BTC USD 95,081.2 Gold USD 3,338.03
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Misi bantuan PASRelief di Yaman berjaya

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
59,857
Top Poster #6
Joined
Jun 17, 2007
Messages
59,857
Reaction score
6,916
Points
881
Awards
1
Misi bantuan PASRelief di Yaman berjaya

ZiauddinMarch 3, 2025

Mohd Yusni (tengah) dan Muhammad Fauzi (kanan) bersama sumbangan makanan kepada pelarian.
KUALA LUMPUR: Pusat Bantuan Bencana & Kemanusiaan PAS (PASRelief) berjaya melaksanakan satu lagi misi bantuan yang direalisasikan hasil sumbangan penyumbang dengan mengagihkan barang keperluan asas dan pek makanan kepada 500 keluarga pelarian di Maarib, Yaman.

Delegasi yang diketuai Pengarah PASRelief, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah, bersama Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Dua, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff; serta Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Dr Rosni Adam bersama-sama menyantuni pelarian di sana.

-
Menurut PASRelief, setiap pek makanan yang disampaikan bukan sekadar mengisi perut, tetapi membawa harapan dan semangat untuk mereka menghadapi Ramadan dalam keadaan lebih baik.

Ketika di Maarib, delegasi PASRelief menyantuni anak-anak pelarian yang hidup dalam serba kekurangan.

Dr Rosni yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Pusat (LKKSPP) berkesempatan berkongsi ilmu penting mengenai penjagaan kebersihan gigi bersama kanak-kanak.

“Antara aktiviti yang dijalankan ialah praktikal cara memberus gigi dengan betul, pemeriksaan kesihatan gigi untuk kanak-kanak dan rawatan gigi bagi mereka yang memerlukan,” dalam kenyataan media PASRelief.


Dr Rosni bersama pelarian yang menerima sumbangan PASRelief.
Mengikut PAsRelief, anak-anak berkenaan mungkin kehilangan keluarga, tempat tinggal, dan kehidupan yang stabil, tetapi dengan bantuan penyumbang, mereka masih boleh merasai kasih sayang dan perhatian.

PASRelief turut memberikan kit kebersihan kepada 150 kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU).

“Kit kebersihan bagi kita mungkin sekadar barang asas yang mudah didapati, tetapi bagi anak-anak OKU, ia satu nikmat yang jarang mereka kecapi. Dalam keadaan hidup serba kekurangan, mereka hanya mampu bergantung kepada bantuan luar untuk mendapatkan sabun, ubat gigi, dan keperluan asas lain yang kita anggap biasa,” kata PASRelief dalam kenyataan itu.

Sehubungan itu, PASRelief mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang menyumbang kerana usaha itu membuat mereka tersenyum.

“Bantuan kecil bagi kita, tetapi besar nilainya buat mereka. Semoga setiap ringgit yang kita hulurkan menjadi saksi kasih sayang kita sesama umat, dan menjadi bekalan pahala buat kita di akhirat kelak,” kata PASRelief – HARAKAHDAILY 3/3/2025

 
Back
Top
Log in Register