BTC USD 62,122.8 Gold USD 1,767.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

mintak pandangan : orang tua sakit jantung

kawetoksedoh

Active+ Member
Joined
Sep 20, 2007
Messages
3,626
Reaction score
235
Points
33
salam kawan2,

aku saja nak tanya pendapat kawan2 apa aku nak buat dan apa aku patut buat.

ceritanya gini. org tua aku aritu sesak nafas, 30 nov masuk wad CCU kat PPUM, PJ. sampai arini dia masih lagi kat wad tu.

ikut kata doktor, jantung dia tinggal keupayaan 11% aje lagi, kritikal la maknanya tu, dan doktor pun dah standby alat yang lekap kat dada tu kat tepi dia, kot2 jantung dia jadi tak stabil.

pasal, skrg ni jantung dia memang tak stabil dan ubatan tak dapat nak stabilkan jantung dia... sampaikan aritu masa dia bangun utk pegi buang air ke tandas pun, heart beat dia dah naik sampai 200 beat per minute. kira tinggi la tu, sebab kalu orng normal dalam 70 seminit aje.

so, doktor pun kata kena operate, masuk bateri. pagi tadi kos dia 50k, magrib ni pulak doktor kata kos dia dah jadi 80k sebab kena buat itu ini.. ( aku pun tak paham apa dia nak buat.. tapi ada la tu cara dia)

mula2 tu org tua aku tu tak kisahla brapa2 pun kos dia, sebab dia pencen anggota kerajaan dan dia ingat semua free la. last2 doktor cakap, utk operate yang ni dah tak cover lagi. kena bayar.

so, dia dah takde semangat nak idup. aku cakap kat dia, tak kisah la brapa2 pun, nanti aku cari duit. aku rasa aku bole la cari duit tu. insyaallah.

masalah sekarang, doktor2 kat PPUM tak konfiden yang kalau buat operate tu pun bole ok. diorang tak tau diorang ada kemampuan nak buat prosedur tu ke tak.

so, kitorang cadang utk hospital tu refer ke IJN la.

masalahnya, doktor kat PPUM tu cakap kena pegi sendiri. pahtu, kena tunggu kekosongan kat sana ada ke tak. tension abes la aku satu family. pasal org tua aku pegi buang air kat tandas pun naik degup jantung sampai 200 seminit. camana nak pegi sendiri ke IJN pulak.

pastu kena balik rumah pulak tu, tunggu IJN panggil.

so, aku nak tanya korang. apa aku kena buat? bab duit tak kesah la. aku bole apply kad kredit 10 keping pun takpe, kat situ pun dah dapat 80k, pasal aku tak ada masalah kredit. insyaallah diorang lulus application kad aku tu. jual kete jual tanah pun aku tak kisah. yang penting, nak bagi orang tua aku tu dapat treatment aje.

cuma sekarang ni, aku nak buat biar dia bole masuk IJN dengan cepat dan senang, biar bole di monitor kat situ atau bole buat apa2 kat situ sementara utk operate.

apa aku bole buat?
sapa aku bole kontek?

ada sapa2 yang bole bantu tak?
 
Sponsored Post

saxsor

Super Active Member
Joined
May 25, 2009
Messages
8,464
Reaction score
34
Points
70
soal jantung ni serius bro...

nk bg pendapat pon bukan senang...

tapi setau aku, kalau pegi IJN free jer utk pesara kajaan..dan lagi cuma hospital kerajaan yg boleh refer pesakit kpd IJN, PPUM bukan hospital kerajaan, sebab tu dia x boleh refer ke IJN...

dan utk urgent case, rasanya IJN boleh cepatkan sikit rawatan ayah kau...

so kalau ikutkan pendapat aku, better pegi IJN gak...kepakaran yg cukup...kalau PPUM sendiripon x yakin dgn kemampuan diorang...apatah lagi kita...
 

eboss

CG Hardcore
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
memula sekali aku minta maaf sesangat ler kat TT kalau pandangan aku nie teruk atau tak membantu dan sebagainya. Bagi aku kalau dah dah ketentuan Allah tu nak sakit macam tu dan cost perubatan setinggi macam tu (bagi aku orang yang tak mampu) aku rasa TT serta keluarga jika berduit sebanyak itu pun lebih baik simpan saja dan jika ajal ayah TT dah sampai..redha saja lah dan guna duit tu untuk buat wakaf atas nama bapa TT...itu lebih baik sebab pahalanya berpanjangan..dari buat rawatan semahal tu tapi doc sendiri tak yakin yg rawatan tu akan menyembuhkan penyakit ayah TT tu...lain ler doc sendiri amat yakin yang lepas rawatan tu ayah TT akan kembali sihat seperti sedia kala...berbaloi juga keluar duit sebanyak itu...tapi kalau rawatan percuma itu lain lah ceritanya...dengan duit sebanyak itu jika TT mampu cari dan adakan serta keluarkan lebih baik gunakan untuk sesuatu yang boleh memberi pahala yang panjangan kepada ayah TT...MOHON MAAF SEKALI LAGI tt #:-S#:-S#:-S#:-S
 

ratusanRM

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Apr 8, 2007
Messages
22,690
Reaction score
361
Points
131
Inilah masalah birokrasi hospital. Saya memahami masalah tuan, sebab abang saya meninggal disebabkan penyakit jantung.

Cadangan penyelesaian :

1- Kalau betul ayah kerja kerajaan. Masuk dulu hospital kerajaan (PPUM juga adalah hospital kerajaan) kemudian hospital akan buat rujukan ke IJN. Rujuk perintah am Bab 'F' kat situ ada diterangkan prosedur.

2- Kalau malas nak tunggu masalah birokrasi & macam-macam. Buat pembedahan di mana-mana hospital swasta. Kos yang perlu dibayar memang tinggi.

p/s : Semoga ayah tuan cepat sembuh. Aminnnn...
 

amazinggold88

CG Top Poster Club
Joined
Nov 1, 2008
Messages
44,759
Reaction score
208
Points
123
x try mntk hospital jb ke tt?
atuk den dlu buat operate kat jb 14 tahnu lps
Alhamdulillah msh chart lgi skrng
 

ratusanRM

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Apr 8, 2007
Messages
22,690
Reaction score
361
Points
131
memula sekali aku minta maaf sesangat ler kat TT kalau pandangan aku nie teruk atau tak membantu dan sebagainya. Bagi aku kalau dah dah ketentuan Allah tu nak sakit macam tu dan cost perubatan setinggi macam tu (bagi aku orang yang tak mampu) aku rasa TT serta keluarga jika berduit sebanyak itu pun lebih baik simpan saja dan jika ajal ayah TT dah sampai..redha saja lah dan guna duit tu untuk buat wakaf atas nama bapa TT...itu lebih baik sebab pahalanya berpanjangan..dari buat rawatan semahal tu tapi doc sendiri tak yakin yg rawatan tu akan menyembuhkan penyakit ayah TT tu...lain ler doc sendiri amat yakin yang lepas rawatan tu ayah TT akan kembali sihat seperti sedia kala...berbaloi juga keluar duit sebanyak itu...tapi kalau rawatan percuma itu lain lah ceritanya...dengan duit sebanyak itu jika TT mampu cari dan adakan serta keluarkan lebih baik gunakan untuk sesuatu yang boleh memberi pahala yang panjangan kepada ayah TT...MOHON MAAF SEKALI LAGI tt #:-S#:-S#:-S#:-S

Tak boleh juga buat macam tu. Itu namanya putus harapan, bukan doktor yang menentukan ajal & hidup seseorang. Sebagai hamba, kita kena berusaha. Pandangan saya lah #:-S#:-S
 

kawetoksedoh

Active+ Member
Joined
Sep 20, 2007
Messages
3,626
Reaction score
235
Points
33
salam rakan2,

alhamdulillah, tadi dah dapat berita yang org tua akan di masukkan ke IJN dalam masa yang terdekat. bila dia nak anta, teman tak pasti lagi.

tapi statusnya, dia akan dianggap sebagai kes segera. bermakna dia akan duduk tunggu kat IJN dan IJN akan monitor dia kat sana. bila ada kekosongan saja, maka dia akan terus kena tolak masuk bilik bedah.

anyway, aku risau jugak... pasal dulu pun, camni jugak masa dia nak kena bypass aritu. doktor letak status kes segera jugak. makan sebulan jugak menunggu kekosongan.

setahu aku, memang jadual diorang dah penuh utk berbulan2..

utk kawan2 yg bagi pandangan, terima kasih aku ucapkan. semua pandangan amat membantu.

buat masa ni, aku nak setel tengok camana diorang nak gerakkan org tua aku pegi masuk IJN. aku takut aku kena anta sendri aje...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register