Misteri rumah arwah Cikgu Jumbri di Batu 10 Tanjung Karang

CG Sponsors




Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,254
Reaction score
1,124
Points
201
misteri sungguh... isunye skrg, penduduk setempat x kene kaco ke?
 
Sponsored Post

Arluth

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Jul 1, 2009
Messages
9,644
Reaction score
382
Points
91
Leh la geng paranormal youtubers terjah tempat ni
 

kotak85

Fun Poster
Joined
Mar 20, 2013
Messages
912
Reaction score
25
Points
30
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,617
Reaction score
21,075
Points
1,671
rumah cantik je. bknla mcm rumah tinggal

yg tggal note bole plak main tulis2 xnak pg repot polis terus
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,617
Reaction score
21,075
Points
1,671
Siapa kata rumah itu berhantu ?



“SUDAH lama saya tinggal berjiran dengan rumah tidak berpenghuni itu. Kalau benar ada ‘gangguan’ seperti tular di laman sosial, kenapa saya dan jiran sekeliling tidak diganggu?.


"50 tahun saya menetap di sini. Masyarakat di luar sana yang tidak tahu menahu rumah itu, hentikan sebar perkara tidak sahih dan jagalah aib mereka yang sudah meninggal dunia," kata penduduk, Hasnawi Hasim, 50.

Dalam kejadian Jumaat lalu, mayat seorang lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 60-an ditemui di rumah kosong terletak di Kampung Melaka, Bagan Tengkorak, Tanjung Karang, Selangor.

Hasnawi berkata, rumah itu sebelum ini dimiliki seorang guru lelaki yang menetap bersama keluarganya, namun meninggal dunia dan kediaman itu dijual sekitar 1990-an.

"Dakwaan kononnya rumah itu berpenunggu hanyalah cerita yang tidak dipastikan kebenarannya kerana ia disampaikan penduduk kampung dari mulut ke mulut.

"Tambahan pula, rumah itu sudah beberapa kali dijual dan bertukar pemilik. Nak kata ada penunggu, saya dah lama berjiran dan jarak rumah kami tidak sampai 30 meter," katanya ketika ditemui Harian Metro tadi.

Menurut Hasnawi, dia kesal perkara itu tersebar melalui laman sosial hingga menjadi bahan perbualan yang ditokok tambah untuk menyedapkan cerita.

"Orang yang dah meninggal dunia, kita perlu jaga aibnya. Saya marah apabila ada individu yang mengaku penduduk kampung ini buat cerita tidak masuk akal mengenai rumah berkenaan.

"Kalau masyarakat di luar sana nak tahu juga keadaan rumah ini, datang dan lihat sendiri. Saya yang berjiran pun tak berani nak komen apa apa," katanya.

Dia ditanya berhubung lelaki Indonesia yang meninggal dunia di rumah itu mendakwa sering melihat Allahyarham membersihkan kawasan rumah itu.

"Saya tidak tahu yang arwah meninggal dunia sejak sebulan lalu. Semua tingkap dan pintu rumah tertutup rapat sehingga tiada bau yang mencurigakan.

"Saya tidak nafikan arwah seorang yang mesra dan baik budi pekerti. Meskipun tidak banyak bercakap, dia sering berjemaah di surau dan masjid di kampung ini," katanya.

Pasangan suami isteri juga jiran kepada rumah tidak berpenghuni itu, Basiron Hasim, 59 dan Khalizah Sarijan, 53, menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai perkara tidak sahih mengenai rumah itu.

"Kita kena jaga aib pemilik rumah. Kalau buat cerita tidak benar, nanti orang tidak jadi beli rumah itu. Kesian pada pemilik.

"Semasa duduk sini, memang ada dengar dari mulut orang pasal rumah itu, tetapi kami sekeluarga tidak ambil kisah," katanya.

 

Jackhalid

Super Active Member
Platinum Member
Joined
May 24, 2008
Messages
6,465
Reaction score
1,028
Points
151
so siapa yg kutip sewa RM50 tu? siapa tuan rumahnya sekarang? baik wartawan tanya je tuan rumah tu apa kisah rumah tu.
 

Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
993
Reaction score
182
Points
23
Solo Ambush bagi rating 3 bintang selepas buat live di rumah Cikgu Jumbri, dengar bisikan sebelum jumpa gigi - “Orang kampung perlu segera buat sesuatu”
Oleh: SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM


Serpihan gigi yang ditemui berdekatan kawasan tilam semasa tinjauan Solo Ambush di rumah terbabit.

SEBUAH rumah tinggalan di Batu 10, Tanjong Karang berdekatan Kuala Selangor sekali lagi menjadi tumpuan ramai gara-gara kehadiran penjejak alam mistik, Solo Ambush.

Solo Ambush atau nama sebenarnya Hanizamal Abu Hanifah melakukan siaran langsung menjejaki kewujudan 'penghuni' alam ghaib di rumah arwah Cikgu Jumbri itu.

Siaran yang dibuat secara live itu menerusi Facebook selama dua jam.

Menurut Hanizamal, kehadirannya ke rumah itu yang juga menjadi lokasi
penemuan mayat seorang lelaki pada akhir bulan Januari lalu masih belum
dapat merungkai sepenuhnya dakwaan gangguan misteri selama bertahun
lamanya di kediaman tersebut.

Namun semasa tinjauan di tingkat atas, Hanizamal berkata dia terdengar ada bisikan halus berkata 'tak sempurna' sehingga membawa penemuan sebatang gigi berdekatan tilam di mana mayat seorang lelaki ditemui sebelum ini.


Mayat seorang lelaki dipercayai warga Indonesia yang juga penjaga rumah terbabit ditemui pada 30 Januari lalu.

"Sebelum jumpa gigi tu saya ada dengar bisikan 'tak sempurna' masa saya dekat tilam. Kiranya ada part bahagian badan manusia yang tak ditanam lagi. Mulanya saya tak tahu benda apa.

"Kalau tak sempurna ni kita sebut mengenai tulang, bukan daging. Itu yang saya jalan-jalan banyak kali dekat kawasan tilam dan ternampak gigi tu," katanya kepada mStar.

Berdasarkan keadaan gigi itu, Hanizamal berkata ia dipercayai milik mayat yang ditemui baru-baru ini.

"Melalui warna dan tiada kesan patah pada gigi, warna tunjang sama warna dengan reput mayat. Jadi saya simpulkan ia adalah gigi daripada mayat tersebut.

"Ini kerana ia berdekatan dengan tilam tu. Saya tak sentuh pun tapi saya ada maklumkan kepada ahli jawatankuasa kampung mengenai penemuan itu.

"Mereka perlu lakukan sesuatu secepat mungkin untuk elakkan perkara tidak diingini. Ia sebahagian daripada mayat manusia takut orang buat puja ke apa sebab ia kes mati," katanya.


Serpihan gigi yang ditemui.

Jelas Hanizamal lagi, meskipun sudah sebulan kes penemuan mayat lelaki di rumah itu, bau busuk mayat masih lagi kuat menyelubungi bilik di tingkat atas rumah tersebut.

"Bagi saya keadaan tu agak luar biasa. Kebiasaannya kalau mayat ni selalunya 100 meter kita boleh bau tapi yang ini (bau) hanya di bilik tingkat atas saja.

"Kat bawah tak ada bau. Saya siap boleh makan burger lagi dekat bawah. Itu yang saya pelik. Ia sesuatu yang tak normal. Semua orang terkejut," katanya.

Bagaimanapun menerusi tinjauannya pada malam itu, Hanizamal
berkata dia dapat mengesan tiga lokasi panas di sekitar rumah tidak
berpenghuni itu.

"Sejak penemuan mayat tu ada tiga tempat hotspot yang saya perlu tengok. Yang pertama bahagian siling. Kedua keliling rumah yang dipercayai adanya kubur lama Jepun. Dan yang ketiga bilik tingkat atas yang ada tilam.

"Apa yang menarik perhatian saya adalah kawasan siling tapi so far saya tak nampak apa. Ada penonton hantar beberapa screenshoot mereka nampak bayang hitam tapi saya tak sempat nak analisa.

"Mengenai gangguan mistik itu datang dari luar rumah dan bukannya dalam rumah tu. Itu yang saya cuba rungkai tapi tak jumpa apa-apa. Aura kuat tapi makhluk tu tak mahu datang mendekati saya. Dia tiba-tiba hilang," katanya.


Bayang hitam yang didakwa dilihat penonton di atas siling rumah terbabit semasa siaran secara live.

Dalam pada itu, Hanizamal tidak menolak kemungkinan bahawa penemuan mayat seorang lelaki yang juga penjaga rumah terbabit tempoh hari tiada kaitan dengan unsur jenayah.

"Bila tengok balik secara analisis teknikal kemungkinan mangsa kena renjatan elektrik sebab rumah tu tengah buat wiring.

"Main switch wiring ada sebelah kanan betul-betul sebelah tilam. Mungkin
mangsa terpelanting berdasarkan kedudukan tilam tu.

"Namun kemungkinan wujud gangguan lain (mistik) yang menyebabkan penjaga rumah itu dibunuh. Tapi itu hanyalah andaian saya kerana kunjungan saya semalam masih lagi kabur," katanya.

Malah Hanizamal turut memberikan rating tiga bintang mengenai tahap
keseraman rumah tersebut.

"Sebelum mula live, saya dan seorang AJK kampung duduk je atas jalan raya dah meremang bulu roma. Aura memang kuat di situ.

"Tahap seram rumah tu agak kuat. Pada pandangan saya, saya bagi rate 3
bintang. Sambil naik tangga secara perlahan-lahan rasa ingin tahu tu amat kuat tapi kena berjaga-jaga juga atas apa saja kemungkinan yang akan berlaku," katanya.

Sumber: mStar
 
Sponsored Post
Top
Log in Register