Minyak sawit sintetik kurang keaslian, vitamin - MPOB

CG Sponsors




Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,469
Reaction score
320
Points
41

Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir

KUALA LUMPUR, 31 Mac -- Minyak sawit sintetik yang kini dihasilkan oleh syarikat pemula niaga yang berpangkalan di Amerika Syarikat kekurangan dari segi keaslian dan vitamin yang terdapat dalam minyak sawit asli, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Ketua Pengarah MPOB Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata minyak sawit versi sintetik itu tidak mengandungi Vitamin A dan E, nilai pemakanan yang kaya dalam minyak sawit asli.

“Bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan minyak sawit versi sintetik itu mungkin juga bukan daripada sumber boleh baharu. Oleh itu, minyak sawit versi sintetik itu tidak boleh ditetapkan harga secara kompetitif.

“Adakah orang ramai akan menggunakan kosmetik dan produk penjagaan kulit daripada sisa minyak dan produk sampingan industri? Mungkin, mereka akan menggunakannya untuk bukan makanan seperti biodiesel,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Parveez berkata menjadi persoalan sama ada minyak sawit sintetik itu lebih mesra alam dan mampan berikutan pengeluaran bahan sintetik memerlukan bahan kimia dan mikrob.

“Berapa banyak tenaga dan bahan kimia digunakan dalam proses fermentasi? Bagaimana produk sintetik ini dikatakan lebih mampan berbanding produk asli?” katanya.

Dilaporkan oleh beberapa media antarabangsa bahawa minyak sawit sintetik yang kini dihasilkan oleh syarikat pemula niaga menggunakan mikrob untuk menukar sisa makanan dan produk sampingan industri kepada minyak sawit sintetik melalui proses fermentasi.

Syarikat pemula niaga itu mendakwa minyak sawit sintetik tersebut boleh menggantikan versi daripada tumbuhan dan usahanya telah menerima pusingan pelaburan ‘siri A’ US$20 juta (US$1=RM4.32) daripada Bill Gates’ Breakthrough Energy Ventures Fund yang menyokong syarikat pemula niaga yang inovatif dengan tumpuan kepada inovasi alam sekitar dan kemampanan.

Ahmad Parveez menggesa syarikat itu menjalankan penilaian kitaran hayat yang terperinci sebelum mendakwa langkahnya untuk menghasilkan minyak sawit sintetik adalah berikutan dakwaan minyak sawit merupakan pemacu utama kepada penebangan hutan dan antara punca utama perubahan iklim.

Syarikat pemula niaga AS itu turut mendakwa sebanyak 31 juta hektar hutan telah ditebang di seluruh dunia untuk penanaman sawit dalam tempoh 24 tahun (1990-2014).

“Apa yang mereka gagal untuk menyedari atau sengaja mengabaikannya ialah penebangan hutan untuk penanaman tanaman lain yang menghasilkan minyak.

“Satu contoh yang baik ialah berdasarkan rekod Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, menyatakan untuk tempoh lapan tahun (2010-2018), tambahan kawasan seluas 30.5 juta hektar telah ditanam dengan kacang soya di seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata kawasan tanaman sawit menyumbang kurang daripada satu peratus daripada tanah pertanian global kira-kira lima bilion hektar berbanding tanaman bijian minyak lain (lima peratus) dan tanaman lain (23 peratus) manakala ternakan yang terbesar kira-kira 71 peratus.

“Kelapa sawit merupakan tanaman paling produktif dengan hasil sebanyak lima hingga sembilan kali lebih tinggi berbanding tanaman bijian minyak yang lain seperti kacang soya, bunga matahari dan biji sesawi,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan produktivitinya yang tinggi sebanyak empat tan minyak sehektar setahun, minyak sawit merupakan produk yang kompetitif dan mampu dimiliki oleh kebanyakan orang di dunia.

Ahmad Parveez berkata minyak sawit memainkan peranan yang tidak boleh ditukar ganti dalam memastikan keselamatan makanan global dalam industri minyak sayuran dan lemak.

“Oleh itu, saya tertanya-tanya kenapa terdapat begitu banyak serangan ke atas kemampanan minyak sawit sehingga terdapat keperluan untuk menghasilkan produk sintetik bagi menggantikan produk asli.

“Hakikatnya, pada masa ini syarikat itu dapat menghasilkan setengah tan minyak sawit sintetik setahun dan dengan pelaburan baharu mereka menjangka untuk menghasilkan sehingga 50 tan,” katanya.

Beliau berkata industri sawit Malaysia dalam usaha untuk mencapai 100 peratus pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dan sehingga Mac pada tahun ini, sebanyak 4.65 juta hektar, atau 78.8 peratus, daripada 5.9 juta hektar ladang kelapa sawit di Malaysia mencapai pensijilan MSPO, manakala 394 daripada 452 kilang sawit di negara ini telah berbuat demikian.

-- BERNAMA
 
Sponsored Post

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,069
Reaction score
244
Points
123
klu menjadi, bole lingkup Indonesia dan Malaysia..
sama mcm getah..habis jahanam pasaran Malaysia lepas ade getah sintetik..
 

Mata_Pena

Active+ Member
Joined
Oct 22, 2008
Messages
4,236
Reaction score
1,245
Points
101
Yg sebenarnya dok kondem sawit tu sebenarnya dia just nak conquer market itu aje.

Senang cite tak bile tgk org lain lebih. Itu lah puak penjajah, kapitalist dan illuminati.

Dulu iraq kaya dgn minyak..
Kene serang.

Negara kaya libya ghaddafi pun sudah dibunuh.

Movie amerika ni lebih dahsyat dari drama tamil
 

hab81020

Super Active Member
Joined
Mar 21, 2010
Messages
5,066
Reaction score
202
Points
83
memang jahanam, bersedia sajalah
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,075
Reaction score
20,950
Points
1,661
ada je agenda. semata2 nak menangkan soyoil die
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
27,866
Reaction score
804
Points
171
itu baru permulaan.. tapi x mustahil US akan dapat yg perfect.. so malaysia bersedia la
 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
8,040
Reaction score
529
Points
111
Aku duk.tunggu2 jgk minyak masak turun, minyak keta dh turun nie
 

Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
981
Reaction score
180
Points
23
nampaknya Felda kena pikir tanaman lain utk ganti sawit
kot2 projek Amerika ni berjaya
 

no trade

Super Active Member
Joined
May 16, 2008
Messages
8,444
Reaction score
241
Points
88
kena upgrade grade minyak sawit kita macam ni
 

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,469
Reaction score
320
Points
41
Projek minyak sawit sintetik Bill Gates bukan ancaman kepada Malaysia



KUALA LUMPUR, 22 April -- Malaysia tidak melihat pengeluaran minyak sawit sintetik oleh syarikat pemula niaga Amerika Syarikat (AS), C16 Biosciences, sebagai satu ancaman kepada rantaian bekalan minyak sawit tulen yang dihasilkan secara amalan pertanian terbaik dan piawaian kemampanan.

Hakikatnya, negara pengeluar minyak sawit kedua terbesar dunia ini bukan sahaja mengucapkan selamat maju jaya dalam usaha itu kepada syarikat tersebut, cabang pelaburan Breakthrough Energy Ventures yang diterajui Bill Gates, malah sedia bekerjasama dengan mereka sekiranya ada keinginan.

“Wujud banyak kesukaran lain yang akan timbul dalam percubaan untuk meniru minyak sawit semula jadi.

“Contohnya, selok-belok yang rumit dan sukar berkaitan jenis triglyceride semula jadi yang berada pada molekul gliserol serta hadir dalam minyak sawit menerusi susunan berbagai-bagai yang sukar untuk ditiru sepenuhnya oleh teknologi semasa.”

Ini merupakan kenyataan yang terkandung dalam artikel yang ditulis Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia, Datuk Dr Kalyana Sundram kepada Euractiv, rangkaian media pan-Eropah bebas yang mengkhususkan dalam dasar Kesatuan Eropah.

Kedua-dua mereka bersetuju bahawa semula jadi dianggap menjadi satu-satunya pemegang paten bagi kejayaan perubahan ke atas jenis triglyceride molekul itu.

Projek minyak sawit sintetik C16 Biosciences menerima dana US$20 juta (US$1 = RM4.39) daripada pengasas bersama Microsoft Corporation itu.

Mohd Khairuddin dan Sundram berkata C16 Biosciences mungkin berjaya dalam menghasilkan molekul asid lemak rantaian lurus teras yang merupakan tulang belakang minyak sawit dan juga bagi semua minyak dan lelemak.

Bagaimanapun mereka bertanya sama ada itu sudah mencukupi, memandanghkan sains juga boleh menghasilkan molekul asid lemak rantaian karbon daripada pelbagai proses dan kaedah lain.

“Merujuk contoh lemak tepu dan tindak balas kolesterol darah manusia yang mana pakar lipid Amerika Syarikat menekankan idea bahawa asid stearik tepu adalah neutral kolesterol manakala asid palmitik yang dijumpai dalam minyak sawit adalah pertambahan kolesterol.

“Mereka meneruskan usaha itu dan mencipta satu tiruan, tri-stearik trigliceride tepu sepenuhnya melalui teknologi proses.

Hakikatnya, sifat semula jadi dan metabolisme manusia tidak mungkin bertoleransi dengan terlalu banyak molekul seperti itu,” kata mereka.

Kedua-duanya berkata begitu juga dengan C16 Biosciences yang harus dipuji atas pemikiran luar daripada kelaziman, tetapi tidak semestinya bersetuju bahawa mereka akan menjana peluang global yang boleh mengehadkan penggunaan minyak sawit semula jadi.

“Jika mereka berjaya sekalipun, namun berdasarkan halangan besar terhadap teknologi sedemikian, impak mereka ke atas rantaian bekalan minyak sawit semula jadi adalah kecil. Gembar-gembur yang diciptakan menerusi media barat berkaitan ini seperti satu lagi usaha untuk menjejaskan industri minyak sawit.

“Sebagai sebuah negara, Malaysia menerajui keusahawanan saintifik dalam minyak sawit dengan beratus juta telah dilaburkan ke dalam program penyelidikan dan pembangunan selain kerap bekerjasama dengan beberapa institut penyelidikan terbaik dari seluruh dunia,” kata mereka.

Sebagai contoh, ahli sains Lembaga Minyak Sawit Malaysia berjaya dalam memetakan genom minyak sawit dan hasil itu diterbitkan dalam jurnal Nature (2013, 500, 335–339 https://doi.org/10.1038/nature12309).

“Ketika ini, apabila sumber global sangat terbatas, kami dengan penuh hormat ingin menyeru semua pihak supaya berusaha menjalinkan kerjasama bersama demi kebaikan manusia seluruhnya, dan tidak menggunakan peluang inovatif sebagai peluang bagi perbuatan ‘menikam belakang’ pengeluaran minyak sawit mampan dan rantaian bekalannya,” kata mereka.

-- BERNAMA
 
Sponsored Post
Top
Log in Register