membalas dengan hebat dan memberikan tentangan yang tidak terduga oleh Jepun menyebabkan ramai askar Jepun terkorban.

14. Tepat jam 12.25am, 8 Disember 1941, kumpulan pertama askar ini mendarat di
antara pantai Sabak dan pantai Badang dan seterusnya menawan kubu-kubu British.

15. Pada jam 1.00am, seluruh kubu British di kawasan ini telah jatuh kepada
askar Jepun kesemua dan kesemua askar dalam rejimen dogras ini di pancung.

16. Diceritakan kepada saya oleh arwah datuk saya yang tinggal di Pengkalan
Chepa, British sememangnya membina kubu-kubu yang kuat dan tembakan mereka tidak kurang hebatnya sehingga askar Jepun yang cuba menjejak kaki ke pantai terpaksa merangkak dan sebelah kaki mereka di dalam air dan sebelah lagi di atas pasir bagi mengelakkan dari kepala terkena peluru 50 kaliber dan senapang Lee Enfield.



peta serangan jepun​


17. Gelombang pertama serangan Jepun ini diketuai oleh Leftenan Kolonel
Nakamura termasuk kenderaan kenderaan tentera untuk didaratkan.

18. Gelombang kedua di lepaskan sejam setelah gelombang pertama selamat di
pantai.

19. Begitu juga gelombang ketiga juga sejam setelah gelombang kedua berjaya
mendirikan kubu di pantai.

20. Gelombang pertama mempunyai 20 kapal pendarat atau landing craft dan kapal ini yang ulang-alik mengangkut gelombang seterusnya.

21. Sesungguhnya ramai askar Jepun tertewas dalam gelombang pertama kerana
British juga menyediakan meriam 2 pounder .

22. Gelombang kedua diketuai oleh Mejar Kasui dan dibantu oleh Mejar Jeneral
Hiroshi Takumi dan Kol.Yoshio Nasu.

23. Gelombang ketiga oleh Kolonel Matsuka.




Pesawat pengebom Hudson​


24.Mereka dari gelombang ketiga ini terpaksa berlepas lambat sedikit iaitu pada jam
3.30 am (8 Dis) kerana pada waktu mereka bersiap hendak berlepas ke pantai, dengan tiba-tiba ia telah diserang oleh RAAF (Royal Australia Air Force) dari lapangan terbang Kota Baharu iaitu pesawat Hudson dari No.1 Skuadron.



vickers vildebeeste​



25.Pesawat Vickers Vildebeeste yang berpangkalan di pengkalan udara Gong Kedak dan Lalangluas di Machang juga tiba dan ditentang hebat oleh meriam anti pesawat Jepun.

26.Serangan itu menyebabkan Awagisan Maru terbakar setelah terkena 10 kali di bom dan kemudian Ayotasan Maru juga terbakar setelah 6 kali di bom.

27.British mendakwa salah satu kapal itu membawa meriam artileri dan kereta kebal
Ha-Go.

28.Jepun mendakwa telah menjatuhkan 7 buah pesawat RAAF itu tetapi British kata satu sahaja yang jatuh.

29.Gelombang ke 3 mendarat pada jam 4.00am (8 Dis) dan menjelang fajar, Jepun telah berjaya mendaratkan 3 batalion di pantai itu dan membuat kubu-kubu serta menghantar perisik untuk menyusup masuk ke garisan belakang pertahanan pantai yang terletak di lokasi antara pantai dan lapangan terbang Kota Baharu.




jeti pelabuhan jepun di pantai sri tujuh. (dekat umah mentua) (Nota Penulis : Rumah mentua Faizal bukan den yaaaa)​


30.Dalam pada itu, apabila Jepun telah mendarat pertama kali, pasukan 2/12 th
Frontier Force Regiment di sebelah barat Sungai Kelantan dan pasukan 73rd Field Battery mara ke Pulai Chondong untuk mencegah sebarang spy Jepun ke lapangan terbang Kota Bahru.

31.Panglima Tentera Udara British Timur Jauh memerintahkan pasukan penggempur agar bekerjasama dengan tentera darat dan Malay Regiment.

32.Serentak dengan itu, semua skuadron di base Kedah, Kuantan, Singapore diarah
berkumpul dan menyerang kapal kapal Jepun pada waktu pagi.

33.Armada Jepun, amat bijak, mereka tahu pasti bantuan udara akan di tambah untuk
menyerang armada mereka maka arahan telah dikeluarkan kepada semua armada laut Jepun untuk bergerak secepat mungkin menghala ke arah Pulau Perhentian dan bersembunyi di balik pulau tersebut.

34.Setibanya pesawat British ke kawasan pantai itu, British langsung tidak
menjumpai armada laut Jepun! Skuadron skuadron itu pulang kembali ke pengkalan
masing masing tetapi semasa pulang, satu serangan mengejut dari pengebom pengebom Jepun dan penggempur mereka dan menyebabkan sejumlah besar pesawat British jatuh ke bumi.

35.Sementara itu, hari telah mula beransur cerah tetapi askar Jepun masih belum
dapat bergerak kerana bedilan meriam dari jarak dekat bertalu talu dari kubu
kubu British yang masih ada di situ.

36.Bedilan itu memaksa Jepun menggali lubang sehingga paras bahu dengan menggunakan tangan dan topi topi besi mereka untuk mengelakkan peluru British.

37.Mereka mara perlahan lahan sehingga terlampau dekat dengan kubu British sehingga ada mengatakan bahawa jika Jepun melontar grenade, pasti masuk ke dalam kubu British tersebut.

38.Pergerakan mereka berjaya sampai sehingga dawai dawai besi berduri dan memotong pagar pagar besi tersebut.

39.Namun kejutan berlaku apabila satu letupan menyebabkan pasir pantai melonjak ke atas dan terdengar jeritan mangsa mangsa.

40.Rupanya British telah memasang periuk api di sekeliling kawat besi itu.

41.Askar Jepun kemudian telah menyusun mayat mayat rakan-rakan mereka dan membuat jalan mayat! Mereka bergerak atas mayat mayat rakan dan seterusnya memotong kawat besi itu.

42.British kelam kabut.. “Banzai”……salah seorang tentera Jepun telah merebahkan dirinya ke atas lubang kubu tersebut sambil askar askar lain merempuh kubu kubu itu serta membaling bom grenade ke dalam lubang tembakan kubu British.

43.Pekikan “BANZAI”… sambil menghunus benet benet dan pedang samurai mereka melibas kepala kepala askar India British satu persatu tanpa belas kasihan, satu-persatu kubu British telah ditawan!

44.Arahan seterusnya dari panglima British… jika mahu selamatkan lapangan terbang Kota Baharu, rampas kembali kubu-kubu tadi sebelum hari senja.

45.Arahan dikeluarkan kepada 1/13 th Frontier Force Rifle untuk menyerang sebelah timur pantai dan pasukan 2/12 th Frontier Force Regiment menyerang sebelah barat pantai Sabak.

46.Kedua dua pasukan itu kemudian bergabung dan membinasakan askar askar Jepun di situ. Dalam masa yang sama pasukan meriam 73 rd Field Battery dan 21st Mountain Battery Indian Artillery memberikan tembakan bantuan dari kawasan lapangan terbang Kota Baru.

47.Hakikatnya, serangan itu gagal sebenarnya. Ia sukar dilaksanakan kerana
kedudukan geografi di situ tidak menyebelahi British kerana adanya sungai-sungai
dan paya.

48.Akhirnya kawasan pantai itu tidak juga di rampas British.

49.Jam 9.00am ( 8 Dis) tibalah skuadron pesawat Jepun secara tiba-tiba dari arah
barat (terbang dari pengkalan di Thailand) dan mengebom kesemua pesawat RAAF dan bangunan bangunan tentera dari paras rendah.

50.Serangan pesawat ini dibuat sepanjang hari! Dengan 8 kali serangan berasingan.

51.Sebenarnya, pihak Jepun telah hilang anggota mereka secara besar besaran hasil dari pendaratan ini.

52.Sumber dari laporan Jepun mengatakan, mereka hilang sejumlah 320 askar dan 538 cedera dari 6000 orang anggota mereka.

53.British pula mendakwa, Jepun kehilangan 2,000 anggota.

54.Pihak tentera Jepun telah menyebut bahawa “Pendaratan berdarah di pantai Kota Baharu itu tercatat sebagai operasi pendaratan paling penting dan istimewa!”



memorial pantai pak amat​



55.Ia umpama pendaratan Normandy atau D-Day kepada pihak Jepun.

56.Mereka telah membina obelisk (tugu batu) dan menulis “KEPADA MEREKA YANG TELAH GUGUR” (NAKUNATTA KATAGATA)

57.Batu itu kini telah tenggelam di dasar laut kerana hakisan pantai, dan kini tugu
peringatan baru telah dibina dalam tulisan Bahasa Melayu.

58.Khabarnya batu ini pun bakal tenggelam tidak lama lagi.

59.Oleh itu tuan tuan forumer sekalian, hargailah kebebasan dan kemerdekaan kita
kerana peristiwa ini merupakan sejarah perang dunia Asia Pasifik dan hanya mereka
yang mengkaji sahaja tahu betapa peritnya datuk datuk kita dulu semasa perang.
Teruk jugak penulis nak cari bahan sejarah dan fakta ni hehehehe…

60.Terima kasih kepada arwah datuk datuk saya, rakan rakan dari fakulti sejarah UKM
dan pegawai pegawai bertugas di Memorial Perang Dunia ke-2 di Kota Baharu
Kelantan, veteran-veteran perang dari Malay Regiment yang masih hidup dan tidak
nyanyuk lagi,(cerita anda saya simpan sehingga kini dan saya kongsikan dengan orang lain agar tidak luput dari ingatan bangsa) serta rakan rakan tentera yang saya
kenali.

61.Tidak lupa juga, Shahpaskal yang sudi menerima kajian saya ini.

62.Salam dari saya Faisal 9W2WBT.




dan Hasil penjajahan Jepun ni. dapatla.....





Harap sapa yg sudi mendermakan sedikit DANA kepada Shah Paskal boleh masuk ke laman blog beliau MilitaryOfMalaysia..... Supportlah ekspedisi beliau dan rakan rakan!!! TQ

 
Last edited:
Sponsored Post

jamtulenmurah

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Mar 11, 2009
Messages
25,458
Reaction score
7,721
Points
316

Tapak pendaratan Det. Takumi di pantai Kelate.
The Japanese landing assault at Kota Bharu, December 1941​


antara setan det. takumi yg mampus di pantai kay bee​
 
Last edited:

jamtulenmurah

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Mar 11, 2009
Messages
25,458
Reaction score
7,721
Points
316
Harap sapa yg sudi mendermakan sedikit DANA kepada Shah Paskal boleh masuk ke laman blog beliau MilitaryOfMalaysia..... Supportlah ekspedisi beliau dan rakan rakan!!! Kontek beliau nanti. TQ



InsyaAllah ada sokongan ada lah Something BEST yg akan dibongkarkan!!! :)paid:)cgrock

 

TokCu

Legendary Member
Joined
Jul 25, 2011
Messages
11,155
Reaction score
537
Points
161
Almarhum bapa TokCu adalah salah seorang yang ditangkap jepun angkara pengkhianatan anak bangsanya sendiri...

....kerosakan jepun tidaklah seteruk kerosakan penjajahan inggeris...
 

jamtulenmurah

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Mar 11, 2009
Messages
25,458
Reaction score
7,721
Points
316
Almarhum bapa TokCu adalah salah seorang yang ditangkap jepun angkara pengkhianatan anak bangsanya sendiri...

....kerosakan jepun tidaklah seteruk kerosakan penjajahan inggeris...
Kena pancung ke tokku??? :-SS:-SS:-SS
 

TokCu

Legendary Member
Joined
Jul 25, 2011
Messages
11,155
Reaction score
537
Points
161
Kena pancung ke tokku??? :-SS:-SS:-SS
kalau kena pancung takde lahir TokCu ke dunia ni:D

2 minggu dalam tahan jepun tapi sempat lari
tetapi terpisah dengan anak isteri sehinggalah jepun meninggalkan malaya. hidup dalam pelarian yang panjang
 

jamtulenmurah

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Mar 11, 2009
Messages
25,458
Reaction score
7,721
Points
316
kalau kena pancung takde lahir TokCu ke dunia ni:D

2 minggu dalam tahan jepun tapi sempat lari
tetapi terpisah dengan anak isteri sehinggalah jepun meninggalkan malaya. hidup dalam pelarian yang panjang
Ada kena tangkap pi burma wat relway maut ke tokcu?
 

jamtulenmurah

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Mar 11, 2009
Messages
25,458
Reaction score
7,721
Points
316
ramai sahabatnya tidak diketahui nasib mereka sehingga akhir hayatnya...
Samaada dua aje kemungkinan.

1. Maut kena pancung

2. Dihantar ke kem buruh. Dan maut.


Jepun lebih zalim dari nazi. Tapi Komunis lebih zalim dari jepun. So pikir sendiri la.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register