BTC USD 37,958.4 Gold USD 1,775.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Minissha Lamba mahu lelaki kacak

voda

Active Member
Platinum Member
Joined
Feb 23, 2010
Messages
2,322
Reaction score
83
Points
35
hi_03.1.jpg

MINISSHA bikin 'drama' di pentas peragaan.

PADA acara Minggu Fesyen di Dubai baru-baru ini aktres Minissha Lamba telah meminta pihak penganjur menyediakan seorang model lelaki kacak yang berdada bidang untuk memegang kain sarinya yang meleret.

Sangkaan pihak penganjur itu hanyalah satu jenaka. Bagaimanapun ia adalah satu permintaan yang serius daripada Minissha.

Aktres itu yang berada di Dubai sempena dijadualkan memperagakan pakaian rekaan pereka fesyen Zaeem Jamal. Dia diberitahu, dia harus menggayakan sari.

Ketika dalam proses mencuba sari, dia menyedari leretan sari yang bakal digayakannya itu begitu panjang dan meminta disediakan seorang model lelaki kacak untuk berjalan di belakangnya sambil memegang sari, jika tidak dia tidak akan berjalan di pentas peragaan.

Satu sumber berkata: "Minissha mahukan seorang lelaki kacak dan berdada bidang untuk memegang leretan sari yang digayakannya. Pada mulanya semua orang ingat dia hanya berlawak, rupa-rupanya dia serius. Pihak penganjur setuju mengikut kehendaknya apabila dia mengugut tidak mahu beraksi di pentas peragaan jika tiada model lelaki itu disediakan untuknya.

"Dia kata model itu haruslah tinggi dan kacak serta memberitahu secara terperinci mengenai butiran model yang dimahukan."

Permintaan itu membuatkan semua kru pertunjukan fesyen itu kelam-kabut kerana bukan mudah untuk menempah model lelaki pada saat akhir pada minggu fesyen yang kebanyakan model telah ditempah.

Pihak penganjur berhubung dengan agensi modeling tempatan dan mereka menghantar model lelaki yang menepati permintaan Minissha. Selepas melihat model itu, barulah Minissha setuju untuk memperagakan pakaian pereka fesyen tersebut.

"Ya, saya minta model lelaki untuk pegang leretan kain sari saya. Saya tidak lihat itu satu kesalahan yang besar. Kain sari itu direka sedemikian rupa tidak mungkin untuk saya berpusing sambil memegang kain sari yang meleret.

"Jadi, saya minta lelaki yang boleh berjalan bersama saya di atas pentas. Saya mempunyai masa yang cukup seronok ketika minggu fesyen berlangsung tetapi tidak pihak penganjur," ujarnya.
 
Sponsored Post

PinguSpy

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
8,141
Reaction score
114
Points
73
kalau dah perangai macha tu.. macha je la
 

Adasyu

Active+ Member
Joined
Apr 6, 2010
Messages
2,683
Reaction score
25
Points
30
peningla penganjur...artis india rata2 nya berlagak x kene tmpatla..
 

kaYaIlmu

Super Active Member
Joined
Mar 11, 2010
Messages
7,918
Reaction score
29
Points
70
cettt..memilih...barang berkerutu...
 

302

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2009
Messages
10,841
Reaction score
65
Points
125
la nape x kontek aku:))
 

ARIFFX

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Mar 27, 2008
Messages
12,037
Reaction score
159
Points
123
manisha anak tn haji bakhil ke ni???
 

janggut_X

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Oct 23, 2008
Messages
57,870
Reaction score
73
Points
520
yang lelawa dari india ni mano port dio ek?
 

pecot85

CG Top Poster Club
Joined
Jan 11, 2009
Messages
27,973
Reaction score
826
Points
161
oooo patutla penganjur call den aritu
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register