TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,118
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,118
- Reaction score
- 22,834
- Points
- 1,831
- Awards
- 1

Kereta Nissan Sunny yang diletakkan di lorong belakang kedai.
SEREMBAN – Kehadiran sebuah kereta jenis Nissan Sunny warna biru yang diletakkan di lorong belakang sebuah rumah kedai di Taman Desa Rasah di sini, menimbulkan tanda tanya kepada penduduk.
Lebih meragukan apabila terdapat peti besi keselamatan serta laci mesin daftar tunai yang sudah kosong di dalam kereta berkenaan.
Seorang peniaga yang tidak mahu dikenali berkata, dia mula menyedari kehadiran kereta terbabit Jumaat lalu yang pada mulanya disangka kereta orang pergi memancing di kawasan berhampiran.
“Masa saya buka kedai kira-kira jam 9.30 pagi, saya baru perasan ada kereta di letakkan di situ. Saya fikir, itu mungkin kereta orang pergi memancing di longkang besar di kawasan berhampiran.
“Tapi, keesokannya kereta itu masih berada di situ menyebabkan saya mula berasa tidak sedap hati,” katanya.
Menurutnya, dia bersama jiran telah memeriksa kereta terbabit namun terkejut apabila melihat terdapat peti besi keselamatan yang sudah kosong ditinggalkan di tempat duduk penumpang bahagian belakang, manakala laci mesin daftar tunai di bahagian tempat kaki penumpang bahagian hadapan.
Malah katanya, pintu bahagian belakang pula diikat dengan wayar dari dalam di antara pemegang pintu selain bahagian cermin kereta yang dibiarkan terbuka sedikit.
“Dari luar kereta itu masih kelihatan baik, namun di bahagian dalam agak teruk. Tapi kami langsung tidak memegang mana-mana bahagian kereta dan hanya melihatnya dari luar.
“Keadaan ini memang meragukan dan kami mengesyaki berkemungkinan ini kereta perompak yang ditinggalkan di sini memandangkan kawasan bahagian belakang kedai yang agak sunyi,” katanya.
Sinar Harian difahamkan perkara itu telah pun dimaklumkan kepada polis untuk diambil tindakan.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/kereta-misteri-di-lorong-belakang-1.329952