BTC USD 49,262.8 Gold USD 1,784.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Microsoft Lanjutkan Sokongan Untuk Pengguna Windows 10

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,493
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,493
Reaction score
4,298
Points
236
Microsoft Akan Sokong Windows 10 Hanya Untuk Tempoh 4 Tahun Sahaja Lagi

Windows 10 mula ditawarkan kepada para pengguna komputer di seluruh dunia pada tahun 2015 dahulu. Kini selepas 6 tahun, Microsoft nampaknya mungkin sudah bersedia untuk menamatkan sistem operasi tersebut. Menerusi semakan dokumentasi Microsoft, mereka memaparkan secara rasmi tarikh bagi penamatan sistem operasi Windows 10 adalah pada 14 Oktober 2025.

Ia melibatkan edisi sistem operasi Windows 10 Home, Pro, Pro Education dan juga Pro for Workstations. Ini bermakna, selepas daripada tarikh tersebut, Microsoft tidak lagi akan menyokong sistem Windows 10 dengan sebarang kemas kini.

Screenshot-2021-06-14-at-22.04.51.jpg

Langkah yang diambil Microsoft ini tidak mengejutkan kerana mereka dijadualkan akan melancarkan versi terbaru sistem Windows dalam bulan ini. Jadi, dengan pemberitahuan ini maka para pengguna Windows 10 yang dianggarkan sekitar 1.3 bilion pengguna aktif akan dapat beralih kepada sistem Windows terbaru nanti dalam tempoh 4 tahun ini.

Microsoft akan memperkenalkan versi Windows 11 pada 24 Jun ini.

Sumber asal Microsoft
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,493
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,493
Reaction score
4,298
Points
236
Microsoft Umum Kemaskini Windows 10 Akan Datang - Windows 10 21H2

Walaupun telah mengumumkan sistem operasi Windows 11 baharu yang bakal menyusul, pihak Microsoft masih belum melupakan Windows 10 sedia ada. Terbaru, mengikut jadual pembangunan biasa, Microsoft telah pun mengumumkan kemaskini Windows 10 akan datang, iaitu Windows 10 21H2.

Windows 10 21H2 akan menambah beberapa ciri memfokuskan kepada produktiviti dan juga sekuriti.

Salah satunya adalah sokongan piawiaan WPA3 H2E untuk sekuriti WiFi yang lebih baik. Disamping itu, ia turut akan menawarkan sokongan Windows Hello untuk Perniagaan, selain sokongan GPU untuk WSL (Windows Subsytem for Linux). Microsoft turut mengatakan bagi mereka yang menggunakan peranti tahun 2004 dan terkini, Windows 10 21H2 ini akan menawarkan pengalaman pemasangan yang lebih pantas.

Kemaskini baharu ini dijangka akan diterima lebih 1.3 bilion peranti aktif Windows 10 seluruh dunia secara berperingkat pada pertengahan kedua 2021 ini.

1626790783430.png
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register