BTC USD 42,241.5 Gold USD 1,749.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Microsoft Teams Kepada 75 Juta Pengguna Sehari

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,820
Reaction score
4,168
Points
236
Microsoft Teams Memperlihatkan Peningkatan Jumlah Kepada 75 Juta Pengguna Sehari;

Sejak ia diperkenalkan untuk pengguna umum melalui Microsoft 365, perisian kolaborasi dan produktiviti Microsoft Teams telah memperlihatkan peningkatan jumlah pengguna yang cukup pesat sekali dalam masa sebulan.

Didalam laporan pendapatan suku ketiga tahun kewangan 2020 mereka, Microsoft mengatakan bahawa penggunaan Microsoft Teams telah meningkat sebanyak 70 peratus daripada 44 juta pengguna sehari kepada 75 juta pengguna sehari dalam masa sebulan sejak 22 Mac.

Peningkatan penggunaan perisian ini boleh dikatakan disebabkan oleh wabak COVID-19 yang sedang menular di seluruh dunia, khususnya Amerika Syarikat. Bukan itu sahaja, jumlah pelanggan perisian Office 365 ataupun Microsoft 365 seperti apa ia dikenali sekarang juga berada di sekitar 258 juta pengguna.

Dengan Microsoft Teams, ia memudahkan proses kolaborasi dan kerjasama dalam perusahaan. Ia diintegrasikan bersama pelbagai penawaran Microsoft Office 365 termasuk Skype dan lain-lain.

Sumber rujukan https://www.theverge.com/2020/4/29/21241972/microsoft-teams-75-million-daily-active-users-stats
 
Last edited:
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,820
Reaction score
4,168
Points
236
^^ Skype milik Microsoft sekarang, diorang beli sebab nak jatuhkan Skype dan wujudkan Teams sebagai pengganti :)
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,820
Reaction score
4,168
Points
236
Microsoft Teams Akan Menyokong Telesidang Sehingga 250 Orang

Satu ciri pada aplikasi yang sebelum ini tidak dianggap penting ialah sokongan melakukan panggilan video dengan ramai pengguna serentak. Ini adalah faktor yang menyebabkan Zoom menjadi pilihan ramai sepanjang tempoh PKP kerana ia boleh menyokong sehingga 500 pengguna. Bagi memberikan persaingan, Microsoft Teams kelak akan dikemaskini untuk menyokong sehingga 250 orang dalam telesidang secara serentak.

Sebelum ini Teams hanya menyokong sehingga 100 pengguna secara serentak. Kemas kini ini dijangka diberikan menjelang pertengahan bulan ini. Kesemua ciri baharu ini diperkenalkan bagi memenuhi keperluan lebih 75 juta pengguna mereka yang melonjak naik sejak penularan wabak koronavirus. Sekiranya anda pengguna aplikasi telesidang, apakah ciri yang paling penting ataupun yang masih tidak wujud tetapi amat anda perlukan sekarang?

Sumber asal https://www.neowin.net/news/microso...-group-chat-participant-limit-in-teams-to-250
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,820
Reaction score
4,168
Points
236
Microsoft Teams - Jumlah Peserta Telesidang Sekaligus Ke 300 Orang

Perisian kolaborasi dan telesidang berkumpulan memperlihatkan peningkatan penggunaan di seluruh dunia akibat wabak COVID-19. Perisian-perisian seperti Google Hangouts, Microsoft Teams dan Zoom dilihat memperkenalkan ciri-ciri baru dengan kadar yang sangat pantas.

Microsoft Teams merupakan salah satu perisian kolaborasi yang lebih banyak digunakan oleh syarikat-syarikat korporat kerana platform yang lebih memfokuskan kepada penggunaan profesional dan korporat.

Pihak Microsoft baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka telah menambah jumlah peserta telesidang Microsoft Teams kepada 300 peserta sekaligus, menjadikannya platform telesidang yang mampu memuatkan jumlah peserta terbanyak setakat ini.

Dalam pada itu, Microsoft juga akan mengemaskini Teams untuk menambahkan grid panggilan telesidang ke 7×7 untuk membolehkan 49 orang dilihat pada satu skrin sekaligus.


Sumber asal https://www.windowscentral.com/microsoft-teams-meeting-limit-increases-300-participants
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,820
Reaction score
4,168
Points
236
Microsoft Teams Untuk Kegunaan Peribadi Di Lancarkan

Semasa pandemik, Microsoft Teams ialah antara aplikasi telesidang pilihan di pejabat kerana mampu menyokong sehingga 300 pengguna. Dengan jumlah peserta yang tinggi, ia turut digunakan oleh NBA untuk membolehkan penonton hadir secara masa di stadium. Kini Microsoft Teams untuk kegunaan peribadi pula diperkenalkan.

Microsoft-teams-Personal-C-950x845.jpg.webp

Microsoft Teams untuk kegunaan peribadi ini boleh digunakan secara percuma dan turut menyokong sehingga 300 peserta. Menerusinya perbincangan boleh dilakukan secara atas talian dengan ahli keluarga, berkongsi fail, kalendar, senarai dan banyak lagi.

Sepanjang pandemik ini, Microsoft turut membenarkan pengguna melakukan panggilan video selama 24 jam tanpa henti. Ia kemudiannya akan dihadkan ke 1 jam sehari untuk panggilan berkumpulan tetapi panggilan video antara dua individu akan kekal percuma selama 24 jam sehari.

mIcrosoft-teams-Together-Mode-A-950x575.jpg.webp

Ciri yang paling relevan sekarang kerana kita masih berhari raya ialah Together Mode yang membolehkan kesemua peserta panggilan video dipaparkan seperti duduk semeja. Ia sedikit sebanyak membolehkan keluarga berkumpul secara maya tanpa melanggar SOP seperti golongan selebriti tempatan. Microsoft Teams untuk kegunaan peribadi boleh digunakan di platform Android, iOS, aplikasi desktop dan aplikasi web bermula hari ini.

Sumber asal https://www.microsoft.com/en-us/mic...friends-together-to-call-chat-and-make-plans/
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register