Minyak serendah AS$25 setong !!!!!!!!!

CG Sponsors




alonso

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
KUALA LUMPUR 21 Dis. - Harga minyak dunia dijangka terus merudum dan diramal boleh mencecah serendah AS$25 (RM86.50) setong pada tahun depan berikutan permintaan yang sangat lemah, terutama di kalangan negara-negara industri dunia.

Kejatuhan permintaan minyak dari negara-negara itu dipercayai pertama kali berlaku selepas tahun 1980an.

Ketua Penyelidik Jupiter Securities Sdn. Bhd., Pong Teng Siew yakin kejatuhan permintaan bagi komoditi itu akan berterusan memandangkan tiada tanda-tanda krisis ekonomi akan pulih.

''Berdasarkan situasi semasa, kedudukan harga minyak sekarang merupakan tindak balas kepada kemelesetan ekonomi global.

''Saya berpendapat harga minyak memang tidak boleh meningkat dalam tempoh singkat memandangkan pasaran menjangkakan OPEC akan terus mengurangkan jumlah pengeluaran sehingga harga minyak kembali stabil,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini.

Rabu lalu, OPEC sebulat suara bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran minyaknya sebanyak 2.2 juta tong sehari atau kira-kira tujuh peratus daripada kuota kartel mulai Januari untuk mengelakkan harga komoditi itu terus susut.

Pengurangan itu dipercayai yang terbesar pernah dilakukan oleh OPEC, yang mengeluarkan 40 peratus keperluan minyak mentah dunia.

Malah, harga minyak mentah bagi penghantaran Januari dan Februari masih kekal rendah di bawah AS$40 (RM138.40) setong.

Harga emas hitam itu pernah mencatatkan rekod tertinggi iaitu AS$147 (RM508.62) setong pada Julai lalu.

OPEC dijadual mengadakan satu lagi perjumpaan pada 19 Januari ini untuk membincangkan pengurangan pengeluaran sekiranya harga minyak terus jatuh.

Mengulas lanjut, Teng Siew berkata, kejatuhan minyak dunia sekarang memang sesuatu yang di luar jangkaan dan sukar untuk meramalkan bila ia akan naik semula.

''Kejatuhan minyak tahun ini memang dianggap 'gila' kerana tidak sesiapa pun yang menyangka ia boleh jatuh ke tahap sekarang. Ini adalah kejatuhan dalam sejarah industri minyak,'' ujarnya.

Beliau tidak menafikan spekulasi hebat terhadap harga komoditi itu merupakan penyumbang terbesar terhadap kejatuhan harga komoditi tersebut.

Bagaimanapun, beliau percaya, harga minyak dijangka meningkat sedikit menjelang akhir tahun depan.

Dalam pada itu, Teng Siew berkata, meskipun harga minyak dunia jatuh namun adalah tidak praktikal sekiranya harga minyak di negara ini terus diturunkan.

''Kejatuhan harga minyak dunia tidak boleh dibandingkan dengan harga minyak di pasaran tempatan,'' ujarnya.

Beliau menyifatkan, harga baru bagi minyak sekarang adalah 'cukup bersesuaian' dan tidak perlu diturunkan lagi walaupun sekiranya harga minyak mentah dunia terus menjunam.

Jelas beliau, tindakan kerap menurunkan harga minyak tidak akan memberi kebaikan kepada pengguna pada masa depan.

''Kita perlu ingat Petronas akan menjadi pengeksport minyak mentah dalam tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan rakyat Malaysia tidak selama-lamanya bergantung pada subsidi.

''Selain itu, kerajaan juga perlu mendidik rakyat agar tidak menggunakan banyak minyak,'' katanya.
 
Sponsored Post

Kurma

Active+ Member
Joined
Jul 23, 2007
Messages
4,219
Reaction score
95
Points
30
Turun lar minyak dlm rm1.40 - rm1.50 paling tidak....
tarif letrik pun kena turun jugak....(kenapa guna arang batu sedangkan kita ada stok gas yg banyak dan stok gas kita di eksport ke korea dan jepun dgn banyaknya utk menjana elektrik di sana)

Bila rega turun, rakyat leh berbelanja di dalam negeri yg akan membantu ekonomi negara kembali
 

zeroxlegend

Active Member
Joined
Jun 11, 2008
Messages
1,548
Reaction score
0
Points
20
harga minyak je turun tak cukup,
harga barangan juga musti turun...:D
 

apit0

Active+ Member
Joined
May 12, 2008
Messages
2,999
Reaction score
0
Points
20
KUALA LUMPUR 21 Dis. - Harga minyak dunia dijangka terus merudum dan diramal boleh mencecah serendah AS$25 (RM86.50) setong pada tahun depan berikutan permintaan yang sangat lemah, terutama di kalangan negara-negara industri dunia.

Kejatuhan permintaan minyak dari negara-negara itu dipercayai pertama kali berlaku selepas tahun 1980an.

Ketua Penyelidik Jupiter Securities Sdn. Bhd., Pong Teng Siew yakin kejatuhan permintaan bagi komoditi itu akan berterusan memandangkan tiada tanda-tanda krisis ekonomi akan pulih.

''Berdasarkan situasi semasa, kedudukan harga minyak sekarang merupakan tindak balas kepada kemelesetan ekonomi global.

''Saya berpendapat harga minyak memang tidak boleh meningkat dalam tempoh singkat memandangkan pasaran menjangkakan OPEC akan terus mengurangkan jumlah pengeluaran sehingga harga minyak kembali stabil,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini.

Rabu lalu, OPEC sebulat suara bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran minyaknya sebanyak 2.2 juta tong sehari atau kira-kira tujuh peratus daripada kuota kartel mulai Januari untuk mengelakkan harga komoditi itu terus susut.

Pengurangan itu dipercayai yang terbesar pernah dilakukan oleh OPEC, yang mengeluarkan 40 peratus keperluan minyak mentah dunia.

Malah, harga minyak mentah bagi penghantaran Januari dan Februari masih kekal rendah di bawah AS$40 (RM138.40) setong.

Harga emas hitam itu pernah mencatatkan rekod tertinggi iaitu AS$147 (RM508.62) setong pada Julai lalu.

OPEC dijadual mengadakan satu lagi perjumpaan pada 19 Januari ini untuk membincangkan pengurangan pengeluaran sekiranya harga minyak terus jatuh.

Mengulas lanjut, Teng Siew berkata, kejatuhan minyak dunia sekarang memang sesuatu yang di luar jangkaan dan sukar untuk meramalkan bila ia akan naik semula.

''Kejatuhan minyak tahun ini memang dianggap 'gila' kerana tidak sesiapa pun yang menyangka ia boleh jatuh ke tahap sekarang. Ini adalah kejatuhan dalam sejarah industri minyak,'' ujarnya.

Beliau tidak menafikan spekulasi hebat terhadap harga komoditi itu merupakan penyumbang terbesar terhadap kejatuhan harga komoditi tersebut.

Bagaimanapun, beliau percaya, harga minyak dijangka meningkat sedikit menjelang akhir tahun depan.

Dalam pada itu, Teng Siew berkata, meskipun harga minyak dunia jatuh namun adalah tidak praktikal sekiranya harga minyak di negara ini terus diturunkan.

''Kejatuhan harga minyak dunia tidak boleh dibandingkan dengan harga minyak di pasaran tempatan,'' ujarnya.

Beliau menyifatkan, harga baru bagi minyak sekarang adalah 'cukup bersesuaian' dan tidak perlu diturunkan lagi walaupun sekiranya harga minyak mentah dunia terus menjunam.

Jelas beliau, tindakan kerap menurunkan harga minyak tidak akan memberi kebaikan kepada pengguna pada masa depan.

''Kita perlu ingat Petronas akan menjadi pengeksport minyak mentah dalam tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan rakyat Malaysia tidak selama-lamanya bergantung pada subsidi.

''Selain itu, kerajaan juga perlu mendidik rakyat agar tidak menggunakan banyak minyak,'' katanya.
org kelantan kata korok mu la...
pandai² kata camtu...dia duit byk leh la ckp...
 

nameless

Super Active Member
Joined
Nov 30, 2007
Messages
7,366
Reaction score
71
Points
80
Beliau menyifatkan, harga baru bagi minyak sekarang adalah 'cukup bersesuaian' dan tidak perlu diturunkan lagi walaupun sekiranya harga minyak mentah dunia terus menjunam.

Jelas beliau, tindakan kerap menurunkan harga minyak tidak akan memberi kebaikan kepada pengguna pada masa depan.


''Selain itu, kerajaan juga perlu mendidik rakyat agar tidak menggunakan banyak minyak,'


:-?:-?:-?
 

zulco

Active+ Member
Joined
Jun 7, 2008
Messages
3,245
Reaction score
33
Points
40
kena wat elektrik guna arang ye bukan guna air ke....
dari tapah ke cameron...
x tahulah info aku nie betul atau tidak....
 

moneymaker3000

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Mar 24, 2007
Messages
25,267
Reaction score
526
Points
176
kerajaan malaysia mmg camni, mmg tak suke tgk rakyat senang...dasar kerajaan mmg nak rakyat meminta2 tolong kat depan umah wakil rakyat sampai bila2
 

RafQin

Fun Poster
Joined
Dec 6, 2008
Messages
673
Reaction score
1
Points
15
Ye..tol tu apa yg dia kata..Minyak xleh di turunkan lg..
Dia boleh naik je.Lg 4tahun dari skrg diorg tau lah nasib diorg..
Dlu zaman tok moyang kte penjajah kencingkan diorg..Skrg ni lak bangsa kte sendiri nak kencingkan kte sume.Dia ingat org pegi sekolah x blajar matematik gaknye..
 

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,633
Reaction score
358
Points
141
aku rasa laa mmg harga lantai kene utk stabilkan ekonomi..
susah sebenarnye nak kontrol ekonomi jika harga minyak makin turun..dah laa pendapatan negara kita byk bergantung kepada minyak..makanan plak, minyak dah turun, harga x turun2 gak..aku tgk harga maggi sama je..:D

aku ade cadangan ckit..hehe..saje je laa..
oleh sbb kita bayar lebih harga petrol, kerajaan patut bagi wang saguhati kepada rakyat..sbg contoh, penggunaan air dan elektrik patut diberi subsidi..jika dulu bwh RM20 x perlu bayar, sbb harga minyak dah turun, patut RM25 plak..dan air plak, sape guna minimum dari yg dilimitkan, x perlu bayar..pastu naik tren ngan bas patut lebih murah sbb kerajaan tanggung ckit kos melalui subsidi..btol tak?????
 

aidiryatim

Legendary Member
Joined
Dec 25, 2006
Messages
14,011
Reaction score
22
Points
120
kalau cenggini . x balik modal woo petronas.. tp maybe da lama ade plan B kot.. stok utk 10 thn punya.. kita pun xtau..:D

rege usd130. untung usd 100..
rege usd 25.. untung? :)):eek:..kasi korek karun lama:D
p/s: alonso.. pas nih.. awk leh test drive car unlimited time la..minyak free terus.. leh upgrade skill tuh.. teros jadi champion musim 2009
 
Sponsored Post
Top
Log in Register