eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR: Orang ramai diminta berwaspada dengan sindiket penipuan didalangi warga asing yang menggunakan kod misteri dipercayai untuk menggodam maklumat peribadi dan mencuri wang di dalam akaun bank mangsa.
Difahamkan, sindiket itu bertindak licik dengan ‘mengklon’ nombor talian tetap milik bank tempatan untuk menghubungi mangsa yang rata-ratanya menetap di sekitar Lembah Klang.
Ahli sindiket yang kurang fasih berbahasa Inggeris itu kemudian memaklumkan kononnya mangsa ada membuat urusan cek bernilai ribuan ringgit dan meminta memberikan nombor akaun bank untuk pemeriksaan lanjut.
Tidak lama kemudian, mangsa diminta menekan tiga ‘kod pelik’ iaitu nombor satu untuk pengesahan, lima untuk pengulangan dan sembilan untuk menyambungkan talian kepada operator bertugas.
Bagaimanapun, sejurus menyedari berlaku percanggahan mengenai butiran akaun diberi mangsa, ahli sindiket itu akan terus memutuskan talian.
Perkara itu didedahkan Ketua Biro Aduan Awam MCA, Datuk Michael Chong yang turut menjadi mangsa sindiket terbabit.
Menurut Chong, dia dan isterinya ada menerima panggilan daripada sindiket terbabit baru-baru ini yang memberitahu mereka ada melakukan urusan cek melalui sebuah bank tempatan bernilai lebih RM3,000.
“Saya amat terkejut apabila mendengar perkara itu sedangkan kami tidak pernah melakukannya apatah lagi memiliki akaun di bank dinyatakan,” katanya.