BTC USD 23,871.5 Gold USD 1,927.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Mimpi Dibakar Api, Bekas Mak Nyah Insaf, Mujur Tak Sempat bedah Tukar Jantina

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,330
Joined
Apr 15, 2012
Messages
34,330
Reaction score
2,931
Points
266
Awards
1

Mimpi Dibakar Api Buat Bekas Mak Nyah Insaf, Mujur Tak Sempat Buat Pembedahan Tukar Jantina

24-8-2022 03:24 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 267| Komen: 2|Original author: Tatod

Description: Khairolizan menerima sijil penghargaan. (Sumber Harian Metro)Bekas Mak Nyah, Mohd Khairolizan, 43, yang sebelum ini dikenali sebagai Julia mendedahkan dia insaf dan kembali semula kepada fitrah lelaki ...


141742t8mbfv5vzqfvnvbv.png

Khairolizan menerima sijil penghargaan. (Sumber Harian Metro)



Bekas Mak Nyah, Mohd Khairolizan, 43, yang sebelum ini dikenali sebagai Julia mendedahkan dia insaf dan kembali semula kepada fitrah lelaki selepas mimpi dibakar api.

Menerusi laporan Harian Metro, Khairolizan berkata, mimpi ngeri itu bukan sahaja membuatkannya tersentak dari terus bergelumang dalam dosa malah memberi sinar baharu arah hidupnya.

"Mimpi dibakar api adalah titik permulaan perubahan saya daripada dunia mak nyah.



"Dalam mimpi itu, saya menjerit ketakutan dan meminta pertolongan daripada keluarga dan rakan tetapi tiada siapa yang dapat membantu kerana api semakin marak membakar diri.

142333jh0m777l7r71m717.png

Gambar hiasan

"Namun, apabila saya meminta pertolongan Allah dan menyebut kalimah nama Tuhan berkali-kali, api marak itu tiba-tiba makin surut dan hilang. Ia menyebabkan saya terjaga dari tidur dan muka memikirkan maksud mimpi saya itu.

"Akhirnya, saya nekad menyahut hidayah Allah dan membuang implan payudara yang saya buat di Thailand serta kembali kepada fitrah lelaki," katanya.

Khairolizan berkongsi cerita itu selepas Simposium Kaunseling Islam 'Pelangi Islam' di Dewan Besar, Pusat Islam Iskandar di Johor Bahru.

Menceritakan kisah awal bergeluman dalam dunia mak nyah, katanya, dia mula berjinak-jinak sejak di bangku sekolah sebelum mengubah penampilan lebih kewanitaan selepas Tingkatan Lima.

143013lwozaxugaarok2k0.png

Gambar hiasan.

Walaupun dibantah keluarga, namun Khairolizan mengakui dia terlalu mengikut nafsu muda apatah lagi ramai rakan mak nyah lain turut memberikan dorongan agar tampil lebih 'wanita'.

"Saya kumpul wang sebanyak RM50,000 bagi melakukan pembedahan penukaran jantina dan wajah di Thailand.

"Namun, saya hanya sempat melakukan pembedahan memasang implan payudara dengan kos hampir RM5,000. Wang yang dikumpul RM50,000 itu dirompak dalam dua kejadian berasingan menyebabkan hasrat untuk melakukan pembedahan itu tidak kesampaian," katanya.

Khairolizan turut meluahkan rasa syukur kerana niatnya melakukan pembedahan itu tidak kesampaian kerana ia pasti akan disesalinya seumur hidup. -CARI


sumber - https://b.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=210265
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register