Microsoft Hadir Dengan Surface Laptop Go Dengan Skrin 12.4-inci

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,700
Reaction score
3,774
Points
236
Microsoft sebelum ini telah hadir dengan Surface Laptop Go, iaitu komputer riba pada harga lebih mampu-milik berbanding penawaran komputer riba Surface Laptop yang sedikit mahal.

Surface Laptop Go hadir dengan skrin 12.4-inci pada resolusi 1536×1024 pixel, serta dijana cip pemprosesan Intel Core i5 generasi ke-10. Ini sekaligus membolehkan komputer riba ini menawarkan prestasi lebih tinggi berbanding Surface Go sebelum ini.

Ia turut hadir dengan penawaran memori sehingga 8GB RAM, selain storan 128GB SSD. Melengkapkan ia juga adalah sebuah kamera web 720p, serta pengimbas cap jari untuk sekuriti.

Buat masa ini, harga jualan tempatan untuk komputer riba terbaru Microsoft ini masih tidak diketahui lagi.

 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,700
Reaction score
3,774
Points
236
Microsoft Surface Laptop Go - Harga Permulaan RM2,758

Sebelum ini kami ada melaporkan bahawa Microsoft Malaysia akan membawa masuk komputer riba terbaru mereka, iaitu Microsoft Surface Laptop Go, iaitu variasi lebih padat kepada siri komputer riba Microsoft Surface Laptop mereka sebelum ini.

Surface-Laptop-Go-950x534.jpg

Komputer riba ini hadir dengan paparan bersaiz 12.4-inci PixelSense dengan sokongan skrin sentuh, dilengkapi butang kuasa yang menyertakan pengimbas cap jari, integrasi Windows Hello, dijana cip Intel Core i5, dan pilihan memori sehingga 16GB dan storan 256GB. Di Malaysia, Surface Laptop Go ini hanya ditawarkan dalam pilihan Platinum sahaja, dan dikatakan menawarkan kuasa penggunaan sehingga 13 jam lamanya. Tanda harga untuk model-model Surface Laptop Go ini sudahpun diperlihatkan sebelum ini, seperti berikut:

Surface-Laptop-Go-Price.png

Jika anda berminat untuk mendapatkan komputer riba Surface Laptop Go ini, anda boleh mendapatinya melalui pelbagai kedai fizikal dan atas talian seperti Thundermatch Technologies, Harvey Norman ataupun kedai atas talian Microsoft Malaysia di Shopee.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register