Microsoft Lanjutkan Sokongan Untuk Pengguna Windows 10

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Semalam Microsoft mengumumkan bahawa mereka akan melanjutkan sokongan ke atas versi sistem operasi komputer Windows 10 1709.

Walaubagaimanapun, ia hanya terhad untuk versi Windows 10 1709 Enterprise dan Education sahaja. Sokongan terhadap kedua-dua versi Windows tersebut sepatutnya dijadualkan akan berakhir pada 14 April 2020 nanti.

Microsoft memaklumkan bahawa mereka akan melanjutkan selama 6 bulan lagi sokongan ke atas versi Windows 10 1709 Enterprise dan Education. Menjadikan ia akan ditamatkan sokongan sepenuhnya pada 13 Oktober 2020 nanti.

Bermakna dalam sepanjang tempoh tersebut, peranti yang menggunakan versi sistem operasi tersebut akan menerima kemas kini bulanan sehingga Oktober nanti. Perubahan itu dibuat selepas mengambil kira keadaan semasa ketika ini yang berpunca daripada penularan wabak Covid-19.

We have been evaluating the public health situation, and we understand the impact this is having on you, our valued customers. To ease one of the many burdens you are currently facing, and based on customer feedback, we have decided to delay the scheduled end of service date for the Enterprise, Education, and IoT Enterprise editions of Windows 10, version 1709. This means devices will receive monthly security updates only from May to October. The final security update for these editions of Windows 10, version 1709 will be released on October 13, 2020 instead of April 14, 2020.” Microsoft.

Walaubagaimanapun, Microsoft amat mengesyorkan pengguna mereka supaya menaik taraf versi Windows 10 mereka kepada versi Windows 10 1809 atau yang terbaru.



Sumber asal https://www.ghacks.net/2020/03/20/m...-version-1709-support-because-of-coronavirus/
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Kemaskini May 2020 Untuk Windows 10 Akan Tiba Pada Penghujung Bulan Ini

Kemaskini besar May 2020 untuk sistem operasi Windows 10 akan diperkenalkan pada penghujung bulan ini, dan ia nampaknya akan memperkenalkan beberapa penambahbaikan kepada ciri-ciri sedia ada yang cukup penting.

Kemaskini terbesar yang akan diperkenalkan semestinya pembantu digital Cortana, dimana ia akan tiba sebagai sebuah aplikasi kendiri, dan boleh dialihkan daripada taskbar sepenuhnya. Microsoft juga telah mengemaskini arahan suara untuk aplikasi-aplikasi Email dan juga Calendar, dimana Cortana boleh digunakan untuk menghantar emel mudah ataupun mencipta dan menyemak temu janji.

Microsoft sebelum ini telah memperkenalkan papan kekunci digital khusus untuk ikon emoji. Papan kekunci tersebut bakal dikemaskini untuk memuatkan kaomoji, ataupun ekspresi menggunakan aksara digital yang dipopularkan oleh pengguna internet di Jepun.

Desktop maya adalah ciri yang diperkenalkan sejak versi pertama Windows 10, tetapi pengguna akhirnya boleh menamakan desktop-desktop tersebut untuk memudahkan pengguna untuk membezakannya.

Dengan kemaskini ini, pengguna juga boleh memilih untuk mengaktifkan aplikasi Universal Windows Platform apabila log masuk kedalam sistem operasi selepas komputer dihidupkan.

Bagi mereka yang sering menyambungkan peranti Bluetooth kepada komputer mereka, Windows 10 kini akan mengeluarkan notifikasi bahawa peranti boleh disambungkan kepada komputer, dan pengguna tidak lagi perlu memasuki menu tetapan Bluetooth untuk menyambungkan peranti.

Untuk mereka yang menggunakan peranti 2-dalam-1, kemaskini May 2020 ini membolehkan anda terus menggunakan peranti dalam mod desktop yang dioptimasikan untuk kegunaan sesentuh apabila bahagian papan kekunci ditanggalkan.

Menurut beberapa laporan, kemaskini ini akan tiba untuk pengguna-pengguna sistem operasi pada penghujung bulan ini, dimana sokongan untuk sistem operasi versi October 2018 akan ditamatkan.

Screenshot-65.jpg


Sumber asal https://www.theverge.com/2020/5/4/2...ens-windows-usage-demand-coronavirus-pandemic
 

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,328
Reaction score
283
Points
131
aku biarkan auto update sehingga latest 1909..senang..
tapi itu laa klu guna hardware lama, munkin kene tukar baru utk sokong sistem yg terbaru..
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Windows 10 May 2020 Update Kini Sedia Dimuat-Turun

Microsoft kini telah pun mula menawarkan kemaskini terbaru Windows 10 kepada semua pengguna seluruh dunia, iaitu Windows 10 May 2020 Update. Kemaskini ini ditawarkan secara percuma kepada semua pengguna Windows 10 seluruh dunia.

Kemaskini baru ini menyertakan penambah-baikkan sekuriti, selain beberapa ciri baru, termasuk fungsi Cortana yang ditambah-baik, akses carian pantas untuk beberapa terma popular, sokongan papan kekunci Kaomoji, kebolehan menamakan semula desktop maya, dan ciri-ciri DirectX 12 Ultimate baru.

Untuk anda yang menggunakan Windows 10, boleh memuat-turun versi terkini sistem operasi ini dengan ke Settings > Update & Security > Windows Update, dan seterusnya memilih Check For Updates.

 

imatheonlyone

Legendary Member
Joined
Mar 11, 2009
Messages
13,298
Reaction score
484
Points
141
macam mana nak tau versi windows 10 apa yang kita guna ya
 

kiddd2

CG Top Poster Club
Joined
Jun 7, 2011
Messages
23,585
Reaction score
2,971
Points
201
version pirate mmg xdapat laa update..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register