BTC USD 35,991.8 Gold USD 1,816.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Misteri peti besi Istana Jugra, apa yang ada didalamnya?

rayz

Legendary Member
gem
Messages
13,058
Joined
Jun 5, 2007
Messages
13,058
Reaction score
766
Points
161
Awards
1
same2..no problem

awat yg berat sangat tu sampai kena angkat dgn kren

panggil mat saleh buat live

br depa tau misteri nusantara

biar kalah dia pnya barang dlm muzium Ripley's Believe It or Not!
 
Sponsored Post

silvermaddness

Legendary Member
gem
Messages
11,548
Joined
Oct 6, 2007
Messages
11,548
Reaction score
72
Points
130
Awards
2
fuh..lejen ni barang ni...kaki mistik mesti penuh dtg
 

Name:

Active Member
Messages
2,240
Joined
Dec 25, 2012
Messages
2,240
Reaction score
309
Points
51
bkn minat mistik..ada darah pertalian dgn atok kasim tu hehe..dia mmg bole bukak n arwah abg sy pernah tgk dia bukak mmg x de pape dlm tu..atok dah meninggal,skrg cucu atok yang jaga..kerabat selangor rajin dtg tgk..especially almarhum sultan selangor yg kawen ngn permaisuri aisyah..


kira ada pertalian darah dgn sultan Abdul Samad ?

pernah ziarah makam Abdul Samad...dah lama dah ..

dlm makam tu ada peti besi ..mungkin peti besi tu kot.W.A
 

kunang-kunang

Fun Poster
Messages
972
Joined
May 21, 2010
Messages
972
Reaction score
127
Points
23
kira ada pertalian darah dgn sultan Abdul Samad ?

pernah ziarah makam Abdul Samad...dah lama dah ..

dlm makam tu ada peti besi ..mungkin peti besi tu kot.W.A

pertalian dgn pak engku..nenek sy dgn dia kira adik beradik satu susuan..nenek mnom susu mak dia..mmg peti tu sultan Abdul Samad punya..
 

kunang-kunang

Fun Poster
Messages
972
Joined
May 21, 2010
Messages
972
Reaction score
127
Points
23
awat yg berat sangat tu sampai kena angkat dgn kren

panggil mat saleh buat live

br depa tau misteri nusantara

biar kalah dia pnya barang dlm muzium Ripley's Believe It or Not!

haha ntah la..xde misteri apa pon..biasa la org dlu2 kan ada ilmu mcm2..penunggu la apa la..peti tu ada penunggu dia..camtu la..
arwah datuk sy pawang di raja..org dlu2 klo sakit ke apa berubat mmg bawak ke makam tu..kepercayaan org dlu kan..hmm
ada je kalangan ahli keluarga yg dpt benda tu peninggalan datok moyang ni..mmg x terbawak..mcm makcik sy dlu tetibe menagis..pastu jd menurun..suara dh jd lain cakap mcm pendekar..tp kita percaya tuhan kan..puas berubat..buang benda tu..Alhamdulillah sihat dah..
 

Name:

Active Member
Messages
2,240
Joined
Dec 25, 2012
Messages
2,240
Reaction score
309
Points
51
pertalian dgn pak engku..nenek sy dgn dia kira adik beradik satu susuan..nenek mnom susu mak dia..mmg peti tu sultan Abdul Samad punya..

ooo..gitu ingatkan ada pertalian darah raja.

kira keturunan power juga la..
 

matderis

Fun Poster
Messages
633
Joined
May 18, 2010
Messages
633
Reaction score
0
Points
10
Kat tempat aku pon sama ada peti mcm ni...peti simpanan kat bank...hanya pemilik peti simpanan tu ja boleh bukak.... :ROFLMAO: :ROFLMAO: :ROFLMAO:
 

Akrina

Freshie
Messages
1
Joined
Nov 13, 2021
Messages
1
Reaction score
0
Points
3
MAC 1999

Raja Kassim Raja Jaafar, adalah pemegang amanah sebuah peti besi milik Sultan Abdul Samad - sultan keempat negeri Selangor. Peti yang diperbuat besi padu berukuran setengah meter lebar dan satu meter panjang itu disimpan dalam bilik khas di rumahnya.

Menurut Raja Kassim atau lebih mesra dengan panggilan Pak Ungku peti itu menyimpan 1001 rahsia. Yang menakjubkan, ia tidak berkunci, tetapi sukar dibuka.

photo 216 9-10-48.jpg



Kira-kira 50 tahun yang lalu, penduduk Bukit Jugra gempar dengan kisah seorang lelaki yang digelar dengan nama "Mat" yang diganggu setelah duduk diatas peti besi yang disimpan didalam salah sebuah bilik istana lama Jugra. Alkisahnya, Mat memang seorang kaki memburu di kawasan Bukit Jugra dan kerap singgah masuk ke Istana Lama (Istana Sidang Masa) untuk menghilangkan penat. Namun pada hari kejadian, entah kenapa Mat begitu berani menjengah ke setiap bilik istana lama tersebut dan terlihat sebuah peti besi berwarna hitam didalam salah sebuah bilik.

Mat begitu berani mengetuk peti besi tersebut sehingga bunyi gema ketukan kedengaran sehingga ke luar istana. Orang-orang lama disekitar ada menceritakan bahawa peti besi itu ada penunggu yang menjaganya dan "keras" .

Mat begitu teruja, sehingga berani duduk diatas peti besi tersebut untuk menguji sejauh mana "keras"nya. Sebaik sahaja penggungnya mencecah permukaan peti, seluruh badannya tiba-tiba berubah menjadi hitam legam. Seluruh anggotanya terasa longlai dan akhirnya Mat terjelepuk jatuh.

Mat menyesal atas kesombongannya dan bulu romanya menegak apabila terdengar suara seperti mentertawakannya. Mat mengesot badannya untuk keluar daripada istana itu sehingga sampai ke halaman istana.

Mat ditemui orang ramai terbaring dan selepas itu kesihatannya mulai merosot walaupun doktor yang merawat gagal menemui punca kerana pada zahirnya Mat nampak tidak sakit tetapi hakikatnya badannya begitu lemah. Tiga bulan selepas itu, Mat Akhirnya meninggal dunia.

Walaupun ia berlaku kira-kira 50 tahun yang lalu, saya masih ingat benar akan kisahnya.
Saya nampak Mat mengesot turun dari Bukit Jugra dalam keadaan kulitnya hitam legam. dia merintih dan meracau-racau. Antara yang diracaunya ialah perbuatan duduk di atas peti besi itu- Pak Ungku

Screenshot_2019-07-21-09-07-28.png

Pak Ungku



Pak Ungku telah diamanahkan untuk menjaga peti besi itu oleh ibu tirinya. Sejak daripada itu, beliau kerap ke istana lama itu untuk memastikan "keselamatannya". Namun demikian, ada pihak yang menceroboh kedalam Istana dan melakukan upacara pemujaan seperti mendapatkan nombor ekor dan lain-lain tujuan menggunakan khidmat bomoh.

Walaupun ditegur, tetapi mereka sangat degil bahkan menengking sesiapa yang menghalang perbuatan syirik yang dilakukan. Kerana tidak tahan, Pak Ungku mengambil keputusan untuk tidak lagi menjaga peti besi tersebut.

Screenshot_2019-07-21-09-06-56.png

Peti besi Istana Jugra dibawah jagaan Pak Ungku

Istana lama tersebut semakin hari semakin ramai yang datang berkunjung bahkan kaki nombor ekor semakin liar menjalan kerja-kerja syirik. Salah seorang saudara tua menasihatkan Paku Ungku untuk mengunci pintu utama istana tersebut.

Walau bagaimanapun, masih terdapat pihak yang begitu berani memecah pintu istana untuk masuk kedalamnya. Akhirnya Pak Ungku mengambil keputusan untuk membawa dan menyimpan peti besi tersebut ke rumahnya yang tidak jauh dari istana.

Pak Ungku turut menceritakan perihal seorang perempuan yang begitu ghairah mahu melihat isi didalam peti besi tersebut walaupun dilarang, perempuan tersebut tetap mahu membuka dan akhirnya dia "tergamam" setelah melihat apa yang ada didalam peti besi tersebut dan terus meninggalkan rumah Pak Ungku.

Pak Ungku menceritakan lagi, beliau diberitahu perempuan tersebut meracau-racau dan habis semua pakaiannya ditanggalkan. Pak Ungku begitu kesal dan marah kerana beliau dapat merasakan apa yang menimpa perempuan tersebut asbab kerana ingkar dan melanggar pantang mahu melihat isi didalam peti tersebut.

Peti besi tersebut pernah dibawa dan dipamerkan oleh pihak Muzium Negara tetapi yang menghairankan hanya sempat sembilan hari sahaja dipamerkan. Pelbagai peristiwa aneh menimpa kakitangan muzium sepanjang tempoh tersebut.

Pak Ungku sendiri hairan bagaimana pihak Muzium membawa keluar peti besi tersebut keluar daripada Bukit Jugra walhal itu sudah dikira "melanggar pantang" dan apabila pihak muzium hendak memulangkan semula peti besi tersebut, Pak Ungku melihatnya sendiri, mereka terpaksa mengguna kren.

Screenshot_2019-07-21-09-10-04.png

Istana Bukit Jugra


Sehingga ke hari ini tiada siapa yang tahu apa yang sebenarnya terdapat didalam peti besi tersebut dan terus meninggalkan misteri kepada generasi yang berikutnya.

Penemuan peti besi rahsia dari Istana lama. Peti besi ini tdk boleh dibuka dan diangkat walaupun saiznya hanya hanya satu meter panjang dan setinggi paras paha. Secara logiknya ia boleh diusung oleh empat hingga lima orang, terpaksa menggunakan kren.

Pada 1968, kewujudan peti besi itu mula mendapat perhatian umum apabila usaha Jabatan Muzium untuk memindahkan peti dari istana itu ke Muzium berdepan dengan pelbagai perkara pelik dan luar biasa.

selepas dipindahkan ke muzium berlaku banyak gangguan terhadap kakitangan dan pelawat.

Lebih kurang seminggu kemudian pihak muzium mengambil keputusan menghantar semula peti itu ke tempat asalnya.

Peti besi ini menyimpan 1001 rahsia, ia tidak berkunci tetapi sukar dibuka.
Assalamualaikum..maaf bertanya..macam mana saya nak cari keturunan Raja Kassim..harap dapat membantu..terima kasih
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register