Misteri Kehilangan Bekas Ahli Majlis MPSP

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
GEORGE TOWN: Keputusan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) menggugurkan nama Teong Ai Ling sebagai ahli Majlis telah mencetuskan spekulasi tentang kehilangannya termasuk dakwaan beliau cuba membunuh diri.

Portal China Press mendakwa semalam bahawa Teong, 34, yang memegang jawatan sebagai ahli Majlis MPSP selama dua penggal, telah cuba membunuh diri dengan mengambil paraquat di Kuala Lumpur pada pagi semalam sebelum dikejarkan ke sebuah hospital di Cheras.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurus Lalu Lintas negeri, Chow Kon Yeow berkata, beliau telah menerima satu Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) mengenai perkara tersebut.

"Saya tidak dapat menghubunginya. Saya tidak dapat mengesahkan dakwaan itu buat masa ini," katanya dan menambah bahawa beberapa ahli majlis turut menerima SMS yang sama.

Lim Sin Hin, yang bekerja rapat dengan Teong berkata, beliau mengetahui tentang kejadian itu daripada ahli keluarga Teong semalam.

"Beliau (Teong) merupakan ahli Majlis yang kuat bekerja, dan berasa sedih apabila nama baiknya telah dicemarkan pemimpin-pemimpin tertentu.

"Semua orang maklum yang beliau kuat bekerja, tetapi akibat amalam kronisme beliau tidak dilantik semula," katanya dan menambah bahawa sebilangan mereka akan pergi ke Kuala Lumpur untuk melawat bekas exco itu.

"Soal tidak dilantik semula adalah satu hal, tetapi bila nama baiknya dicemari, itulah yang membuatkan dia berasa amat sedih," tambah Lim.

Terdahulu, akhbar Kwong Wah Jit Poh melaporkan bahawa Teong telah digugurkan sebagai Ahli Majlis kerana prestasinya yang tidak memuaskan dan beliau gagal membawa masalah yang dihadapi oleh rakyat dalam mesyuarat-mesyuarat majlis.

Semalam, Chow mengumumkan senarai Ahli majlis baru bagi MPSP dan Majlis Perbadaran Pulau Pinang (MPPP).

Selain Teong, seorang lagi Ahli Majlis MPSP dari DAP yang digugurkan ialah Ngu Lek Wah. Mereka digantikan oleh Loh Joo Huat dan Ong Koon Liak. Tiada seorang pun daripada 10 anggota DAP digugurkan sebagai Ahli Majlis MPPP.
 
Sponsored Post

duwanz

Fun Poster
Joined
Jul 27, 2007
Messages
161
Reaction score
1
Points
15
ingatkan enjin jet je hilang.. orang pun hilang jugak..
macam bala subramaniam la pulak...
 

RizMa

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Apr 29, 2007
Messages
4,475
Reaction score
112
Points
38
emmm..celaru habisss
 
Sponsored Post
Top
Log in Register