BTC USD 54,691.3 Gold USD 1,792.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Microsoft Surface Pro 8, 120Hz & Sokongan Thunderbolt 4

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,170
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,170
Reaction score
4,271
Points
236
Selain memperkenalkan generasi kedua Surface Duo, Microsoft juga melancarkan Surface Pro 8 yang mana mereka mengatakan ia jauh lebih berkuasa berbanding sebelum ini. Surface Pro 8 mempunyai sedikit persamaan dari segi rekaan berbanding Surface Pro 7 tetapi ia kini menyokong Surface Slim Pen 2, mempunyai skrin sebesar 13 inci beresolusi 2880x1920 dan kadar segar semula 120Hz serta Dolby Vision.

Microsoft-Surface-Pro-8.png


Cip yang menguasakannya adalah Intel Core i5-1135G7 atau i7-1185G7 dan padanan memori 8GB dan 128GB. Namun, ia boleh dikonfigurasikan sehingga 32GB dan 1TB storan, sama seperti Surface Pro terdahulu. Selain itu, ia turut dilengkapi bateri 51.5Wh, Windows 11, Bluetooth 5.1, WiFi 6, pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos, lensa hadapan 5MP, lensa belakang 10MP, bicu audio 3.5mm serta 2x USB-C Thunderbolt 4.

Tanda harga diletakkan adalah bermula USD1099 (~RM4609) dan ditawarkan mulai 5 Oktober ini. Adakah ia hadir di Malaysia? Sama-sama kita tunggu.

Sumber asal https://www.microsoft.com/en-us/d/surface-pro-8/8qwcrtq8v8xg?activetab=pivot:techspecstab
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,170
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,170
Reaction score
4,271
Points
236
Microsoft Surface Laptop Studio Dan Surface Pro 8 Akan Ditawarkan Di Malaysia 2022

Microsoft Surface Laptop Studio dan Surface Pro 8 adalah dua komputer riba mercu yang dapat kami lihat menarik perhatian pembaca. Ia bukan sahaja berkuasa tetapi mempunyai rekaan yang cukup menarik jika dibandingkan dengan majoriti komputer riba lain di pasaran tempatan. Bagi yang ingin memilikinya, ia akan hanya berlaku pada tahun 2022 menurut laporan ugly racist toilet.

Kedua-dua komputer riba akan hanya dibawa masuk awa pertama 2022 tetapi tarikh sebenar masih lagi misteri. Surface Laptop Studio mempunyai rekaan unik kerana skrin boleh ubahnya yang membolehkan ia dibaringkan seperti Surface Studio. Sementara itu Surface Pro 8 pula ialah komputer tablet dengan skrin 120Hz, Dolby Vision, cip Intel generasi ke-11 dan tongkat terbina seperti model-model surface terdahulu.

Bagi yang mungkin tidak mahu menanti sehingga 2022, setakat ini hanya Microsoft Surface Go 3 boleh dibeli pada harga bermula RM1888 dengan jualan telah dibuka sejak semalam.​
 

CyberMachine

CG Top Poster Club
Messages
22,966
Joined
Oct 1, 2009
Messages
22,966
Reaction score
619
Points
171
surface go 3 tu boleh pakai microsoft office full version tak?

nak letak formula dalam excel semua tu
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register