BTC USD 48,936.9 Gold USD 1,843.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Microsoft Di Laporkan Akan Ubah Antaramuka Windows 10 Pada Tahun 2021

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
27,612
Reaction score
3,922
Points
236
Pada telefon pintar, perubahan antaramuka dilakukan setiap beberapa tahun selari dengan rekaan peranti yang turut berubah dengan mendadak mengikut peredaran zaman. Namun begitu pada sistem operasi komputer, ia hanya dilalukan dengan pengenalan versi terkini yang dilakukan sekitar tiga tahun sekali. Windows 10 kini sudah berusia lima tahun dan menurut Windows Central, Microsoft akan merombak antaramukanya pada tahun 2021.

Kemaskini antaramuka ini diletakkan di bawah Project Sun Valley yang menyasarkan perubahan pada tab Start, File Explorer dan Action Center. Perubahan dilakukan supaya ia akan lebih selari dengan rekaan yang digunakan pada Windows 10X. Perubahan juga dilakukan pada mod tablet untuk memudahkan lagi penggunaan skrin sesentuh.

Pembangunan Sun Valley dijangka tamat sekitar Jun 2021 dengan versi akhir akan diberikan kepada pengguna menjelang penghujung 2021.

Screenshot-3076.jpg


Sumber asal https://www.windowscentral.com/windows-10-sun-valley-ui-october-2021-update
 
Last edited:
Sponsored Post

jagajaga

Active Member
Joined
Jul 7, 2009
Messages
1,504
Reaction score
103
Points
43
Artikel2 yg tuan letak ni sendiri translate ke
 

matramlee

Active+ Member
Joined
Apr 6, 2012
Messages
3,235
Reaction score
270
Points
41
Antaramuka...interface rupanya...

Ok jugak tu.. upgrade....
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
27,612
Reaction score
3,922
Points
236
Microsoft Sedang Menjalankan Projek Rahsia Menggunakan Kod Nama "Sun Valley"

Microsoft dilaporkan sedang menjalankan projek khas khusus terhadap sistem operasi Windows 10. Projek yang menggunakan kod nama ‘Sun Valley’ itu didakwa adalah projek merubah secara besar-besaran ke atas antaramuka sistem operasi Windows 10 untuk tahun 2021 nanti.

Antara khabar angin berkaitan projek ‘Sun Valley’ itu adalah Microsoft akan melakukan penambahbaikan pada ciri File Explorer, perubahan pada menu Start serta ciri baru mod Tablet. Jadi dijangkakan projek ‘Sun Valley’ akan memjadi titik tolak kepada perubahan antaramuka sistem Windows 10 yang lebih moden selepas ia diperkenalkan dalam bulan September 2014 dahulu.

Setakat ini, masih belum banyak maklumat didedahkan berkaitan projek ini. Tetapi Microsoft dijangka akan memperkenalkan antaramuka baru Windows 10 pada pertengahan tahun hadapan.

Sumber asal https://www.windowscentral.com/windows-10-sun-valley-ui-october-2021-update
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
27,612
Reaction score
3,922
Points
236
Kemaskini Windows 10 "Sun Valley" Akan Membawa Perubahan Rekaan Antaramuka

Windows 10 tidak dinafikan adalah sistem operasi yang menarik. Konsep yang diperkenalkan pada Windows 8, Windows 8.1 diperbaiki dan diperbaharui pada Windows 10 agar pengalaman penggunaan lebih memuaskan. Tetapi sejak kebelakangan ini, setiap kemaskini Windows 10 tiada perubahan antaramuka yang drastik yang boleh membezakan antara versi Windows 10 lama dan Windows 10 baharu. Sejak dilancarkan pada 2015, hanya beberapa kali sahaja kemaskini antaramuka – itu pun secara kecil-kecilan dan hanya menjadikan ia kelihatan lebih kemas.

Banyak kemaskini Windows 10 memfokuskan kepada pengguna perusahaan. Tetapi kemaskini besar tahun ini, iaitu Sun Valley dilaporkan akan membawakan perubahan antaramuka yang drastik. Perubahan ini akan dilihat pada Start Menu, Action Center, Taskbar, dan aplikasi-aplikasi Windows. Melalui kemaskini ini, sumber menyatakan yang Microsoft ingin menawarkan sistem operasi yang terbaik untuk semua dan bukan kepada golongan tertentu.

Informasi ini diperoleh dari senarai kerja kosong yang Microsoft senaraikan, khusus untuk pasukan yang akan mengubah antaramuka sistem operasi. Menurut sumber, kemaskini Sun Valley untuk Windows 10 masih lagi dalam pembangunan dan dianggarkan versi percubaan akan tiba seawal hujung Februari. Sama-sama kita nantikan.

Antaramuka-Konsep-Windows-10-Microsoft-01-950x499.jpg

Sumber asal https://www.windowslatest.com/2021/01/04/microsoft-teases-big-windows-10-upgrade-with-visual-revamp/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
27,612
Reaction score
3,922
Points
236
Demo Windows 10X Di Perlihat - Seakan Chrome OS Dengan Tema Windows 10

Windows 10X adalah jawapan Microsoft kepada Google Chrome OS dan Apple iPadOS. Ia adalah sistem operasi serba baharu yang dibina dari awal, untuk penggunaan yang lebih ringan sambil mengekalkan elemen Windows 10. Windows 10X juga disasarkan untuk peranti mampu milik dan/atau peranti dengan dwi-skrin atau skrin boleh-lipat.

Baru-baru ini, tangkapan layar Windows 10X untuk skrin pertama telah tertiris. Kini, Windows Central telah dapat mencuba sendiri sistem operasi baharu ini. Berdasarkan video ini, Windows 10X amat mirip dengan Chrome OS dengan sedikit elemen iPadOS. Windows 10X tidak akan dapat menjalankan aplikasi atau perisian legasi .exe, sebaliknya terhad kepada aplikasi dalam Microsoft Store sahaja.

Windows 10X boleh dikatakan adalah iterasi baharu Microsoft untuk Windows RT. Amat jelas Start Menu baharu dan Taskbar ini mengambil inspirasi Chrome OS, aplikasi pengurus fail yang asas seperti Files dalam iOS serta talam notifikasi yang mirip Android. Ia dilihat amat ringkas, mudah digunakan dan sekadar menyelesaikan kerja yang ringkas atau tugasan mudah, mungkin ini akan menjadi sistem operasi pilihan orang ramai.

Menjadi persoalan, adakah akan ada pembangun setia dengan sistem operasi ini dan teruskan pembangunan. Atau terpaksa bergantung kepada perisian pihak pertama, iaitu dari Microsoft sahaja? Sama-sama kita nantikan.

Windows-10X-hands-on-leak-001-950x893.jpg.webp



Sumber asal https://www.windowscentral.com/hands-windows-10x-single-screen-pcs
 

dell

Super Active Member
Joined
Apr 29, 2007
Messages
8,167
Reaction score
98
Points
80
makin lama ..makin mengarut OS

lebih kepada graphic interface

makan banyak power,,ram..HD
 

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,786
Reaction score
408
Points
141
makin lama ..makin mengarut OS

lebih kepada graphic interface

makan banyak power,,ram..HD

tujuan utama nak suruh upgrade PC..
dulu Microsoft penah buat guna Windows Vista tapi x berjaya..
Android sebenarnya guna taktik yg sama juga..
 

alkeysah

Fun Poster
Joined
Apr 21, 2012
Messages
463
Reaction score
38
Points
30
tujuan utama nak suruh upgrade PC..
dulu Microsoft penah buat guna Windows Vista tapi x berjaya..
Android sebenarnya guna taktik yg sama juga..

betul.

OS dgn cip manufacturer selalu berpakat untuk paksa rela end user sentiasa upgrade. baru selalu ada sales.
 

tr4falgar

Super Active Member
Joined
Oct 14, 2012
Messages
6,807
Reaction score
624
Points
126
mai pakat ramai2 guna linux plak 😬
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register