BTC USD 49,193.7 Gold USD 1,782.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Microsoft Tarik Keluar Kemaskini Keselamatan Windows 10 - KB4524244

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,493
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,493
Reaction score
4,298
Points
236
Jika anda ada memasangnya, sila buang segera dari sistem Windows komputer anda.

Kemas kini keselamatan Windows 10 KB4524244 yang dilepaskan Microsoft pada 11 Februari lalu telah ditarik keluar dari ditawarkan kepada pengguna hari ini.

Ia berikutan kemas kini tersebut didapati telah menyebabkan sistem komputer Windows 10 pengguna tergantung sepenuhnya, isu pemasangan dan isu boot ke dalam sistem Windows.

Isu tersebut telah disahkan sendiri oleh Microsoft hari ini.

You might encounter issues trying to install or after installing KB4524244. …the standalone security update (KB4524244) has been removed and will not re-offered from Windows Update, Windows Server Update Services (WSUS) or Microsoft Update Catalog.Microsoft.

Versi Windows 10 yang terjejas pula adalah Windows 10 1909, Windows 10 1903, Windows 10 1809, Windows 10 1803, Windows 10 1709, Windows 10 1703 dan Windows 10 1607.

Termasuklah juga versi Windows Server 1909, Windows Server 1903, Windows Server 1809, Windows Server 2019, Windows Server 1803, Windows Server 1709, Windows Server 2016, Windows Server 2012 R2 dan Windows Server 2012.

Kemas kini keselamatan Windows 10 KB4524244 adalah kemas kini pilihan yang ditawarkan kepada pengguna.

Jadi kepada pengguna yang ada memasang kemas kini tersebut, mereka dinasihatkan supaya membuangnya dari komputer mereka.

Microsoft memaklumkan pihak mereka akan melepaskan kemas kini keselamatan yang ditambah baik pada masa akan datang.

We are working on an improved version of this update in coordination with our partners and will release it in a future update.” Microsoft.

Screenshot-2307.jpg


Sumber rujukan https://metro.co.uk/2020/02/18/micr...ecurity-patch-deletes-peoples-files-12255024/
 
Sponsored Post

kiddd2

CG Top Poster Club
Messages
23,591
Joined
Jun 7, 2011
Messages
23,591
Reaction score
2,977
Points
201
suka suki je update windows user..

bila nak pakai segera, masa tu laa dia nak update..
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,493
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,493
Reaction score
4,298
Points
236
nasib baik masih guna Windows 7 .. dah habis kesemua update terkini tu saya tembak masuk dalam :D
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,493
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,493
Reaction score
4,298
Points
236
Kemaskini Windows 10 KB5005033 Sebabkan Masalah Kepada Prestasi Komputer

Pada awal Julai lalu, Microsoft telah pun melepaskan kemas kini kritikal bagi pelbagai versi sistem operasi Windows berikutan berlakunya kecacatan keselamatan yang dikenali sebagai "PrintNightmare" di mana ia akan membolehkan penggodam mengambil alih kawalan ke atas sistem komputer secara kawalan jauh. Walaubagaimanapun, kemas kini tersebut gagal memperbetulkan isu keselamatan sistem Windows.

Selepas lebih sebulan isu itu masih belum diselesaikan, akhirnya Microsoft menawarkan kemas kini bagi menangani isu keselamatan itu menerusi kemas kini Windows 10 KB5005033. Walaubagaimanapun tidak lama selepas ditawarkan, kini pengguna Windows 10 mengadu berlaku pula masalah prestasi ke atas komputer mereka khususnya apabila bermain permainan komputer selepas memasang kemas kini tersebut. Tetapi ada juga pengguna yang mendakwa berlaku isu presati ketika memainkan video, sistem tergantung sepenuhnya, isu audio dan kegagalan sambungan rangkaian.

Setakat ini pihak Microsoft belum respon terhadap isu yang diadukan. Jadi bagaimana pula dengan pengguna Windows 10 yang lain? Adakah komputer anda juga mengalami isu yang sama selepas mengemas kini sistem Windows 10 baru-baru ini?

Sumber asal https://support.microsoft.com/en-us...043-1165-b4c77d08-435a-4833-b9f7-e092372079a4
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register