BTC USD 28,499.6 Gold USD 1,964.71
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Michael Learns to Rock kembali dengan "Silent Times"

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
MLTR.jpg

Kumpulan pop/soft rock terkenal, Michael Learns to Rock (MLTR) kembali menemui peminat dengan lagu terbaru berjudul "Silent Times".

Lagu ini merupakan sebahagian album terbaru mereka, "25" yang bakal berada di pasaran tempatan bermula 25 Oktober akan datang.

Terdiri daripada 25 buah lagu dimana 23 daripada adalah merupakan lagu-lagu terkenal kumpulan ini sebelum dan dua lagi adalah lagu baru, album MLTR ini diriliskan bagi meraikan kejayaan mereka sepanjang berkecimpung dalam dunia hiburan selama 25 tahun.

Selain daripada "25", MLTR turut meriliskan semula lima album studio lama mereka pada 4 September lalu iaitu "Michael Learns To Rock" (1991), "Colours" (1993), "Played On Pepper" (1995), "Nothing To Lose" (1997) dan "Blue Night" (2000).

Terkenal dengan lagu-lagu seperti "Paint My Love", "25 Minutes" dan "Take Me To Your Heart", lagu mereka seringkali menjadi pilihan para pengunjung karaoke.

Layari aplikasi Spotify untuk mendengar lagu "Silent Times" secara percuma atau bagi yang ingin mendapatkan lagu tersebut, anda boleh membelinya di iTunes atau kunjungi mana-mana kedai Speedy berdekatan bagi mendapatkan album-album MLTR!

http://www.cari.gold/2014/10/michael-learns-to-rock-kembali-dengan.html
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register