BTC USD 42,089.0 Gold USD 1,777.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Michael Ang cadang kerajaan jual vaksin RM2,000 untuk golongan kayangan

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
18,134
Reaction score
2,780
Points
201

Michael Ang cadang kerajaan jual vaksin RM2,000 untuk golongan kayangan​

161332004_341953177234219_6319857965268378884_n-e1624090144973.jpg
Michael Ang
PETALING JAYA – Penerbit dan pengarah terkenal, Michael Ang mencadangkan agar kerajaan menjual vaksin pada harga RM2,000 untuk satu dos suntikan kepada golongan kayangan.

Cadangan tersebut diutarakan Michael susulan perancangan kerajaan untuk memberi dua dos vaksin berbeza iaitu Pfizer dan AstraZeneca.

Menurut pengarah drama Love, Elsa itu, wang jualan tersebut boleh digunakan untuk membeli lebih banyak vaksin untuk rakyat biasa.

201585253_3038726542919017_2480027262322954768_n.jpg
HANTARAN Instagram Michael yang mencadangkan vaksin dijual pada harga RM2,000 untuk satu dos kepada golongan kayangan.
“Kepada Khairy Jamaluddin, daripada ada rancangan nak beri dua dos vaksin berlainan semata-mata melayan kehendak golongan kayangan, apa kata jual saja pada harga RM2,000 untuk satu suntikan.

“Biar mereka pilih jenis vaksin yang diinginkan. Selepas itu, duit jualan tersebut salurkan kepada yang memerlukan dan kuota vaksin yang mereka tak mahu berikan kepada orang lain. Pandai tak saya?,” tulisnya dalam satu entri Instagram.

Sementara itu, Michael turut menyelar tindakan segelintir individu yang mahu memilih vaksin tertentu.

Ujarnya, jika mana-mana pihak mahu memilih jenis dan slot suntikan vaksin, mereka dicadangkan untuk membayarnya sendiri seterusnya berikan slot percuma tersebut boleh diberikan kepada orang ramai yang masih belum menerima tarikh janji temu.

“Jika nak sangat memilih vaksin, sila bayar tetapi jika tiada duit, pergilah mereput atau pinjam bank untuk dapatkan wang.

“Dalam hidup ni benda percuma memang tidak boleh dipilih ya, sila faham,” katanya.

Terdahulu, Menteri Penyelaras Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan kaedah heterolgi atau campuran dua vaksin sebagai sebahagian pelaksanaan kempen vaksinasi dalam negara. – K! ONLINE
 
Sponsored Post

pelitaminyak

Active+ Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
4,822
Reaction score
1,394
Points
111
Baguih ni tapi habis le yg dos free tak cukup stok........
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register