Misteri rumah arwah Cikgu Jumbri di Batu 10 Tanjung Karang

CG Sponsors




Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
993
Reaction score
182
Points
23
#GempakSpot: Tinggalkan Nota Uruskan Mayat Di Rumah Misteri Batu 10 Tanjung Karang


Kisah ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan akaun Twitter @azrulnaim777 tentang sebuah rumah misteri yang dulunya dimiliki oleh Arwah Cikgu Jumbri.

Orang batu 10 mesti tahu rumah ni dengan sejarah rumah tu kan.

Okay aku cerita sikit apa yang buat rumah ni misteri, untuk kes yang ni, itu bukan mayat Cikgu Jumbri. Pada nota tu pun dah tulis'tolong uruskan rangka kat dalam rumah Arwah Cikgu Jumbri, bukan tulis 'uruskan mayat Cikgu Jumbri kat rumah dia'.

Rumah tu dulu kepunyaan Cikgu Jumbri tapi cikgu ni sudah meninggal lama dah. Rumah kat Batu 10 Tanjung Karang. Macam mana rumah ni boleh jadi misteri, tu aku tak nak cerita sebab banyak versi yang aku dengar tapi aku tak nak sampaikan benda yang salah.

Aku cerita apa yang pernah berlaku sahaja kat rumah tu yang aku cerita aku dengar dari orang yang pernah duduk di situ. Ada dua penyewa yang aku sendiri pernah tanya dorang apa yang berlaku di situ.

Dari apa yang orang cerita, orang yang menyewa rumah tu tak lama, kadang-kadang sehari baru sewa, esok dah keluar rumah tu sebab tak tahan. Ada yang kata orang yang sewa situ tak sampai seminggu mesti dah keluar dari rumah tu.

Sama juga penyewa yang aku pernah tanya, mereka memang tak boleh nak duduk lama kat rumah tu, walaupun sewa bulanan murah.

Sewa bulanan untuk rumah tu RM50 sebab kawan aku pernah nak sewa rumah tu duduk dengan kawan-kawan dia, jadi aku tahulah berapa harga sewa rumah tu.

Dua penyewa yang aku pernah tanya, yang pertama crew production film, masa tu ada buat shooting kat area situ. Tajuknya Pondok di Hujung Tanjong'. Cerita ni dah lama, tayangan di RTM1. Yang mana pernah tengok tahulah kot cerita tu, tapi cerita tu tak ada kaitan pun dengan rumah tu.

Macam biasalah, production mesti nak save bajet, jadi mereka pun sewa rumah tu sebab sewa murah tapi dorang sewa tak lama. 3-4 hari macam tu mereka keluar cari rumah sewa baru, sebab tak tahan hari-hari kena kacau.

Ada sorang krew perempuan, aku tak ingat nama kakak tu sebab benda ni dah lama, lebih 10 tahun, kakak ni ada sekali tu nak masak maggi tengahari. Masa tengah masak tu , tiba-tiba ada nampak benda macam gula-gula kat luar tingkap tengah tengok dia.

Kakak tu memang tak cakap banyak, terus lari katanya, selera nak makan maggi terus hilang. Tengahari pun boleh kena ganggu. Lepas tu nak pergi mandi pun sama katanya, nampak jugak benda tu kat bilik mandi, jadi korang faham-fahamlah kalau dah selalu nampak kan.

Lepas tu mereka buat keputusan terus nak cari rumah sewa lain sebab tak tahan. Mereka kata macam sepanjang masa je benda tu ganggu.

Penyewa kedua ni orang luar, mat saleh dengan bini dia. Entah macam mana mereka boleh sewa kat rumah tu pun aku tak tau, sebab aku selalu lalu depan rumah tu aku nampak mat saleh selalu lepak kat tangga.

Dua hari lepas mat saleh tu sewa, rumah tu kosong balik. Mat saleh tu dah tak duduk situ. Kita yang selalu dengar cerita pasal rumahtu dah dapat taulah mungkin kena ganggu kot.

Selalu aku nampak masa dua hari tu memang pagi petang mat saleh tu duduk kat tangga dengan bini dia. Pagi tu selalu aku beli sarapan kat depan rumah tu, depan rumah tu ada warung nasi lemak, petang pulak selalu jalan-jalan naik motor, jadi memang akan lalu rumah tu.

Lepas tu entah macam mana, aku lepak kedai mamak, aku terjumpa mat saleh tu duduk kat mamak. Lalu aku pun tanyalah dalam Bahasa Inggeris dengan tergagap ya "awak yang sewa rumah yang depan warung jerman kan?" Dia cakap “iya”.

Lepas tu aku tanya "dah tak duduk situ ke?" Mat saleh tu jawab “tak sebab ada benda seram selalu muncul. Dia dan bini dia takut katanya ada setan yang menyeramkan”. Korag jangan cakap pulak 'pandai pulak mat saleh sembang melayu', aku malas nak translate.

Jadi mereka buat keputusan cari rumah lain, mereka sewa dekat dengan samtk. Mereka kata bayar mahal tak apa, asalkan tenang tak ada yang mengacau.

Jadi dua cerita ni je yang aku dapat kongsikan dgn korang apa yang berlaku kat rumah tu. Penyewa-penyewa lain yang pernah sewa kat situ pernah juga dengar apa yang berlaku, tapi tu aku dengar dari cerita orang, so aku tak kongsi cerita dari mulut orang lain.

Sumber: http://www.gempak.com/artikel/31740...mayat-di-rumah-misteri-batu-10-tanjung-karang












NOTA misteri diletakkan dalam peti surat surau membawa kepada penemuan mayat lelaki warga Indonesia di sebuah rumah tidak berpenghuni, semalam. FOTO ihsan pembaca.

Amirul Aiman Hamsuddin
[email protected]

NOTA misteri diletakkan dalam peti surat Surat Batu 11, membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki di rumah tidak berpenghuni di Kampung Melaka, Bagan Tengkorak, Tanjong Karang, semalam.

Dalam kejadian 2 petang itu, jemaah surau itu baru selesai menunaikan solat Zuhur terkejut menemui nota yang meminta penduduk kampung menguruskan jenazah.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Melaka, Mohd Jamil Baharom berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan seorang penduduk.

“Saya hadir pada 5 petang dan ketika itu, pihak polis dan penduduk kampung berada di lokasi kejadian.

“Saya masuk ke dalam rumah dan terkejut melihat jasad manusia berada dalam keadaan terlentang," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Beliau berkata, mayat itu dipercayai lelaki warga Indonesia berusia 60-an dan dikenali penduduk setempat.

Menurutnya, mayat dibawa ke Hospital Tanjong Karang (HTK) pada 6 petang untuk bedah siasat.

Dalam pada itu, Mohd Jamil berkata, rumah itu sebelum ini dimiliki seorang guru lelaki yang menetap bersama keluarganya, namun dia meninggal dunia dan kediaman itu dijual sekitar 1990-an.

“Dia (lelaki warga Indonesia) sebelum ini mengambil upah membersihkan persekitaran rumah itu, tetapi dia tidak kelihatan setahun lalu.

“Saya difahamkan arwah mungkin datang semula ke kampung ini dan mungkin baru sebulan meninggal dunia," katanya.

Mohd Jamil berkata, penduduk kampung hairan dan pelik mayat itu dalam keadaan sempurna dan tidak berbau selain menganggap ia kebesaran Allah.

Katanya, pada waktu hayatnya, arwah baik hati, sering berjemaah di surau dan tidak banyak bercakap," katanya.

Sementara itu, peniaga kedai makan, Zainab Dimin, 63, berkata, dia yang pulang dari pasar terkejut melihat polis dan penduduk kampung berkumpul di rumah itu.

“Jarak kedai makan saya dengan rumah itu kira-kira 120 meter dan saya tidak pernah terhidu bau mencurigakan sebelum ini.

“Pelanggan yang biasa ke kedai memaklumkan ada mayat dalam rumah tu.
Sepanjang beroperasi, saya dan pekerja tidak hidu bau pelik.

“Malah, jiran sebelah rumah itu turut terkejut apabila dimaklumkan perkara itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Md Asri A Wahab mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat sebagai mati mengejut.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2020/01/540142/nota-siapakah-ini

Siapa kata rumah itu berhantu ?



“SUDAH lama saya tinggal berjiran dengan rumah tidak berpenghuni itu. Kalau benar ada ‘gangguan’ seperti tular di laman sosial, kenapa saya dan jiran sekeliling tidak diganggu?.


"50 tahun saya menetap di sini. Masyarakat di luar sana yang tidak tahu menahu rumah itu, hentikan sebar perkara tidak sahih dan jagalah aib mereka yang sudah meninggal dunia," kata penduduk, Hasnawi Hasim, 50.

Dalam kejadian Jumaat lalu, mayat seorang lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 60-an ditemui di rumah kosong terletak di Kampung Melaka, Bagan Tengkorak, Tanjung Karang, Selangor.

Hasnawi berkata, rumah itu sebelum ini dimiliki seorang guru lelaki yang menetap bersama keluarganya, namun meninggal dunia dan kediaman itu dijual sekitar 1990-an.

"Dakwaan kononnya rumah itu berpenunggu hanyalah cerita yang tidak dipastikan kebenarannya kerana ia disampaikan penduduk kampung dari mulut ke mulut.

"Tambahan pula, rumah itu sudah beberapa kali dijual dan bertukar pemilik. Nak kata ada penunggu, saya dah lama berjiran dan jarak rumah kami tidak sampai 30 meter," katanya ketika ditemui Harian Metro tadi.

Menurut Hasnawi, dia kesal perkara itu tersebar melalui laman sosial hingga menjadi bahan perbualan yang ditokok tambah untuk menyedapkan cerita.

"Orang yang dah meninggal dunia, kita perlu jaga aibnya. Saya marah apabila ada individu yang mengaku penduduk kampung ini buat cerita tidak masuk akal mengenai rumah berkenaan.

"Kalau masyarakat di luar sana nak tahu juga keadaan rumah ini, datang dan lihat sendiri. Saya yang berjiran pun tak berani nak komen apa apa," katanya.

Dia ditanya berhubung lelaki Indonesia yang meninggal dunia di rumah itu mendakwa sering melihat Allahyarham membersihkan kawasan rumah itu.

"Saya tidak tahu yang arwah meninggal dunia sejak sebulan lalu. Semua tingkap dan pintu rumah tertutup rapat sehingga tiada bau yang mencurigakan.

"Saya tidak nafikan arwah seorang yang mesra dan baik budi pekerti. Meskipun tidak banyak bercakap, dia sering berjemaah di surau dan masjid di kampung ini," katanya.

Pasangan suami isteri juga jiran kepada rumah tidak berpenghuni itu, Basiron Hasim, 59 dan Khalizah Sarijan, 53, menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai perkara tidak sahih mengenai rumah itu.

"Kita kena jaga aib pemilik rumah. Kalau buat cerita tidak benar, nanti orang tidak jadi beli rumah itu. Kesian pada pemilik.

"Semasa duduk sini, memang ada dengar dari mulut orang pasal rumah itu, tetapi kami sekeluarga tidak ambil kisah," katanya.

 
Last edited:
Sponsored Post

Name:

Active Member
Joined
Dec 25, 2012
Messages
2,092
Reaction score
272
Points
51
persoalanya rangka siapa?
 

Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
993
Reaction score
182
Points
23
tgk komen @azrulnaim777 katanya rangka tu dah tahu sapa tp nak tunggu betul2 pasti baru bg tahu
 
Last edited:

Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
993
Reaction score
182
Points
23
Penyelaras PKPR DUN Sungai Burong Merangkap Ketua Bahagian Bersatu Tg. Karang Tn. Mohd Azmil Misman ke lokasi penemuan satu mayat di rumah terbiar di Kampung Melaka Batu 10, sejurus dimaklumkan.

Mayat telah dibawa ke bilik mayat hospital Tg. Karang dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Kg Melaka. Turut bersama beliau MPKK Kg Melaka En. Mohd Jamil Baharom.

Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang berdiri dan luaran


Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri dan luaran


Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang berdiri dan luaran


Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang berdiri dan luaran


 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
35,271
Reaction score
2,139
Points
206
kalaulah sesebuah rumah tu berpenunggu jika diruntuhkan struktur rumah itu dan dibuat binaan baru di atas tanah tersebut adakah penunggu tersebut akan datang kembali atau dia blah cari tempat lain untuk duduk?
 

Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
993
Reaction score
182
Points
23

NOTA misteri diletakkan dalam peti surat surau membawa kepada penemuan mayat lelaki warga Indonesia di sebuah rumah tidak berpenghuni, semalam. FOTO ihsan pembaca.

Amirul Aiman Hamsuddin
[email protected]

NOTA misteri diletakkan dalam peti surat Surat Batu 11, membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki di rumah tidak berpenghuni di Kampung Melaka, Bagan Tengkorak, Tanjong Karang, semalam.

Dalam kejadian 2 petang itu, jemaah surau itu baru selesai menunaikan solat Zuhur terkejut menemui nota yang meminta penduduk kampung menguruskan jenazah.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Melaka, Mohd Jamil Baharom berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan seorang penduduk.

“Saya hadir pada 5 petang dan ketika itu, pihak polis dan penduduk kampung berada di lokasi kejadian.

“Saya masuk ke dalam rumah dan terkejut melihat jasad manusia berada dalam keadaan terlentang," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Beliau berkata, mayat itu dipercayai lelaki warga Indonesia berusia 60-an dan dikenali penduduk setempat.

Menurutnya, mayat dibawa ke Hospital Tanjong Karang (HTK) pada 6 petang untuk bedah siasat.

Dalam pada itu, Mohd Jamil berkata, rumah itu sebelum ini dimiliki seorang guru lelaki yang menetap bersama keluarganya, namun dia meninggal dunia dan kediaman itu dijual sekitar 1990-an.

“Dia (lelaki warga Indonesia) sebelum ini mengambil upah membersihkan persekitaran rumah itu, tetapi dia tidak kelihatan setahun lalu.

“Saya difahamkan arwah mungkin datang semula ke kampung ini dan mungkin baru sebulan meninggal dunia," katanya.

Mohd Jamil berkata, penduduk kampung hairan dan pelik mayat itu dalam keadaan sempurna dan tidak berbau selain menganggap ia kebesaran Allah.

Katanya, pada waktu hayatnya, arwah baik hati, sering berjemaah di surau dan tidak banyak bercakap," katanya.

Sementara itu, peniaga kedai makan, Zainab Dimin, 63, berkata, dia yang pulang dari pasar terkejut melihat polis dan penduduk kampung berkumpul di rumah itu.

“Jarak kedai makan saya dengan rumah itu kira-kira 120 meter dan saya tidak pernah terhidu bau mencurigakan sebelum ini.

“Pelanggan yang biasa ke kedai memaklumkan ada mayat dalam rumah tu.
Sepanjang beroperasi, saya dan pekerja tidak hidu bau pelik.

“Malah, jiran sebelah rumah itu turut terkejut apabila dimaklumkan perkara itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Md Asri A Wahab mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat sebagai mati mengejut.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2020/01/540142/nota-siapakah-ini
 

Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
993
Reaction score
182
Points
23
ok misteri sudah terjawab cuma sapa yg tulis nota je xtahu lg
 

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
6,693
Reaction score
603
Points
121
Tgk nota mcm ditulis oleh org yang biasa keja dengan komputer. Ada * lagi.

Mungkin leceh nak beri kerjasama. Nak buat laporan polis lagi, nak diambik keterangan lagi. Jadi saksi itu ini.

Tu yang main serah je kat org lain suruh urus hal ni. Settle masalah.
 

dloanman

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 15, 2012
Messages
21,993
Reaction score
1,646
Points
206
seram giller nih. dah lah den sorang2 kek rumah nih.. eh apo ni terjurai ke ateh palo den
 
Sponsored Post
Top
Log in Register