BTC USD 50,766.6 Gold USD 1,784.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Militan guna perisian murah ceroboh sistem Predator

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
lu_02.1.jpg

PESAWAT tanpa juruterbang milik Amerika Syarikat yang dipanggil drones melepaskan tembakan peluru berpandu ke sasaran musuh. - AGENSI​

WASHINGTON 18 Dis. - Pemberontak di Iraq dan Afghanistan dilapor menggunakan program perisian murah untuk menceroboh sistem rakaman video secara langsung daripada pesawat tanpa juruterbang Predator, senjata utama dalam sistem intipan Pentagon yang berfungsi sebagai mata tentera Amerika Syarikat (AS) di udara untuk pengawasan dan pengumpulan data risikan.

Seorang pegawai pertahanan kanan semalam berkata, walaupun kumpulan pemberontak dapat melihat video tersebut secara maya, masih tiada bukti yang menunjukkan mereka mampu menyekat isyarat elektronik daripada pesawat itu atau mengawalnya.

Memperoleh rakaman video tersebut boleh menyalurkan pemberontak dengan maklumat penting tentang lokasi yang mungkin menjadi sasaran ketenteraan termasuk bangunan, jalan raya dan kemudahan-kemudahan lain.

Akhbar Wall Street Journal semalam melaporkan, pemberontak Syiah di Iraq menggunakan program perisian sedia ada seperti SkyGrabber yang boleh dibeli pada harga serendah AS$25.95 (RM91) dari Internet untuk berulang kali memperoleh rakaman video pesawat tanpa juruterbang AS.

Pintasan tersebut yang pertama kali dibuat tiga tahun lalu, boleh dilakukan kerana pesawat yang terbang jauh itu mempunyai jaringan komunikasi yang tidak dilindungi.

Seorang lagi pegawai pertahanan berkata, dalam tempoh beberapa bulan lalu, pihak tentera telah menemui bukti sekurang-kurangnya satu kejadian di mana pemberontak di Afghanistan turut mengawasi rakaman video pesawat tanpa manusia AS. Pegawai itu bagaimanapun tidak menyatakan perincian berapa kali ia telah dilakukan dan kumpulan mana yang melakukannya.

Jabatan Pertahanan maklum dengan isu tersebut dan sedang berusaha untuk mengenakan kod pada semua rakaman video pesawat itu di Iraq, Afghanistan dan Pakistan.

Seorang pegawai pertahanan mengatakan, menaik taraf proses pengekodan pada pesawat itu memakan masa yang lama kerana terdapat sekurang-kurangnya 600 pesawat seumpamanya bersama stesen di darat untuk diberi perhatian.

Menurut pegawai, sistem yang berada di lokasi ancaman utama akan dinaik taraf terlebih dahulu.

Bekas ketua pegawai maklumat untuk komuniti risikan AS, Dale Meyerrose, membandingkan masalah tersebut dengan jenayah jalanan iaitu mencuri dengar pengimbas polis.

"Ini adalah satu daripada isyarat, satu isyarat penyiaran dan tidak berlaku pencerobohan. Ia adalah pintasan isyarat penyiaran,'' kata Meyerrose, yang pernah bertugas mengoperasikan sistem pesawat tanpa juruterbang pada tahun 1990-an semasa berkhidmat sebagai pegawai tentera udara.

Beliau berkata, masalahnya adalah pesawat tanpa juruterbang itu pada asalnya dibangunkan menggunakan kelengkapan komersial, yang mana seiring dengan perubahan masa, ia boleh terdedah kepada pintasan. - AP
 
Sponsored Post

mustopa_a

Legendary Member
Messages
12,098
Joined
Apr 9, 2008
Messages
12,098
Reaction score
73
Points
120
ada potensi untuk diambilalih kawalan predator ni
 

razif1224

Super Active Member
Messages
5,113
Joined
Oct 29, 2006
Messages
5,113
Reaction score
38
Points
70
Hackers yang berkaliber dari pihak militan nie.. :)
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register