BTC USD 64,324.0 Gold USD 2,320.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Misteri suara halus jawab salam di kubur

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
6,344
Joined
Jun 21, 2021
Messages
6,344
Reaction score
877
Points
121
GAMBAR kenangan Nur Hazwani bersama ibu dan bapanya. FOTO Ihsan Nur Hazwani Md Yasir
GAMBAR kenangan Nur Hazwani bersama ibu dan bapanya. FOTO Ihsan Nur Hazwani Md Yasir

Batu Pahat: "Terkejut juga, tapi kemudian timbul perasaan sebak kerana betul ke itu suara arwah abah.

Kalau boleh nak dengar sangat sebab rindu," kata jurusolek, Nur Hazwani Md Yasir.

Perkongsian Nur Hazwani, 32, di TikTok baru-baru ini mendapat perhatian ramai hingga meraih lebih 825,000 tontonan selepas memuat naik video seakan-akan ada 'seseorang' menjawab salamnya ketika menziarahi pusara bapanya, Md Yasir Dalail.

Suara itu kedengaran perlahan, namun jelas apabila diamati sebaik Nur Hazwani memberi salam ketika sampai di pusara bapanya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Terus, di sini.

Bercerita lanjut, Nur Hazwani dari Sri Medan di sini berkata, video itu dirakam pada 21 Mac lalu dan tidak mendengar suara menjawab salam ketika berada di lokasi berkenaan.

"Tapi, selepas saya muat naik video di status WhatsApp, ada ahli keluarga hantar mesej kepada saya maklumkan dia dengar suara orang menjawab salam.

"Bagi mendapat kepastian, saya mainkan semula video berkenaan untuk dengar dan memang ada cuma suara itu halus sangat.

"Masa dengar itu terkejut kerana ketika itu di tanah perkuburan itu hanya saya seorang.

Suami, emak, kakak, adik lelaki dan anak buah memang ada ikut waktu itu, tapi mereka datang selepas saya duduk di tepi pusara," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Anak ketujuh daripada sembilan beradik itu berkata, perasaannya bercampur baur kerana tidak tahu siapa pemilik suara misteri berkenaan yang masih tinggal tanda tanya sehingga hari ini.

TANGKAP layar video tular dimuat naik Nur Hazwani. FOTO Tangkap layar Tiktok
TANGKAP layar video tular dimuat naik Nur Hazwani. FOTO Tangkap layar Tiktok

"Nak percaya atau tidak itu susah kerana jika dengar dengan teliti macam betul (suara arwah bapa).

Saya nak menidakkannya pun tak pasti kerana hanya saya ada di situ waktu itu jadi dari mana datangnya suara itu?"

"Apa pun, saya mengharapkan yang terbaik untuk abah di alam sana dan sebenarnya, itu kali pertama saya rekod video di kawasan perkuburan malah niatnya nak jadikan kenangan serta kongsi dengan adik beradik lain saja.

"Tapi, tak sangka pula selepas kongsi di TikTok boleh tular namun bersyukur ramai mendoakan abah cuma dalam 100 orang, ada komen kata itu bukan suara abah, tapi jin juga qarin," katanya.

Di sebalik apa yang berlaku, Nur Hazwani bersyukur kerana berkesempatan menjaga bapanya sebelum meninggal dunia pada 12 September 2022 akibat serangan jantung.

"Alhamdulillah, mungkin asbab jadi jurusolek, waktu kerja lebih fleksibel jadi pada hari biasa, saya dapat teman abah yang diserang angin ahmar ringan (minor strok) sejak 2016 melakukan urusannya.
"Walaupun berada di Genting Highlands waktu dapat tahu abah meninggal dunia, perjalanan saya untuk pulang ke kampung dipermudahkan, malah sempat tengok jenazah abah sebelum dikebumikan.

"Sekarang pun, saya bersyukur kerana sudah berpindah ke sini dari Johor Bahru jadi kesempatan ziarah kubur lebih kerap, kebiasaannya pada Khamis, Jumaat dan Sabtu," katanya.
 
Sponsored Post

Mainan dan tipu daya jin dan syaitan.


sangka yg baik2 shja

Itu lebih baik

...................................................

kalau dah terlalu rindu..kadang2 perasaan kita akan buat kita dengar cth suara yg diharap
(bagi salam..harap jawab salam)

anggap shja ini rezeki/ nikmat Allah swt bagi...cukup

tak perlu pun nak tau apa sebenarnya....janji bahagia!
(seeloknya diam dia shja..sudah)


(selalu je bersangka baikk...yg buruk2 kikis je..)
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register