BTC USD 63,314.0 Gold USD 4,343.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mineral bermutu ditemukan di Perlis

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg



KANGAR 27 Mac - Jabatan Mineral dan GeoSains Malaysia Kedah/Perlis/Pulau Pinang berjaya menemukan batu dolomit di utara negeri ini yang dikenalpasti paling bermutu sekali gus membolehkan Perlis kini mempunyai aset mineral bernilai tinggi bagaikan ‘emas’ jika dikomersialkan.

Pengarahnya, Zainol Husin berkata, dalam penemuan itu pihaknya mendapati jika dolomit itu diproses ia boleh menghasilkan sejenis bahan kimia ‘Magnesium Oxide’ (MgO) yang dijual di pasaran semasa dengan harga RM147 bagi setiap 100 gram berbanding sekarang dolomit mentah dijual dengan harga RM80 hingga RM120 setan.

“MgO mempunyai pasaran lebih besar termasuk pembuatan kaca, elektrik, farmaseutikal, perabot, makanan tambahan untuk ternakan dan sebagainya,” katanya dalam sidang akhbar selepas me-rasmikan Kursus Pengenalan Kepada Mineral Perindustrian Untuk Kumpulan Pelaksana (Tahap Satu) di Hotel Putra Palace di sini hari ini.

Zainol berkata, sehingga kini simpanan dolomit di Perlis dalam anggaran sebanyak 600 juta tan dan paling besar di kawasan Felda Rimba Mas.

Beliau berkata, kualiti dolomit di Felda Rimba Mas juga setanding dengan dolomit di Jerman, Great Britain, Amerika Syarikat, India dan Sepanyol.

“Sehingga kini dolomit lebih popular untuk digunakan dalam bidang pertanian seperti untuk mengatasi tanah berasid dan jerlus serta pembuatan jalan dan juga batu blok dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan membentangkan hasil penemuan itu kepada kerajaan negeri.

Tambahnya, sehingga kini kerajaan negeri menunjukkan minat dengan kejayaan penemuan tersebut.

Bagaimanapun katanya, keputusan terletak kepada kerajaan negeri ini untuk menjadikannya sebagai bentuk industri baharu yang boleh menarik pelabur ke negeri ini.

Zainol berkata, pihaknya telah menjalankan kajian ke atas dolomit itu sejak tahun 1985 dan dilakukan secara berperingkat sehingga Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
 
kekayaan negara hanya dikecapi oleh beberapa kerat manusia.
 
Back
Top
Log in Register