BTC USD 28,467.8 Gold USD 1,977.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mida tidak pernah diskriminasi P Pinang

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

MIDA


LEMBAGA Pembangunan Pelaburan Malaysia(Mida) tidak pernah mendiskriminasi mana-mana negeri dalam usaha untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan termasuk Pulau Pinang, kata Timbalan Ketua Eksekutifnya Datuk Phang Ah Tong.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa bersikap adil dalam menggalakkan pelaburan dan meluluskan geran atau insentif.

Kerajaan telah melancarkan Dana Strategik Pelaburan Domestik (DISF)bagi syarikat-syarikat Malaysia pada Julai 2012 dan syarikat-syarikat dari Pulau Pinang menerima 38 projek bernilai RM201 juta, daripada 118 projek yang diluluskan bernilai RM550 juta.

"Pulau Pinang masih kekal sebagai salah satu destinasi pelaburan terbaik di negara ini bagi pelabur asing terutama untuk industri elektronik, peralatan perubatan, jentera dan kelengkapan," katanya kepada pemberita pada seminar mengenai "Peluang Pelaburan dalam Sektor Perkhidmatan" di sini hari ini.

Phang berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang mendakwa bahawa kerajaan Persekutuan dan Mida telah berhenti mempromosikan pelabur ke negeri ini sepanjang tahun lepas.

Beliau juga mempersoalkan dakwaan kerajaan Pulau Pinang yang kononnya Mida tidak menjalankan promosi secukupnya bagi negeri itu yang menarik pelaburan sebanyak RM4.6 bilion dari Januari hingga Julai 2014, meningkat 15 peratus, berbanding keseluruhan tahun lepas.

"Pulau Pinang menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding purata negara, memandangkan jumlah pelaburan yang diluluskan untuk Malaysia bagi tempoh Januari hingga Julai adalah hanya RM53 bilion tahun ini berbanding RM52 bilion pada 2013," katanya. - Bernama
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register