Milik siapa harta anda setelah mati ???!!!...

CG Sponsors




gulakucup

Active Member
Joined
Jun 11, 2008
Messages
1,299
Reaction score
0
Points
20
RENUNG SEJENAK....

Adakah anda telah mencapai cita-cita anda ?
Adakah anda telah mempunyai rumah yang selesa ?
Adakah anda telah mempunyai kenderaan yang selesa ?
Berapa banyak saham yang telah anda miliki ?
Berapa syarikat yang anda terajui ?
Berapa jumlah simpanan wang yang ada dalam bank ?
Berapa jumlah hutang yang masih belum dilangsaikan ?
Anda sayang suami / isteri anda ?
Anda sayang anak-anak anda?
Siapa lagi yang anda amat sayang ?

Apa akan terjadi kepada pasangan anda dan anak-anak atau orang tersayang bila anda sudah tiada lagi di dunia ini?
Pernahkah anda memikirkan persoalan ini?
Sudah terfikir, tapi tak tahu nak buat macamana...

InsyaALLAH ada jalan penyelesaian...saya cuma ingin membantu.
Hubungi : AZMAN BIN ISMAIL (Pengurus Kumpulan - PK 046 ) 012-338 0990.
http://www.wasiatku.com/index.asp?AzmanIsmail/PK046

bacalah...luangkan sedikit masa sebagai ilmu pengetahuan yang bermanafaat...


PENGERTIAN WASIAT

Wasiat ialah suatu hasrat atau keinginan yang dizahirkan secara lisan atau bertulis oleh seseorang mengenai hartanya untuk diuruskan selepas berlaku kematiannya.Tetapi wasiat yang dibuat secara lisan adalah terdedah kepada fitnah akibat arahan yang tidak jelas dan boleh dipertikaikan di kalangan ahli waris.

DALIL WASIAT

Wasiat adalah dibenarkan di dalam Islam. Wasiat disyariatkan melalui dalil Al-Quran, Sunnah Nabi s.a.w., amalan sahabat dan ijma' ulama'. Dalam Al-Quran, ALLAH berfirman: (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat oleh simati dan sesudah dibayarkan hutangnya. - Surah Al-Baqarah: 180 Dalam Sunnah, Rasulullah s.a.w. bersabda: / Seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiat disisinya./ - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim Hadis ini menyebut kalimah 'tidak sepatutnya' menunjukkan bahawa langkah persediaan perlu diambil oleh setiap seorang Muslim dengan menulis wasiatnya kerana dia tidak mengetahui bila ajalnya akan tiba. Kemungkinan kelalaiannya akan mengakibatkan segala hajatnya tergendala dan tidak terlaksana. Rasulullah s.a.w. turut besabda: Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat. - Hadis riwayat Ibnu Majah Sabda Rasulullah s.a.w. lagi: /Sesiapa yang meninggal dunia dengan meninggalkan wasiat maka dia mati di atas jalan Islam dan mengikut sunnah. Dia mati dalam keadaan bertaqwa, bersyahadah dan dalam keadaan diampunkan. / - Hadis riwayat Ibnu Majah

TIGA SEBAB MENGAPA ANDA PERLU MEMILIKI DOKUMEN WASIAT

Terdapat begitu banyak sebab mengapa anda perlu memiliki dokumen wasiat, namun terdapat tiga sebab utama yang seharusnya diberi perhatian berat khususnya bagi seseorang Muslim Mukmin.

1. MEMPERCEPAT PROSES PENYELESAIAN PUSAKA

Apabila berlaku kematian, sebahagian besar harta-harta simati akan dibekukan. Dengan memiliki dokumen wasiat, proses untuk mendapatkan Geran Probet (surat kuasa untuk mentadbir pusaka) oleh wasi yang telah dinamakan di dalam wasiat lebih mudah dan cepat. Lebih lengkap dokumen wasiat (seperti penyenaraian harta, hutang, harta sepencarian dsbnya) maka lebih cepat proses pentadbiran harta pusaka dapat diselesaikan. Secara umumnya, tempoh penyelesaian pusaka dengan adanya wasiat ialah di antara 4 – 12 bulan berbanding di antara 2 – 5 tahun (atau lebih) tanpa dokumen wasiat. Lebih lama proses penyelesaian, maka selama itulah juga kesengsaraan yang akan dirasai oleh waris-waris yang kita tinggalkan.

2. MELUNASKAN HUTANG DAN TANGGUNGAN

Pada zaman ini, boleh dikatakan sebahagian besar daripada kita berhutang, ada yang banyak, ada yang sedikit. Berhutang atau meminjam untuk keperluan adalah dibenarkan dalam Islam, namun Islam turut menekankan dengan tegas mengenai tanggungjawab untuk membayar hutang, walaupun selepas kematian. Antara peringatan yang disabdakan oleh Rasulullah saw: / Sesungguhnya orang yang berhutang terpenjara di kuburnya sehingga hutang tersebut diselesaikan (oleh saudara-maranya)./ - Hadis riwayat At-Tabrani. Malah tidak terkecuali bagi mereka yang mati syahid sepertimana sabda Rasulullah s.a.w.: Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang. - Hadis riwayat Muslim. Oleh itu, salah satu daripada keperluan dokumen wasiat ialah untuk anda menyenaraikan dengan lengkap segala jenis harta dan tanggungan hutang anda supaya dapat diuruskan dengan licin dan sempurna oleh waris-waris anda. Ini bermakna dokumen wasiat merupakan satu dokumen yang teramat penting untuk anda miliki kerana dokumen wasiat inilah yang akan menjadi sumber rujukan utama mengenai harta dan tanggungan anda selepas ketiadaan anda kelak.

3. MENYEMPURNAKAN HAK DAN HASRAT
- untuk yang tersayang (yang masih hidup selepas kematian anda)
- untuk diri anda (yang pasti akan mati!)

a) Menyempurnakan HAK (waris yang ditinggalkan) Menurut Islam, selepas kematian seseorang Muslim, maka wujudlah hak-hak tertentu ke atas harta yang ditinggalkannya. Hak-hak tersebut telahpun ditentukan sendiri oleh ALLAH secara khusus di bawah hukum faraid. Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya adalah WAJIB untuk ditunaikan, dan FARDHU KIFAYAH kepada umat Islam (khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya.

b) Menyempurnakan HASRAT (pahala berkekalan) Di samping hak-hak yang memang telah termaktub dalam hukum, kita juga boleh menyempurnakan hasrat dan niat murni kita yang lain khususnya untuk TUJUAN KEBAJIKAN. Melalui wasiat, hasrat untuk membantu atau membela mereka yang tidak mendapat bahagian faraid dapat ditunaikan seperti waris terdinding, cucu yang kematian ayah, anak angkat, ibu bapa angkat, ahli keluarga asal muallaf yang masih tidak beragama Islam dan sebagainya (terhad 1/3 daripada pusaka bersih). Begitu juga niat untuk menginfaqkan harta melalui amalan sedekah jariah dan berwaqaf untuk manfaat ummah dan ganjaran pahala yang berkekalan sebagaimana sabda Rasulullah saw: / Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya./ - Hadis riwayat Muslim

TAHUKAH ANDA?

Wasiat Boleh:
1. Menghalang Pembekuan Harta Pusaka.

2. Mempercepatkan Proses Penyelesaian Pusaka.

Faedah Lain:
Perlantikan AmanahRaya sebagai Wasi dan pemegang Amanah.
Menjamin Penyempurnaan Tanggungan Pusaka - Hutang (Allah & Manusia), Zakat, Haji, Nazar dll.
Mengelak Penyelewengan & Persengketaan Ahli-Ahli Waris.
Membela Mereka Yang Memerlukan seperti Waris Yang Terhalang, Anak Angkat, Mereka Yang Anda Sayangi Tetapi Tiada Dalam Senarai Penerima Faraid.
Beramal Jariah Melalui Wakaf Harta.
Melaksanakan Perancangan Pewarisan Perniagaan.
Dan Banyak Lagi...

SILA LAWAT : http://karindangan.webs.com/produkwarisanmukmin.htm
 
Sponsored Post

masida

Fun Poster
Joined
Aug 2, 2007
Messages
517
Reaction score
46
Points
20
Info yg bagus ni...
Aku ada kemusykilan...
Jika ada yg meninggal tp xsempat buat wasiat tu camner yer?
 

pijoe

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Jun 11, 2008
Messages
13,358
Reaction score
1,281
Points
231
epf aku atas nama ex gf aku....tak tukar nama lagik.....
 

pijoe

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Jun 11, 2008
Messages
13,358
Reaction score
1,281
Points
231
Info yg bagus ni...
Aku ada kemusykilan...
Jika ada yg meninggal tp xsempat buat wasiat tu camner yer?
amanah raya akan selesaikan......
 

gulakucup

Active Member
Joined
Jun 11, 2008
Messages
1,299
Reaction score
0
Points
20
epf aku atas nama ex gf aku....tak tukar nama lagik.....
ex gf tu hanya sebagai penama atau pemegang amanah jer...dia tak boleh belanjakan wang berkenaan...harus pulangkan semula kepada waris untuk di bahagikan ikut faraid.
 

gulakucup

Active Member
Joined
Jun 11, 2008
Messages
1,299
Reaction score
0
Points
20
amanah raya akan selesaikan......
amanahraya akan selesaikan...sekiranya kita melantik amanahraya sebagai pemegang amanah...kalau tidak...akan timbul masalah tentang pembahagian harta kelak.
 

gulakucup

Active Member
Joined
Jun 11, 2008
Messages
1,299
Reaction score
0
Points
20
info yg bagus ni...
Aku ada kemusykilan...
Jika ada yg meninggal tp xsempat buat wasiat tu camner yer?
jika tak sempat buat wasiat harta akan dibahagikan mengikut hukum faraid...tetapi setelah semua maklumat tentang harta kita dijumlahkan dan di'bersihkan'...disinilah masalah akan timbul dan akan memakan masa yang terlalu lama.
 

ikscentre

Super Active Member
Joined
Jun 14, 2008
Messages
7,905
Reaction score
1
Points
65
terima kasih ats info.. sangat2 berguna.. :)
 
Sponsored Post
Top
Log in Register