BTC USD 40,521.0 Gold USD 1,866.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Misteri tompokan darah di dua mesin ATM terungkai

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
4,003
Reaction score
302
Points
51

GAMBAR tompokan darah yang tular di media sosial. FOTO tular

Jertih: Pelbagai andaian timbul selepas tersebarnya gambar tompokan darah di ruangan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di dua bank di Bandar Jertih, di sini, hingga menyebabkan orang ramai panik dengan kejadian yang berlaku malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung kejadian jam 8.20 malam itu namun hasil siasatan di lokasi mendapati ia bukan kes rompakan seperti ditularkan.

"Sebaik saja tersebar berita itu di media sosial, sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut dikerahkan ke lokasi kejadian bagi melakukan siasatan.

"Siasatan awal mendapati terdapat beberapa tompokan merah dipercayai darah di ruangan bank namun tiada saksi yang melihat sebarang kejadian jenayah berlaku," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Abdul Rozak berkata, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bank itu mendapati seorang lelaki warga emas tempatan berusia 61 tahun memasuki dua bank berkenaan.

"Warga emas terbabit dilihat melakukan transaksi di mesin ATM di bank berkenaan. Ketika lelaki itu beredar didapati ada tompokan darah di kakinya.

"Hasil rakaman itu, dipercayai lelaki berkenaan mengalami kecederaan sebelum memasuki bank.

"Difahamkan dia mengalami luka terkena tunjang tempat untuk ikat tali lembu dan tidak pergi membuat rawatan sebelum ke bank," katanya.

Katanya, justeru pihaknya menafikan kononnya berlaku kejadian rompakan di dua bank berkenaan hingga menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan orang awam.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak sewenang-wenangnya menyebarkan berita palsu di media sosial sebelum mengetahui kesahihannya kerana boleh menimbulkan keresahan kepada masyarakat," katanya.

Terdahulu, gambar tompokan darah di bank terbabit yang didakwa berlaku kejadian rompakan hingga mengakibatkan kecederaan orang awam dimuat naik di media sosial dan tular sejak kelmarin.


== harian metro
 

CG Sponsors




Top
Log in Register