Minta bantuan dan sebar-sebarkan sesama kita....(UPDATED-penjelasan adik Farah)

CG Sponsors




missdealova

Fun Poster
Platinum Member
Joined
Dec 9, 2005
Messages
383
Reaction score
12
Points
15
Salam...hi CGrians semua...mintak pertolongan semua....sekiranya boleh untuk track down this heartless man :(scam:(scam:(scam...dia ni telah merampas anak kepada my fren...setakat hari ni, sudah hampir seminggu tiada khabar berita berkenaan anak ini yang bernama DAANYA HANA...lelaki yang merampas ni pon bukannya orang lain..bapa kandungnya jugak...FYI...ibunya adalah teman sekelas saya semasa bersekolah rendah....sama-samalah kita sebar-sebarkan perkara ini dan berdoa agar FARAH SHAMSUDDIN iaitu ibu kepada DAANYA HANA dapat bertemu semula.....

Disini saya copy pastekan NOTES salah seorang rakan di facebook:

Sahabat media dan semua yang mengenali diri ini.Saya tersentuh apabila mendengar cerita seorang sahabat baik, Farah Shamsuddin (anda semua boleh type nama ini di FB), yang `kehilangan' anak perempuannya, Daanya Hana, akibat `dirampas' seorang lelaki yang masih bernama suami (mereka kini dalam proses penceraian).

Bayangkan seorang anak berusia setahun lima bulan yang masih menyusu ibu `terpisah' kerana perbuatan lelaki bernama Lenardi Amnisar Yuliawiratman (gambar dilampirkan). Kisahnya dipaparkan Harian Metro hari ini (18/01/10) namun ada beberapa fakta salah di sana. Lelaki itu bukan merindui anaknya tetapi `merampas' kasih sayang seorang ibu dan anak.

Lelaki ini tidak pernah memberi kasih sayang seorang ayah malah menjadi beban kepada seorang isteri dan anaknya yang masih mentah.

Kasihanilah sahabat saya, kasihanilah kehidupannya, kasihanilah anaknya, terpisah daripada ibunya...

Apa agaknya nasibnya malam ini tanpa belaian ibu yang setiap malam menidurkannya...

Saya paparkan wajah lelaki ini untuk semua. Sebarkan sedaya mampu anda. Bantu saya membantu seorang sahabat menemukan kembali anaknya...

Jasa anda benar-benar saya harapkan, ibunya kini benar-benar buntu dan bermandi air mata selepas `kehilangan' anaknya, saya pohon bantuan kawan-kawan media untuk mencari bayi ini, saya rayu tenaga kawan-kawan untuk menyebarkan berita ini dan mencari semula bayi ini.

Ini tanggungjawab semua, kita temukan semula ibu dan anaknya, kita bawa balik kebahagiaan dalam hidup mereka, kita `ajar' si suami ini.

Sanggupkah anda melihat kasih sayang seorang ibu terputus akibat perbuatan suami yang kurang rasional?

Saya bersedia menjawab setiap pertanyaan yang mungkin anda perlukan, kita lancarkan misi mencari Daanya Hana, tolonglah sahabat saya, tolonglah...

Sebarang maklumat atau pertanyaan boleh terus menghubungi saya di talian 012 2524125 (WAN SYAMSUL AMLY)







NI la manusia yang sanggup pisahkan anak daripada ibunya.....



Hanya Satu Penjelasan....by Shamsul Bahri Shamsuddin-adik lelaki Farah Shamsuddin)di'copy' dari facebook notes...HARAP DENGAN INI PIHAK-PIHAK BERKENAAN AKAN FAHAM...

Share
Sun at 9:47pm

Aku berbanyak2 terima kasih kepada kawan2 yang siarkan cerita Hana ni kat blog and forum. Tapi aku banyak terbaca yang sesetengah pihak beranggapan yang 'bapak' dia pun ada hak ke atas anaknya. Kononnya yang ini bukan kes culik sebab itu 'bapak' dia. Bayangkan seorang bapa jenis apa yang pada mulanya tak mengaku yang anak yang dikandung adalah anaknya. Bila dah keluar muka sebiijik macam dia baru terdiam. Bapa jenis apa yang menendang dan memukul isterinya ketika mengandung. Bapa jenis apa yang menyuruh isterinya tidur di lantai kerana mengganggu 'si bapa' tidur hanya kerana isterinya yang sedang sarat mengandung resah dan tidak dapat tidur malam. Bapa jenis apa yang walaupun dapat melihat anaknya sewaktu dilahirkan tetapi tidak terlintas untuk mengazankan anaknya. Bapa jenis apa yang sampai hati menolak isterinya yang sedang mendukung anaknya sehingga hampir jatuh. Bapa jenis apa yang sanggup memisahkan anak dengan ibu walaupun tahu anak masih menyusu badan hanya untuk melihat ibunya terseksa dan untuk kepuasan dirinya. Kami bukan sengaja nak menghebah2kan cerita. Tapi kalau benda ni terjadi kat batang hidung sendiri barulah korang dapat memahami bertapa sedih seorang ibu yang menjaga anaknya sejak lahir tanpa bantuan (kewangan dan moral) dari seorang yang kononnya digelar 'bapa'. Siang malam berjaga bagai menatang minyak yang penuh, dan sekelip mata dirampas tanpa berita. Inilah hakikat yang mungkin korang tak tahu, tapi yang kami alami. Terpulanglah kepada diri masing2 untuk menilai. Kepada yang sudi membantu, hanya Allah yang dapat membalas jasa korang.


Hari ni, Selasa,26 Januari, Farah dan ibunya iaitu nenek kepada Daanya Hana telah membuat penampilan khas di rancangan WANITA HARI INI, TV3..LATEST INFO IS ANAKNYA BERSAMA LELAKI YANG DURJANA ITU BERADA DI JAKARTA SANA..kesian sangat melihatkan wajah runsing ibu yang sudah 11 hari langsung tidak dengar khabar berita pasal anak kecilnya yang MASIH MENYUSU BADAN....FULLY BREASTFEED YA...sangat sedih....harap pihak-pihak berkenaan lebih peka....jangan hanya nak menuding2 jari siapa salah,siapa betul..LETAKKAN DIRI ANDA BERADA DI SITUASI DIA...Sekian..
 
Last edited:
Sponsored Post

OneMyWnn

Fun Poster
Joined
Jul 14, 2009
Messages
736
Reaction score
9
Points
15
jgn tanya sebelah pihak... penyelesaian nya dua2 sekali bertemu disaksikan oleh sesiapa sahaj. baru tahu jln cerita sebnarnya.
 

mokhaini

Active+ Member
Joined
Sep 24, 2009
Messages
3,094
Reaction score
13
Points
25
minta bantuan dari army ..... especially risik ......
 

Mata_Pena

Active+ Member
Joined
Oct 22, 2008
Messages
4,666
Reaction score
1,511
Points
101
selalunye kalau kisah laki bini bergaduh.. mmg komplikated.
semoga jumpa balik nanti
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,391
Reaction score
21,048
Points
1,671
cara mintak tolong cmni mcm xbetul r..ayat tu bunyi dah mcm anak kena culik plak..tp yg amik kan ayah die jugak..ikut je undang2..
 

mimie813

Super Active Member
Joined
Nov 26, 2009
Messages
6,534
Reaction score
290
Points
81
wah...harap2 tt ley sabokan member tu....

insyaAllah...mesti ada jalan penyelesaian...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register