BTC USD 48,735.3 Gold USD 1,843.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Microsoft Di Laporkan Akan Ubah Antaramuka Windows 10 Pada Tahun 2021

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
27,615
Reaction score
3,922
Points
236
Kemaskini Windows 10 Perlihatkan Perubahan Ketara Kepada Rekaan Antaramuka

Sebelum ini kami ada melaporkan bahawa Microsoft telah mula memperlihatkan rekaan ikon baru pada sistem operasi Windows 10 melalui program Windows Insider mereka. Ia memperlihatkan ikon File Explorer yang baru, termasuklah rekaan storan dan juga Recycle Bin yang dikemaskini.

Terkini, Microsoft dikatakan akan mengemaskini sejumlah rekaan ikon-ikon dan juga rekaan antaramuka Windows 10 melalui Project Sun Valley, iaitu kod nama kepada projek penaiktarafan antaramuka Windows 10 pada versi akan datang.

Windows-Shell32-icons.jpg.webp

Ikon-ikon baru ini adalah seperti ikon shell32 yang tidak pernah diubahsuai sejak era Windows 95, dan dengan ini, walaupun ikonnya masih lagi menggunakan motif yang sama, rekaannya jauh lebih moden berbanding apa yang dilihat sebelum ini.

Laporan Windows Latest mengatakan bahawa Microsoft akan memperkenalkan pembaharuan antaramuka ini pada kemaskini Windows 10 sekitar bulan Oktober dan November kelak, dan perubahan terbesar yang akan dilihat oleh pengguna ialah ikon-ikon untuk perisian dan aplikasi terbina yang digunakan sejak era sistem operasi Windows 95.

Microsoft juga dilihat mungkin akan memperkenalkan fungsi Dark Mode menyeluruh yang akan menggelapkan semua antaramuka sistem operasi, dan bukan sahaja sebahagian daripada antaramuka seperti apa yang ditawarkan sekarang.

Ia juga dikatakan bahawa apabila kemaskini dengan penambahbaikan Project Sun Valley ini diperkenalkan, antaramuka Windows 10 akan kelihatan agak berbeza berbanding dengan apa yang kita ketahui sekarang.

Sumber asal https://www.windowslatest.com/2021/...alley-update-also-refreshes-icons-in-shell32/
 
Sponsored Post
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register