BTC USD 61,658.9 Gold USD 4,259.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Minta bina hospital swasta

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Ayub (dua, kanan) ketika merasmikan Karnival JCorp.​

SEGAMAT - Kerajaan negeri meminta jasa baik Johor Corporation (JCorp) melalui anak syarikatnya iaitu KPJ Healthcare Sdn Bhd untuk membina sebuah hospital swasta di daerah ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, ini kerana Hospital Daerah Segamat yang sedia ada tidak mampu menampung jumlah pesakit yang ramai pada satu-satu masa.

"Bagi pesakit yang mempunyai wang dan pilihan, mereka akan pergi ke hospital swasta di Batu Pahat, Melaka dan Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan kerana di sini (Segamat) tidak menawarkan pilihan tersebut.

"Saya melihat peluang mewujudkan sebuah hospital swasta di sini cukup besar," katanya ketika merasmikan Karnival JCorp di Bandar Utama, malam kelmarin.

Sementara itu, Presiden JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim berkata, pihaknya membuat beberapa siri lawatan di Segamat sebelum ini bagi mencari dan mengenal pasti tapak yang sesuai untuk pembinaan sebuah hospital swasta di daerah ini.

"Apabila kita jumpa tapak yang sesuai, kita akan memohon melalui Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tujuan mendapat kelulusan awal sebelum tindakan selanjutnya dilakukan JCorp dan KPJ.

"Saya jangkakan pembinaan hospital swasta di daerah ini menelan kos di antara RM80 juta hingga RM100 juta dan dijangka siap selama dua tahun," katanya.
 
de insurans n duit bnyk bolehlah...kurang cikit kesesakan....
 
Back
Top
Log in Register