BTC USD 56,408.2 Gold USD 1,762.64
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Misteri duit hilang di empat kampung

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,357
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,357
Reaction score
2,963
Points
201
Misteri duit hilang di empat kampung [METROTV]


Kota Bharu: Penduduk di empat kampung dalam mukim Kubang Kerian di sini bingung dengan kehilangan wang yang kerap berlaku sejak setahun lalu.

Kejadian difahamkan sudah berlaku lebih 10 tahun lalu tapi tidak secara berterusan.

Penduduk Kampung Parit Raja, Pulong, Chicha dan Kenali kerap kehilangan wang malah ada berjumlah ribuan ringgit lesap secara misteri.

Ada penduduk yang mengaitkan misteri itu dengan toyol berikutan tiada kesan pecah rumah dan wang boleh hilang walaupun disimpan di tempat tersembunyi.


Kejadian terbaru dialami kakitangan kerajaan, Sudarwaty Abdul Rajab, 42, pada petang Jumaat lalu apabila kehilangan RM500 yang disimpan di dalam beg tangannya.

"Petang Khamis lalu saya mengambil wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebanyak RM1,000 sebelum pulang ke kampung di Terengganu untuk berjumpa ibu bapa.

"Keesokan harinya apabila ingin menghulurkan wang kepada ibu bapa, saya terkejut kerana mendapati RM500 yang ingin diberikan itu hilang namun enggan bising kerana ini bukan kali pertama berlaku,"

Sudarwaty yang menetap di Kampung Pulong berkata, kejadian seumpama itu sudah setahun dialami namun tidak diceritakan kepada sesiapa selain sanak saudara namun beberapa hari lalu apabila mengetahui kejadian sama

Katanya, pelbagai ikhtiar sudah dibuat selain solat hajat termasuk melakukan beberapa tips yang diketahui iaitu jangan membiarkan wang kertas berkeadaan elok sebaliknya lipat atau biarkan ronyok dan apabila dipraktikkan, langkah itu dilihat menjadi.

"Bagaimanapun apabila terlupa membuat tips itu, memang duit akan hilang termasuk wang tabung anak dan walaupun 'benda itu' tidak mengambil semua wang tapi apa yang kami perhatikan, dia hanya ambil

ADA penduduk terpaksa menyembunyikan wang dalam peti ais.
Di saat penduduk daripada tiga kampung lain itu masih bingung memikirkan misteri itu, komuniti Kampung Pulau Raja pula sudah lega apabila sudah tiada lagi kejadian seumpama itu sejak awal tahun lalu berikutan kawasan itu sudah 'dipagar'.

Seorang penduduk kampung yang ingin dikenali sebagai Siti, 41, kejadian duit hilang sudah dialami mereka sejak lebih 10 tahun lalu dan pelbagai ikhtiar sudah dibuat sebelum seorang ustaz dirujuk

"Sebelum ini memang kami tidak senang duduk kerana kerap sangat hilang wang namun untuk mengaitkannya dengan perlakuan manusia tidak logik kerana tiada kesan, lebih-lebih lagi wang yang di dalam genggaman pun boleh ghaib tiba-tiba.

"Habis ikhtiar kami lakukan termasuk menyorokkan wang dalam peti ais dan menyelit dalam kitab al-Quran tapi ia tetap hilang dan salah satu tips yang dilihat agak menjadi ialah dengan mengepil dawai ko


"Kami juga banyak membuat ikhtiar lain iaitu solat hajat serta merujuk golongan agamawan dan Alhamdulillah selepas 'dipagar kawasan' oleh seorang ustaz awal tahun ini, kejadian itu
 
Sponsored Post

dausbiz

CG Hardcore Club
Messages
52,453
Paid Membership
Joined
Apr 27, 2015
Messages
52,453
Reaction score
1,783
Points
596
Nie keja toyol la teringat video youtube

Cerita tentang toyol lupa channel dia
 

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,755
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,755
Reaction score
22,053
Points
1,671
Stapler duit satu cara jgk

Kg atuk ak kt batu pahat dulu penah kena. Bmusim. Sekali musim dia 2 minggu tu dgr cerita duit hilang je. Pastu senyap. Dh dapat target dia agaknya
 

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,755
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,755
Reaction score
22,053
Points
1,671
Jika dihebohkan, jin belaan akan lebih mengganas’

KOTA BHARU – Seorang pengamal perubatan Islam tidak menolak kemungkinan misteri kehilangan wang milik penduduk di tiga buah kampung di Kubang Kerian di sini mempunyai kaitan dengan jin yang menyerupai toyol.

Mohamad Aziz Che Man, 51, dari Pusat Rawatan Islam Darul Suffah di sini berkata, sebelum ini penduduk Kampung Tok Kenali, Kampung Pulai dan Kampung Polong tidak mahu kejadian itu dihebohkan meskipun sudah lama berlaku.

Menurutnya, dia berasakan bahawa penduduk telah mengetahui akan akibatnya jika menghebohkan perkara itu sehingga ada pihak yang mahu membantu.

“Jika dihebohkan, toyol itu akan lebih mengganas. Tuan empunya jin akan mengarahkan makhluk belaannya mencuri lebih banyak duit penduduk.

“Sebab itu, ramai mangsa hanya mendiamkan diri meskipun mereka tahu perbuatan itu angkara siapa,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Mohamad Aziz memberitahu, kejadian toyol mencuri duit penduduk pernah berlaku di Pasir Puteh, Tanah Merah dan Jeli.

Beliau mendedahkan masih terdapat masyarakat pada zaman moden yang membela toyol untuk bekerja dan mencuri wang atau harta penduduk setempat.

“Sebagai umat Islam, harta atau wang yang disimpan seharusnya dilakukan bersama ikhtiar iaitu sekurang-kurangnya membaca bismillah agar setiap harta dapat dilindungi daripada diambil tangan-tangan jin.

“Mangsa boleh melakukan apa sahaja petua, namun paling penting adalah kebergantungan kepada Allah SWT,” ujarnya.

 

GeeKaDoY

Active Member
Messages
1,543
Joined
Feb 12, 2008
Messages
1,543
Reaction score
296
Points
51
Gambar simpan duit lam peti ais? Toyol takleh ambik eh dlm peti ais? Kena yg beku ke? Kat bawah blh?
 

ViperX

Super Active Member
Messages
5,195
Joined
Oct 10, 2016
Messages
5,195
Reaction score
714
Points
121
Pi curi kat bank x boleh ka jgn dok menyusah org kampung
susah nak songlap kt bank. bnyk cctv, pin kod, ada grill lg, peti besi lg..sbb tu toyol suka curi kt kampung2..

level kampungan bgtu...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register