BTC USD 62,911.1 Gold USD 1,757.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MIC tuntut kerusi boleh menang dari UMNO

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
10,346
Reaction score
1,332
Points
201
Kerusi BN ikut kuota tidak relevan lagi

WhatsApp-Image-2021-03-01-at-5.46.08-PM.jpeg


JOHOR BAHRU: Pembahagian kerusi mengikut kuota dan bukan berasaskan majoriti kaum yang dibuat Barisan Nasional (BN) selama ini sudah tidak relevan untuk digunakan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang berkata, pembahagian kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) seharusnya dibuat berasaskan jumlah kaum di sesebuah kawasan sekali gus memenuhi kehendak serta sentimen pengundi.

Beliau berkata, sekiranya BN masih menggunakan formula yang lama iaitu pembahagian kerusi mengikut kuota, parti bakal berdepan risiko kekalahan.

“Kalau sesebuah kawasan itu 50 peratus adalah Melayu, BN perlu meletakkan calon daripada UMNO, begitu juga sebaliknya. Ini lebih adil dan menyakinkan, kita perlu realistik kerana landskap politik Malaysia sekarang sudah berubah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Kembali ke Sekolah Pemuda UMNO Cawangan Kangkar Tebrau Baru dan Persatuan Belia Baru Bersatu di Kangkar Tebrau Baru, di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pemuda UMNO cawangan itu, Mohd. Ariff Omar dan Pengerusi persatuan belia berkenaan, Muhammad Amar Zainuddin.

Pada program tersebut, persatuan belia berkenaan menyumbangkan sebanyak 220 beg sekolah kepada murid daripada keluarga B40 yang disampaikan dari rumah ke rumah melibatkan Kampung Kangkar Tebrau Baru, Kampung Ulu Pandan dan Kampung Bunga Ros.

Maulizan berkata, BN dan UMNO tidak boleh lagi meneruskan cara lama itu sebaliknya semangat tolak-ansur sesama parti komponen BN menjadi tunjang dalam memastikan kemenangan besar pada PRU-15.

Jelasnya, keadaan sudah benar-benar berubah dan memerlukan penyesuaian baru dalam menyusun kerusi di kawasan Parlimen yang pengundi sesebuah kaum melebihi 50 peratus.

Dalam pada itu, Maulizan yakin sokongan pengundi sudah kembali kepada BN berdasarkan perkembangan politik semasa termasuk keputusan beberapa pilihan raya kecil (PRK) sebelum ini serta keadaan sambutan di DUN Tiram dalam Parlimen Tebrau sendiri.

“Selepas DUN Tiram tewas dalam PRU-14, BN dan UMNO Tebrau terus bergerak dan membuat program walaupun secara kecil-kecilan. Ini bagi memastikan rakyat mendapat pembelaan dan kini mereka sedar selepas ditipu Pakatan Harapan (PH) dalam PRU lalu,” katanya.

Disoal sama ada beliau akan bertanding semula atau tidak bagi kerusi DUN Tiram pada PRU-15, Maulizan yang kini berusia 58 tahun memberitahu akan memberi laluan kepada generasi muda dalam BN atau UMNO Bahagian Tebrau yang berkelayakan. – UTUSAN ONLINE

Amalan zaman tun, smp Penang kena serah kat depa....pastu penganti tun buat jgk benda sama sebab kuasa
 
Sponsored Post
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register