BTC USD 63,971.5 Gold USD 1,775.03
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Misteri huruf pada mata Mona Lisa

zack2terer

Legendary Member
Joined
Dec 11, 2007
Messages
13,627
Reaction score
193
Points
123
Misteri huruf pada mata Mona Lisa

du_05.1.jpg


MILAN - Potret Mona Lisa yang dilukis oleh Leonardo da Vinci pada tahun 1504 menimbulkan satu lagi misteri apabila sekumpulan pakar sejarah dan penyiasat seni di Itali menemui nombor-nombor serta huruf kecil pada bahagian matanya, lapor sebuah akhbar semalam.

Nombor dan huruf kecil yang tersembunyi dalam cat hitam itu hanya disedari baru-baru ini menerusi penggunaan teknik pembesaran canggih mikroskop.

Mata Mona Lisa dikatakan mengandungi huruf L dan V, yang merupakan nama pendek Leonardo manakala simbol pada mata kirinya kurang jelas.

Ia juga mewakili kod Da Vinci yang sebenar.

Presiden Jawatankuasa Kebangsaan Itali mengenai Warisan Budaya, Silvano Vinceti yang menjumpai simbol tersebut menyatakan ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Namun, ia boleh dilihat dengan jelas apabila menggunakan kanta.

"Ia (simbol di mata kiri) mungkin kelihatan seperti huruf CE atau huruf B. Pada latarnya, tertulis nombor 72 yang mungkin juga bermaksud huruf L dan nombor 2. Harus ingat bahawa potret ini sudah berusia hampir 500 tahun. Berdasarkan kepada siasatan awal, kami yakin ia bukan satu kesilapan dan memang ditulis oleh artisnya," kata Vinceti. - Agensi

Sumber
 
Sponsored Post

jengkol

Active Member
Joined
Dec 29, 2007
Messages
1,415
Reaction score
0
Points
20
kaan lebih baik kite teliti dn kaji al-quran daripade mengkaji mende2 yang tak mendatangkan paedah macam tu..

adekah LDV tu lebih hebat daripade nabi Muhammad

atau

adekah potret tu lebih agung daripade karya AllahSWT (al-quran)???
 

aBe_kun89

Active Member
Paid Membership
Joined
Jun 24, 2010
Messages
2,309
Reaction score
43
Points
35
tengok cerita davinci code pun aku dah terpegun..huhu..memang penuh misteri~
 

mangkaq

Super Active Member
Joined
Mar 13, 2008
Messages
8,834
Reaction score
71
Points
75
Da Vinci saje je nak berteka-teki ngn org zaman la..
 

izjat

Active+ Member
Joined
Dec 29, 2009
Messages
4,354
Reaction score
12
Points
25
macam mana diorang boleh tulis padahal tak boleh dilihat dengan mata kasar.
hebat gak ciptaan dulu..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register