BTC USD 54,375.9 Gold USD 2,497.31
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Miss Malaysia Universe Tak Terima Penyertaan Wanita Beragama Islam

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
53,750
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
53,750
Reaction score
6,411
Points
881
Awards
1
Miss Malaysia Universe Tak Terima Penyertaan Wanita Beragama Islam

Axello

Pihak penganjur Miss Universe Malaysia (MUMO) telah memutuskan untuk tidak menerima penyertaan daripada wanita yang beragama Islam.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Pengarah Nasional MUMO baharu, Eleen Yong dalam satu sidang media pada Khamis lalu.

Eleen berkata organisasi mereka memutuskan untuk berbuat demikian sebagai tanda menghormati kesemua agama dan kepercayaan yang ada di negara ini.

MUMO sedar bahawa pertandingan ratu cantik adalah haram di sisi agama Islam dan sebagai tanda menghormati agama Islam, maka mereka memutuskan untuk tidak menerima sebarang permohonan daripada wanita muslimah.

Dipetik daripada laman Xtra, Eleen berkata: “Kami menghormati kesemua agama dan kepercayaan serta batasannya.

“Kami ingin menyebarkan positiviti dan mengambil langkah-langkah tertentu bagi mengelakkan sebarang komplikasi.”

Selain daripada tidak menerima penyertaan wanita beragama Islam, MUMO turut memansuhkan had umur maksimum untuk pertandingan kali ini.

MUMO turut menerima penyertaan daripada ibu tunggal dan wanita bergelar ibu yang mahu menyertai pertandingan Miss Malaysia Universe.

Ianya berbeza dengan sebelum ini kerana Miss Universe Malaysia hanya dibuka untuk wanita bujang dan berusia 28 tahun ke bawah.

Netizen menyokong polisi baharu MUMO ini. Ada juga yang menjelaskan kepada penganut agama lain yang masih tidak faham, kenapa orang Islam dilarang menyertai pertandingan ratu cantik seperti ini. Ianya berkaitan dengan aurat dengan seorang wanita Islam.
 
Sponsored Post

Tu la masta kadang tak paham specis cam tu kan. sama la cam miss unibes ni.

Biasa menda dilarang ni enak dan indah
Tapi hanya sementara
Itu Islam dah larang
Tapi deme ni langgar jugak
Akhirnya merana sendiri
 
Biasa menda dilarang ni enak dan indah
Tapi hanya sementara
Itu Islam dah larang
Tapi deme ni langgar jugak
Akhirnya merana sendiri
judi, arak, dadah, zina ni benda2 kene bermula dari kesedaran iman. Kalau tak ada kesedaran diorg cari alternatif lain, tak dapat dadah mengetum, tak blh main mesin jackport mesin online ado, kedai urut tutup miza oazawa telegram ado.

supply tak kan berlaku kalau tak ada demand.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register