Misteri objek terapung

CG Sponsors




balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136


PARIT BUNTAR - Misteri penemuan objek terapung di dalam sebuah tali air yang disangka bangkai haiwan, petang kelmarin akhirnya terjawab apabila ia

disahkan mayat bayi perempuan yang baru lahir.

Saksi kejadian, Mohd Sabli Asari, 49, berkata, lebih kurang jam 5.30 petang, dia yang menunggang motosikal menyeberangi jambatan di tali air Batu 5, di sini

sebelum terpandang objek terapung menyerupai bangkai haiwan.

Menurutnya, dia mengamati objek itu lebih kurang lima minit sebelum menyedari objek berkenaan mempunyai bentuk kaki dan tangan menyerupai tubuh bayi.

“Bagi memastikan objek itu adalah bayi, saya memanggil seorang rakan, Abu Hassan Md Raiz dan seorang penduduk yang kebetulan melalui jalan itu untuk

melihatnya.

“Setelah diteliti, mereka mengesahkan objek terapung itu adalah mayat bayi yang baru dilahirkan,” katanya sewaktu ditemui, di lokasi kejadian semalam.

Kata Mohd Sabli, dia mengarahkan Abu Hassan menelefon balai polis berhampiran bagi memaklumkan kejadian itu.

Sementara itu, Abu Hassan ketika ditemui kesal dengan kejadian tidak berperikemanusiaan itu dan tidak menyangka perkara berkenaan boleh berlaku di

kawasan kampung di sini.

Jelasnya, individu tidak bertanggungjawab itu dianggap sebagai manusia yang tidak berhati perut kerana sanggup membunuh bayi yang dilahirkan dari rahim

sendiri.

“Individu yang bertindak kejam seperti ini tidak layak untuk dimaafkan,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kerian, Superitendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, siasatan polis mendapati bayi malang itu baru beberapa hari dilahirkan sebelum dibuang.

“Mayat bayi itu dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan. Sehingga kini masih tiada

tangkapan dibuat.

“Saya meminta kerjasama daripada mana-mana klinik swasta yang menerima kelahiran dalam tempoh terdekat ini agar tampil memberi keterangan bagi

memudahkan polis menyelesaikan kes ini secepat mungkin," katanya.

Kata beliau, kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes itu diminta menghubungi balai polis berdekatan.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/misteri-objek-terapung-1.148495
 
Sponsored Post

syukranjz

Active+ Member
Joined
Dec 15, 2010
Messages
4,779
Reaction score
9
Points
25
buang bayi dah start dah.. musim bermula...
 

AuraSuccess_88

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 3, 2010
Messages
69,868
Reaction score
185
Points
528
tak berperikemanusiaan.....tak dak akai...
 

SHAZU87

Fun Poster
Joined
Apr 8, 2013
Messages
360
Reaction score
0
Points
15
****, klu tak mau pon bagi la kat rumah kebajikan ka, or bagi kat pasangan yang tiada waris..
 

Mizz Adilla

Active+ Member
Joined
Aug 19, 2011
Messages
4,373
Reaction score
9
Points
25
sedihnya..
kalau xnak jangan lah buang.
bagi lah orang...
 

boyz371

CG Top Poster Club
ForexMart Fans
Joined
Aug 24, 2010
Messages
28,564
Reaction score
279
Points
131
tunggu la pembalasan akhirat kelak
 

sueweal

Active+ Member
Joined
May 24, 2011
Messages
4,554
Reaction score
19
Points
25
kalau ade bank dna kejap je cari..
 

copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
26,546
Reaction score
435
Points
131
kalau dapat tangkap orgnye ape hukumannye,penjara aje ke atau hukuman mati??
 
Sponsored Post
Top
Log in Register