BTC USD 28,437.8 Gold USD 1,967.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Minta maaf tak cukup, penganjur pegang anjing perlu dikenakan tindakan tegas

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,133
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,133
Reaction score
22,839
Points
1,831
Awards
1
gambar-zamihan-mat-zin_1.jpg


Permohonan maaf sahaja tidak mencukupi, penganjur program I Want To Touch A Dog perlu dikenakan tindakan tegas.

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA), Zamihan Mat Zain juga mahu penganjur yang secara jelas sudah mencemarkan imej Islam dan menimbulkan keresahan orang ramai.

"Oleh itu kami menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit kerana kita tidak mahu perkara yang boleh membawa kepada penghinaan terhadap kesucian Islam tercetus lagi," ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau merujuk kepada kenyataan media penganjur tersebut yang meminta maaf dengan apa yang berlaku dan mengaku tidak ada tujuan untuk memesongkan akidah umat Islam di negara ini.

ASWAJA, menurut Zamihan, memandang serius penganjuran program yang secara jelas mempunyai agenda tersembunyi bagi menyebarkan fahaman yang berbeza dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia.

"Ternyata program itu menimbulkan kegusaran dikalangan umat Islam di Malaysia selain kekeliruan apabila segelintir ustaz mempertahankan penganjuran program yang jelas bertentangan dengan fatwa kebangsaan dan haram di sisi umat Islam.

"I Want To Touch a Dog secara jelas mencemar imej Islam," katanya.

Berdasarkan Enakmen 9, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 penganjur boleh didakwa mengikut Seksyen 9, mempersenda ayat al-Quran dan Hadis, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, katanya.

Selain itu, penganjur juga boleh didakwa mengikut Seksyen 10 menghina atau menyebabkan dipandang hina agama Islam.

"Bukan itu saja, penganjuran program itu juga jelas bertentangan dengan fatwa JAKIM yang secara jelas mengharamkan perbuatan menyentuh anjing tanpa sebab diizinkan syarak apatah lagi menganjurkan program yang menyanggah fatwa," katanya.--MalaysiaGazette
 
Sponsored Post

G.Spicy

Super Active Member
Messages
5,850
Joined
Mar 19, 2011
Messages
5,850
Reaction score
57
Points
70
besar sungguh kesalahan dia kalah Rosmah dan politician yang songlap berbillion2 duit rakyat hampir tiap hari news cover

ramai yg tak faham, program itu kalau dari sudut perpestif najis jadi lain

walhal majoriti yg peluk melihat dari sudut humanism "semangat cintakan dan kasih kepada binatang" walaupun dia anjing, tetapi masih dari sudut perpesktif makhluk ciptaan tuhan

tetapi geng taliban ini fokus pada isu lain pula, makanya ber kilo maki dan cemuhan


walaupun penganjur dah mintak maaf, entah apa lagi puak taliban ini nak

hanya muncul part nak menghukum, time orang tengah bero men, time isu2 remeh macam ini
komform boleh nampak dia muncul

time tolong gelandangan sampah yang miskin dan merempat, time isu ini baru kita boleh nampak pendahwah christian pula la muncul, atau isu sebar kertas2 pamplet promote chirstian

time isu pakcik tolong anjing, kutip anjing terbiar, itu pun cina yang bagi sumbangan beratus ribu, jakim muncul time nak keluar fatwa ja sama ada pakcik ituboleh ke tak boleh kutip anjing


we try to promote "peace"

tetapi kita show lebih banyak "non-peace" than "peace" itu sendiri


cukup la dengan isu anjing, banyak lagi isu penting yg lebih penting yg patut kita fokus
benda dah lepas


p/s "un-peace" quote komen ku ini ini 3...2...1... by childish mind hanya mampu kutuk & caci instead of solution, cause that represent their deep soul image

p/s agak2 JAKIM mintak pengarah filem (pengajur video peluk2 bukan muhrim yang terang2 berdosa) mintak maaf tak ?

pertanyaan-Aziz-M.Osman_-200x140.jpg


hipokrit loser
 
Last edited:
Sponsored Post

Top
Log in Register