BTC USD 57,620.1 Gold USD 1,793.71
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Misteri semua tetamu selamat

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
PESHAWAR - Seorang remaja meletupkan dirinya dalam satu serangan berani mati pada satu majlis di sini, barat daya Pakistan semalam tetapi semua tetamu terselamat dalam serangan tersebut, kata polis.

Seorang pegawai kanan polis, Mohammad Ayub berkata, satu keajaiban berlaku apabila tiada orang yang cedera atau terbunuh dalam serangan itu di kampung Essakkhel, daerah Baanu.

Daerah itu bersempadan dengan wilayah Waziristan Selatan dan Waziristan Utara yang menjadi kubu kuat kumpulan Taliban.

"Seorang remaja lelaki berusia 13 atau 14 tahun meletupkan diri semasa orang ramai berada di rumah seorang pemimpin politik tempatan untuk mengucapkan tahniah kepada beliau kerana berjaya menyempurnakan ibadat haji," katanya.

"Satu keajaiban berlaku kerana tiada sesiapa yang cedera dalam letupan itu," katanya.

Budak lelaki itu maut akibat letupan tersebut tetapi polis menyatakan terdapat kemungkinan tidak semua bahan letupan yang diikat pada anak baju penyerang meletup manakala sebutir bom tangan yang dibawanya berjaya dimatikan.

Tentera Pakistan melancarkan operasi berganda bagi menghapuskan militan Islam di dua wilayah itu tahun ini dan anggota-anggota militan bertindak balas dengan melancarkan kempen pengeboman di seluruh Pakistan. - AFP
 
Sponsored Post

atlantis

CG Top Poster Club
Messages
35,221
Paid Membership
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
cedera pun takde ?
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register