BTC USD 39,458.6 Gold USD 2,072.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Misteri Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya - Pengasas NV (Update semua isu di sini)

-Johan-

Super Active Member
Messages
6,838
Joined
Mar 16, 2009
Messages
6,838
Reaction score
116
Points
73
nash-s10.jpg


Buletin Utama, Tv3 melaporkan Datuk Sosilawati pengasas Novelle Visages dan juga bekas isteri penyanyi Nash hilang sejak 30 ogos lalu..

Kemana dia menghilang, Misteri...?
update: 12/09/2010

mh_011.jpg



016255171banting.jpg

Anggota polis dari Jabatan Forensik melakukan siasatan pada bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi di Sungai Kancong Laut, Banting, Ahad. Keempat-empat mereka dipercayai dipukul sehingga mati sebelum dibakar di sebuah ladang ternakan ayam dekat sini dan abu mayat dibuang di sebuah sungai di Tanjong Sepat, Morib di Banting. - FotoBERNAMA



____________________________


update 18/09/2010



Kes Sosilawati: 3 Suspek Dilanjutkan Reman Hingga 25 September

KUALA LUMPUR: Tiga suspek yang ditahan berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, dilanjutkan tempoh reman sehingga 25 September ini, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah.

Katanya, lanjutan reman itu bagi membolehkan polis meneruskan siasatan kes berkenaan.

Mereka ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Keempat-empat mangsa disahkan dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting.

______________________________

Kami Punya Bukti Kukuh Terhadap Suspek Kes Pembunuhan Sosilawati - Polis

PETALING JAYA: Polis berjaya mengumpulkan bukti kukuh bagi mensabitkan kesalahan ke atas kesemua suspek yang terlibat dalam kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin pada Jumaat mengumumkan bahawa laporan lengkap siasatan kes pembunuhan kejam itu dijangka dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara minggu hadapan.

Dalam perkembangan lain:

* Polis juga telah menghentikan operasi mencari bahan bukti di tempat pembunuhan, Ladang Gadong dan Sungai Panchau, Banting, Selangor bermula semalam.

* Polis turut menahan seorang lelaki berumur 34 tahun dipercayai mempunyai kaitan dengan kes kehilangan seorang lelaki warga India di Banting tahun lalu.

* Polis meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi membantu dalam siasatan menjejaki warga India berkenaan.

* Seorang Timbalan Menteri menafikan dakwaaan beliau mempunyai kaitan dengan suspek utama kes pembunuhan Sosilawati.

______________________________

Suspek umpan cek RM1 juta

KUALA LUMPUR 16 Sept. - Cek RM1 juta sebagai wang pendahuluan bagi penjualan tanah milik jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dipercayai digunakan sebagai 'umpan' oleh suspek untuk memperdaya mangsa sebelum dibunuh.

Cek berkenaan dipercayai diserahkan kepada Sosilawati pada 2 Ogos lalu ketika pertemuannya dengan suspek utama di firma guaman miliknya dekat Banting, dipercayai untuk meyakinkan mangsa bahawa tanah yang ingin dijualnya sudah ada pembeli.

Satu sumber memberitahu Utusan Malaysia, cek RM1 juta berstatus cek tertunda itu hanya boleh ditunaikan pada tarikh 2 September bersama draf perjanjian yang membolehkan suspek menerima komisen.

"Selepas menyerahkan cek tertunda itu, suspek meminta komisen kerana mendakwa berjaya mendapatkan pembeli tanah serta meyakinkan mangsa bahawa pembeli telah bersedia membayar 10 peratus daripada harga jualan tanah pada tarikh tertentu dalam tempoh terbabit," kata sumber itu.

Sumber tersebut mengetahui hal mengenai cek RM1 juta itu setelah dimaklumkan oleh Sosilawati sebelum ini.

Sebuah akhbar semalam melaporkan, Peguam Syarie, Datuk Zaidi Zain yang mewakili Sosilawati dalam kes tuntutan RM1.38 juta terhadap bekas suaminya, Nasharudin Elias atau Nash mendakwa, jutawan itu ada menceritakan perihal tanahnya di Pulau Pinang pada pertemuan terakhir dengan mangsa pada 26 Ogos lalu.

Beliau dilaporkan berkata, Sosilawati ada menceritakan tanahnya itu yang dibeli pada harga RM20 juta sudah menemui pembeli hasil bantuan suspek.

Menurut Zaidi juga, jutawan kosmetik itu begitu gembira kerana bakal memperoleh keuntungan RM80 juta selepas pembeli bersetuju membeli tanahnya pada harga RM100 juta.

Pada hari Sosilawati dan tiga individu kenalannya dilaporkan hilang, Zaidi mendakwa ada dimaklumkan tujuan pemergian mereka ke Banting adalah bertemu suspek untuk memberinya komisen kerana berjaya mencari pembeli.

Bagaimanapun, Sosilawati tidak membawa wang tunai, sebaliknya mengambil langkah berjaga-jaga dengan membawa peguam dan perunding kewangan peribadinya bagi membolehkan transaksi wang dilakukan.

Sosilawati bersama pembantu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; peguam peribadinya, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32 dan pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohamad, 38, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu.

Kehilangan mereka hampir terungkai apabila polis menahan lapan suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk baru-baru ini.

Empat daripada mereka mengaku telah membunuh kesemua mangsa, sebelum membakar mangsa dan abu mereka dibuang dalam Sungai Panchau, Tanjung Sepat, Kuala Langat.

_____________________________

Dilihat beli petrol dua kali seminggu di Tanjung Sepat

KUALA LANGAT 16 Sept. – Salah seorang suspek kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain pernah dilihat membeli petrol dalam kuantiti yang banyak di sebuah stesen minyak di Tanjung Sepat, kira-kira 5 kilometer dari lokasi kejadian.

Salah seorang pekerja stesen minyak yang tidak mahu dikenali berkata, suspek yang berambut panjang dilihat pernah membeli petrol dari stesen minyak itu sekurang-kurangnya dua kali seminggu mulai Mei lalu.

Katanya, dia langsung tidak mencurigai tindakan suspek itu sehinggalah berita mengenai pembunuhan usahawan wanita itu disiarkan dalam akhbar.

“Selalu juga saya nampak dia (suspek) mengisi petrol dalam satu botol plastik sebesar roda kereta Kancil untuk dibawa pulang. Kita boleh nampak dia di stesen ini dua kali seminggu,” katanya.






http://www.youtube.com/watch?v=uHQsUEtyeyk

http://www.youtube.com/watch?v=f3Fl_aNwsNM
 
Last edited:
Sponsored Post

http://www.youtube.com/watch?v=XU3tVqsv8Xs

:(:)(:)(:)(:)(:)((...semoga roh mereka yg terlibat ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman....





Biodata Datuk Sosilawati Lawiya

Hari ini genap 12 hari sejak jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, hilang secara tiba-tiba bersama tiga lagi individu iaitu pemandunya, peguam peribadi serta seorang pegawai bank.
Berita kehilangan pengasas empayar produk kecantikan Novelle Visages itu bukan saja mengejutkan masyarakat pada ketika umat Islam menghitung hari menyambut Aidilfitri malah menarik minat yang bukan sedikit terhadap perkembangan terbaru kehilangannya.

Walaupun Sosilawati dikenali ramai apatah lagi beliau pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi kumpulan Lefthanded, Nasharuddin Elias atau Nash, tetapi tidak ramai yang mengetahui betapa berliku perjalanan wanita ini sebelum mampu membina empayar syarikat kosmetik sendiri seterusnya bergelar jutawan.

Sosilawati adalah anak keenam daripada 14 adik beradik hasil perkahwinan Allahyarham bapanya, Lawiya Abdullah Yusof serta ibunya, Yatmah Abdul Rahman, 80.

Bapanya yang juga seorang buruh kasar turut mempunyai seorang lagi isteri, Ruminah Wasidin dan tujuh lagi anak bersama isteri keduanya itu.

Menerusi adik ketujuhnya, Rosnani Lawiya, 45, antara saudara kandung paling rapat dengannya berikutan jarak usia yang hampir, segala jerih-perih Sosilawati, seorang anak kelahiran Kampung Sri Menanti, Sri Medan untuk ke puncak jaya dikongsi bersama untuk tatapan semua.

Rosnani berkata, kakaknya itu tidak pernah menyimpan cita-cita menjadi seorang jutawan mahupun seorang yang dikenali ramai apatah lagi membina empayar kosmetiknya sendiri.
“Hanya satu yang Kak Wati idamkan dan sering disebut-sebutkannya sejak di usia remaja, iaitu mahu membantu keluarga dan membantu mereka sedaya upaya. Dulu di kampung, kami antara keluarga orang susah tetapi hidup gembira seadanya.

“Ketika itu setiap kali musim raya tiba, Kak Wati selalu mengatakan kepada saya jika beliau mendapat kerja yang bagus nanti, dia akan membelikan semua ahli keluarga kami pakaian baru serta cantik seperti yang dipakai jiran tetangga,” katanya kepada Berita Minggu.

Disebabkan tekad kuat untuk membantu keluarga, Rosnani berkata, kakaknya sanggup belajar semula di sekolah swasta selepas gagal dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika itu.

Beliau berkata, kakaknya turut mengajaknya yang juga gagal dalam Sijil Rendah Pelajaran (SRP) untuk mengambil semula peperiksaan berkenaan di sekolah swasta.

“Bagi menampung perbelanjaan, Kak Wati dan saya akan menoreh getah seluas lima ekar (dua hektar) milik penduduk kampung, setiap kali selepas pulang kelas di bandar semata-mata bagi membayar tambang bas RM20 sebulan untuk ke kelas selain kos yuran.

Rosnani berkata, Sosilawati kemudian bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya di bandar daerah ini selama satu setengah tahun selepas berjaya menyelesaikan pelajaran di sekolah swasta terbabit sebelum bertukar haluan sebagai seorang kerani kaunter di sebuah hotel di sini.

Katanya, genap usia 20 tahun, kakaknya mengambil keputusan meninggalkan daerah ini untuk merantau ke Kuala Lumpur mencari peluang pekerjaan yang lebih baik dan berjaya mendapat pekerjaan sebagai setiausaha kepada pengurus sebuah bank di ibu kota.

“Ketika bekerja itulah, Kak Wati bertemu jodoh dengan pengurus bank berkenaan ketika berusia 21 tahun dan sempat melahirkan enam anak hasil perkongsian hidupnya sebelum berpisah 12 tahun kemudian.

“Detik perpisahan itulah bermulanya Kak Wati dalam dunia kosmetik, apabila berjinak-jinak sebagai jurujual kosmetik dari rumah ke rumah bagi menyara anaknya. Saya masih ingat lagi Kak Wati menceritakan dia terpaksa menebalkan muka mengetuk pintu dari rumah ke rumah bagi menjual produk kosmetik diedarkannya itu,” katanya.

Beliau berkata, walaupun kakaknya itu sudah berjaya dalam hidup, beliau tidak pernah sekalipun meninggi diri serta melupakan asal-usul serta janjinya untuk membantu keluarga.

"Kak Wati seorang yang penyayang, lembut dan tidak pernah membanggakan diri malah menunaikan janjinya dulu untuk membantu setiap ahli keluarga kami. Apa yang paling mengharukan kami adik beradik ialah beliau pernah mengatakan dia tidak mahu melihat kami hidup susah di saat rezekinya dimurahkan Tuhan.

"Kak Wati tidak pernah kedekut menghulur bantuan termasuk wang ringgit malah sanggup memberi peluang pekerjaan serta perniagaan kepada kami supaya kami adik beradik dapat mengubah kehidupan kami sepertinya," katanya.
 
Last edited:
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register