Ask/Help Minta pendapat otai2 mengenai tukar kerja

CG Sponsors




pakcik88

Fun Poster
Joined
Dec 23, 2010
Messages
628
Reaction score
8
Points
15
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sebenarnya nak minta pendapat otai2 yang lebih berpengalaman.
Kisahnya berkenaan dengan satu offer kerja yang saya dapat di musim2 COVID ni.

Company sekarang:
1. Lokasi Shah Alam
2. MNC, sekali sekala kena pergi Europe atas tuntutan kerja
3. Waktu kerja flexible, janji kerja siap
4. Dekat dengan rumah, dalam 30minit naik motor (rumah skrg rumah sendiri) (loan bank dalam 800, maintenance 150)
5. Gaji total RM4850
6. Ada bonus wajib 1 bulan gaji time hujung tahun. Performance bonus dalam 2 bulan, increment lebih kurang 5%.

Company offer:
1. Lokasi Senai
2. MNC, travel tu get ready je, cuma kekerapan tak pasti
3. Waktu kerja flexible
4. Kena cari rumah sewa (averange RM1000)
5. Gaji total RM6000
6. Relocation Bonus sebulan gaji, free accomodation 1 bulan
7. Ada bonus wajib 1 bulan gaji time hujung tahun. Performance bonus dalam 2 bulan, increment max 10%, saya anggap sama je mcm company sekarang

Yang buat saya berbelah bagi adalah:
1. Jauh ke Johor sana, takde sedara mara kalau jadi apa2. Saya asal Ipoh, orang rumah asal Pekan.
Selalu hujung2 minggu kat Shah Alam ni dekat pergi rumah sedara mara, anak sulung saya ni kecik lagi, selalu ajak pergi rumah sepupu2 dia.
Kalau kat Johor sana, mmg rindu la anak2 saya tu, kesian jugak.
2. Anak 3 org, sulung 5 tahun, no.2 umur 3 tahun, no.3 baby lagi.
3. Wife memang tak kerja dah sebab COVID.
4. Anak sulung tu dah register masuk darjah 1 sekolah kt Shah Alam ni, kemasukan 2022, nak uruskan pertukaran tu susah tak ?

Mintak pendapat otai2 semua.
Apa2 pandangan saya terima dengan penuh terima kasih.
 
Last edited:
Sponsored Post

afshaman

Active+ Member
Joined
Nov 8, 2013
Messages
2,940
Reaction score
213
Points
33
beza gaji RM1150...TT kena pikir berbaloi atau tak la ngan bersusah payah pindah nanti...berbaloi ni kena pikir total...termasuk keselesaaan famili dari segi environment dan emosi...
 

pemain

Active+ Member
Joined
Jul 10, 2008
Messages
2,553
Reaction score
375
Points
51
Buat istikharah bro.
Tanya pada Allah SWT.
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
11,125
Reaction score
2,093
Points
191
x berbaloi..
Sebab family lebih value dri wang ringgit..

Dalam huraian yg dibuat oleh TT telah menunjukkan tahap penolakkan yg begitu ketara dgn meletak segala masalah berjauhan dgn family..

Utk kita mudah faham..
Bila berjauhan dgn isteri dan anak² kita akan mudah stress dan akan terganggu performance kerja..

Stay tmpt kerja asal..

Apa² family first..
 

shafiq_

Fun Poster
Joined
Feb 26, 2013
Messages
856
Reaction score
67
Points
30
Perbelanjaan je dah tau beza banyak tu bang..
Kalau tempat baru bagi gaji rm8000 pun, berbaloi lagi kerja tempat asal gaji bawah rm5k.

Sewa rumah rm1000. Rumah asal tetap kena byr rm1500 (+- bill2). Sebulan makan minum ,bill2, kos ulang alik kerja, kos balik setiap minggu & belanje dah +- rm2000 . Kat sini je perbelanjaan dah rm4.5k sebulan. Tolak gaji rm6k tinggal baki rm1.5k :giggle:.
 

The Maut

Active+ Member
Joined
Jul 19, 2019
Messages
4,485
Reaction score
100
Points
43
Try minta pendapat keluarga dan sahabat yg rapat.
 

Laici

Super Active Member
Joined
Aug 19, 2014
Messages
5,402
Reaction score
708
Points
121
kalau tanya pendapat aku,

stay jer kerja sekarang..

kalau kat johor tu takde kenal siapa2 1 hal...kalau ada emergency ker, susah...at least sekarang kalau ada emergency boleh pakcik makcik sedara mara boleh tolong tengok2 kan...

kemudian kos2 nak pindah, nak sewakan rumah lama....

kalau nak buat PJJ, weekend husband pun penat weh..kerja tak tahu lagi macam mana, nak ulang alik.....kos lagi..
 

tr4falgar

Super Active Member
Joined
Oct 14, 2012
Messages
6,609
Reaction score
580
Points
126
stay keje keje tempat skang..

faktor menyusahkan lebih byk dari beza gaji tu hehee
 

apoeki

Super Active Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
5,917
Reaction score
420
Points
91
atas faktor kobid lebih elok postpone dulu klo tmpt kerja skrg masih ok, bayar gaji on time, bisnes pn x terjejas
 

pakcik88

Fun Poster
Joined
Dec 23, 2010
Messages
628
Reaction score
8
Points
15
terima kasih tuan2 semua.
sebenarnya kalau accept, wife dgn anak akan ikut sekali.
rumah skrg akan disewakan.

tambahan, ada kawan dari company sebelum ni, asalnya sorang dah kerja situ 1 tahun lebih.
Ni dapat tau ada sorang lagi dapat sana jugak.
Kira kawan 2 orang ni boleh mintak tolong senang susah jugak.

Insyaallah minggu depan nak jumpa bos, minta pendapat dia, kot2 ada counter offer ke.
Nak kena survey2 jugak life environment kat sana, dah terbiasa semua benda senang jumpa kat KL Selangor ni
 
Sponsored Post
Top
Log in Register